Wednesday, December 29, 2010

Kucing dan Islam

Hari ini teman bukan nak bercerita tentang pendapat teman tetapi hari ini teman ingin mengepilkan beberapa petikan yang sesuai untuk tatapan kita semua terhadap tajuk "Kucing dan Islam". Ada banyak pandangan dan hujah-hujah berkenaan Kucing dan Islam. Tetapi hari ini teman hanya dapat membentangkan satu dua petikan berkenaan Kucing dan Islam. Marilah kita sama-sama cuba memahami maksud petikan-petikan dibawah:-

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]. Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis." Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci. Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
  
Dari petikan diatas diatas teman berpendapat, membela, memberi tempat tinggal yang selesa, makanan yang baik, membersihkan najis dan segala kotoran dari kucing, bermain dengannya, bermanja dan lain-lain lagi adalah satu perbuatan yang tidak salah disisi agama. Baru - baru ini teman ditanya oleh seorang saudara teman dari singapura berbunyi "kutip bulu kucing boleh masuk syurga ka" jawapan teman "ada orang masuk neraka kerana kucing dan ada orang masuk syurga kerana kucing" untuk masuk ke syurga,  hanya Allah sahaja yang tahu siapakah yang layak, kita sebagai umat lakukanlah apa yang disuruh dan jauhi segala larangan dan perkara yang ditegah. Tetapi dari petikan diatas teman rasa terjawab sudah soalan masuk syurga itu tadi. Walau bagaimana pun penjelasan berkenaan ada orang masuk neraka kerana kucing, insyaallah dapat diperjelaskan dengan petikan dibahwah. Marilah kita sama-sama memahami apa yang disampaikan oleh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqor:-
Oleh : Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqor
Hati yang keras dan tabiat yang buruk mampu menjerumuskan pemiliknya ke dalam neraka. Hal itu kerana ia kosong daripada kasih sayang. Ia membuatkannya tidak peduli terhadap apa yang dia lakukan kepada orang lain, maka dia membunuh, memukul dan melakukan kerosakan. Dengan itu, mereka meletakkan diri mereka ke dalam kecelakaan disebabkan oleh apa yang mereka lakukan kepada orang lain. Di antara mereka ada seorang wanita yang diceritakan oleh Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam. Dia mengurung seekor kucing sehingga ia mati kelaparan dan kehausan. Oleh kerana perbuatan itu maka wanita itu pun masuk neraka.
Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi Sallahu’ ’Alaihi Wassalam bersabda, "Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi."
Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi."
Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat syurga dan neraka ketika shalat gerhana. Di dalam Shahih al-Bukhari dari Asma binti Abu Bakar ra bahwa Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam bersabda, "Lalu neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sehingga mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan." Nafi’ berkata, "Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi."
Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahawa wanita itu berasal dari Bani Israil. Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasal dari Himyar.

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia sengaja menyakiti kucing itu. Jika di  dalam hatinya terdapat belas kasihan, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenali oleh orang-orang yang mengenal suara kucing. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.
Jika wanita ini ingin agar kucing ini tinggal di rumahnya, dia mungkin sahaja memberinya makan dan minum. Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan, maka dia harus melepaskannya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan. Lebih-lebih lagi, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut daripada sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.
Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke dalam neraka. Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam  melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.
Tuan-tuan dan puan-puan semua dengan petikan diatas dapatlah sikit sebanyak memberi kita penjelasan terhadap tajuk Kucing dan Islam. Bagi saudara teman yang berada di Singapura, diharapkan terjawab lah sudah persoalan "kerana kucing manusia masuka neraka".

Di sini teman berpendapat dari petikan - petikan diatas beberapa pengajaran dapat kita simpulkan bersama:-

1. Pupuklah kasih sayang agar kita dapat saling menyayangi sesama makhluk ciptaan tuhan.

2. Tiada halangan dan sekatan agama untuk berjasa pada kucing, malahan ia disukai oleh nabi dan rasul kita   Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam, sehingga baginda memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

3. Besarnya dosa orang-orang yang menyeksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita itu masuk neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.

4. Boleh mengurung binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendakah melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri.

5. Di Akhirat, manusia diadzab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya.

TIPS KATA-KATA
Pupuklah kasih sayang agar kita dapat saling menyayangi sesama makhluk ciptaan tuhan. Dengan kasih sayang juga kita akan mengukuhkan lagi hubungan sesama manusia.

Dengan paparan kali ini teman harap dapat memberikan pandangan positif kepada pembaca terhadap haiwan  yang bernama kucing, jumpa lagi di tajuk yang lain, sekian.

Saturday, December 25, 2010

KUCING PEDIGREE BERMAKSUD........


Sedang teman menonton anak-anak dan isteri yang sedang asyik mengambil bahagian didalam sukaneka Hari Keluarga Perkeso di Desa Waterpark, Kuala Lumpur, tiba-tiba muncul seekor alleycat berhampiran kafe disini. Lantas teman teringat akan satu soalan dari sahabat teman yang berbunyi "Am, pedigree cat(kucing) tu apa?" jawab Teman "tunggukan penjelasannya di dalam blog zaicatzz teman" dia bertanya lagi "Bila tu?" jawab Teman "Tuuuunngggguuuuuu.........." Jadi hari ini teman ingin bercerita sikit berkenaan "What is Pedigree Cat(Apa itu Kucing Pedigree). 

Kucing menjadi haiwan kesayangan yang paling popular di seluruh dunia. Ada sekitar 100 juta kucing di dunia Barat dan angka ini meningkat. Ada banyak alasan untuk populariti kucing dan salah satu alasan khususnya adalah, kucing membenihkan perasaan kasih sayang dan boleh menjadi sahabat yang sangat setia. Selain dari itu terdapat banyak manfaat mengasihi kucing yang baik kepada manusia.

Ada  lebih daripada seratus keturunan yang diakui sebagai kucing domestik sahaja(kucing biasa). Ciri-ciri utama yang membezakan sesuatu jenis kucing itu adalah jenis tubuh, warna mata, warna bulu dan panjang ekornya. Separuh daripada Kucing Pedigree membiak dari induk/nenek moyang dari jenis baka yang sama. Selebihnya, Kucing Pedigree dibiakkan secara berhati-hati dan teliti oleh pembiak kucing dengan mengkacukannya dengan hanya dari baka yang berketurunan baik sahaja.

Sebelum teman bercerita apa itu  pedigree, Teman telah ditanya oleh seorang sahabat teman lagi En. Faizal b. Rathwan tentang kucing emaknya yang sudah lama dibela. Beliau bertanya  seperti tertera di gambar dibawah  "Ini brand apa bro?"










Jawapan teman "ini bukan pure breed cat, ni teman nak tanya dulu pedigree ke tidak? kalau ko tanya teman ini brand apa memang teman tak ada jawapan, tapi kalau ko tanya pembiak-pembiak(breeder) kucing, mereka  akan cakap ini kucing kacuk atau kucing biasa jer. Brand bukan ditentukan melalui rupa paras sahaja. Mula kita kena tahu kucing ni pure breed ke tidak? kedua pedigree ke tidak? kalo ada jawapan untuk soalan itu baru teman boleh tahu ini brand apa." Jawab sahabat teman lagi "Aku pun tak tau?" Kemudian jawapan teman pula "kucing biasa ler jawapannya". Setiap Tuan kucing yang mempunyai Kucing Pedigree, Tuan kucing akan diberitahu secara jelas bahawa kucing nya adalah pedigree atau tidak oleh tuan sebelumnya. Jadi disini kiranya anda tidak mengetahui asal usul keterunan kucing anda dan tiada pengesahan dari tuan sebelumnya bermakna kucing itu bukanlah Kucing Pedigree.


Apa itu KUCING PEDIGREE ?

British Longhair(Pedigree Cat)
Perkataan Pedigree itu sendiri diambil dari bahasa Perancis kalau tak silap teman dan diubah menjadi bahasa Inggeris. Bagi teman "Pedigree" membawa maksud "Yang diketahui asal-usul keturunannya".

Kucing Pedigree adalah seekor kucing dimana keturunannya didaftarkan secara rasmi disebut sebagai kucing ras(purebred), atau kucing keturunan baik(pedigree). Seekor kucing ras(purebred) adalah salah satu keturunan yang hanya mengandungi individu-individu dari jenis baka yang sama. Seekor kucing keturunan baik(pedigree) adalah salah satu keturunan yang direkodkan, tetapi mungkin mempunyai nenek moyang dari keturunan yang berbeza. Bagi teman Kucing Pedigree ini terbahagi kepada dua:-


1. Kucing Pedigree Berdaftar.

Balinese(Pedigree Cat)
Kucing Pedigree Berdaftar adalah dimana keturunannya didaftarkan dengan pertubuhan ataupun organisasi kucing seperti CFA(Cat Francier's Association)yang terbesar didunia, TICA(The International Cat Association) dan sebagainya. Kucing Pedigree Berdaftar mempunyai rekod carta salasilah keturunan secara teratur dan terperinci. Pembiakan Kucing Pedigree berdaftar dikawal secara teliti dan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh organisasi. Pemilihan Ratu(Queen)  perlu dinilaikan bersama organisasi. Ratu(Queen) adalah kucing betina yang akan menjadi ibu/induk bagi baka yang dipilih. Ratu hanya akan dipilih dari yang terbaik sahaja(best of the best). Pendek kata yang berdaftar ini dijamin kualiti dan keasliannya.


2. Kucing Pedigree Tidak Berdaftar.
Setiap Kucing Pedigree yang tidak berdaftar ia mestilah mempunyai carta salasilah keturunan yang dicatat dengan teliti dan rapi oleh pembiaknya(breeder) dan dikawal dengan baik sekurang-kurangnya untuk 7 keturunan/generasi. Tetapi Kucing Pedigree yang tidak berdaftar ini diragui keasliannya, sejauh mana kebenaran catatannya dan kualitinya tidak terjamin. Melainkan pembiak(breeder) itu dikenali ramai oleh pembiak-pembiak yang berdaftar dan sekurang-kurangnya dapat menjuarai salah satu kategori didalam pertandingan pertunjukkan kucing(cat show) yang dianjurkan badan yang diiktiraf.

Siamese(Pure Breed Cat)

Nota: Kucing Pedigree Tidak Berdaftar hanyalah pendapat teman semata-mata tanpa disokong oleh mana-mana pihak. Ini kerana untuk membuka semangat kepada mungkin beribu atau beratus orang pembiak kucing yang tidak berdaftar untuk mebaiki kesilapan dengan bertindak secara betul didalam pembiakan kucing anda.

Senarai keturunan kucing cukup besar: pendaftar kucing rata-rata mengenali atau mengiktiraf antara 30 dan 40 keturunan kucing, dan selebihnya masih dalam pembangunan, dengan satu atau lebih keturunan baru yang diluluskan setiap tahun rata-rata mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan warisan. Pemilik dan penternak bersaing dalam  pertunjukan kucing(cat show) untuk melihat sejauh mana kemiripan kucing masing-masing, berdasarkan jenis baka biak(breed type),  ketulenan biak (breed standards) untuk berkembang dengan lebih baik didalm pembiakan masing-masing.

Disebabkan kebiasaan mengkacuk kucing di daerah berpenduduk kerap berlaku tanpa dikawal, banyak kucing yang hanya dikenalpasti sebagai keturunan Domestik Longhair(bulu panjang)  dan  Domestik Shorthair(bulu pendek) sahaja, bergantung pada jenis bulu mereka. Yang mana Domestik Longhair dan Domestik Shorthair ini tidak diterima lagi oleh ahli-ahli biologi kucing sebagai Kucing Pedigree.

Manx(Pure Breed Cat)
Kesimpulan yang mudah boleh kita dapat di sini ialah Pedigree Cat adalah kucing yang diketahui asal-usul keturunannya dan dicatat dengan teliti berkenaan salasilah keturunannya dan berdaftar dengan organisasi-organisasi yang diiktiraf seperti CFA(Cat Francier's Association) dan lain-lain organisasi yang seangkatannya. Teman berharap dengan penjelasan ini dapatlah memberi sedikit fahaman kepada peminat-peminat kucing tentang apakah KUCING PEDIGREE.Sehingga disini dulu buat masa ini moga berjumpa lagi ditajuk yang lain, sekian..

TAJUK-TAJUK BERKAITAN
Manfaat Mengasihi Kucing
 

Thursday, December 23, 2010

ALLEYCATS dan DBKL/ PENGUATKUASA TEMPATAN.

Selepas  teman menulis di bawah tajuk Perlukah Kita Mengkasikan kucing peliharaan kita, teman ditanya satu soalan oleh seorang sahabat teman. Beliau bertanya "Apakah tindakan yang diambil oleh DBKL terhadap alleycat(kucing jalanan/terbiar) yang ada di merata-rata Bandaraya Kuala Lumpur, tiada solusi ka?". Soalan yang sama teman pernah bertanyakan dengan pihak SPCA(Society for the prevention of cruelty to animals). Jawapan dari salah seorang pegawainya,"Kami pun ada bertanya soalan yang sama", jawapan dari DBKL: "Selagi minda rakyat Malaysia belum maju kami tak boleh buat apa-apa" SPCA bagi cadangan supaya DBKL anjurkan kempen kesedaran untuk rakyat berkaitan perkara ini. Jawapan DBKL pula "no budget ma...".

Dengan potongan ayat diatas kita sebagai rakyat dan sebagai orang yang bertanya jawapannya "lu pikir la sendiri". Blog ini bukan blog menghentam kerajaan ataupun blog politik. Jadi kita lupakan soal negatif itu dan kita ambil yang positif. Di sini ingin teman nyatakan kira nya kita mula berasa runsing, rimas atau bimbang dengan alleycat-alleycat yang semakin tidak terkawal populasinya, perlula kita sendiri menanamkan semangat untuk bersama-sama menangani masalah ini.

Tidak teman nafikan berlakunya populasi alleycats yang tidak terkawal ini adalah berpunca dari kita sendiri. Kebanyakkan kita yang menyayangi, dan mengambil berat akan haiwan ini salah cara dan tindakan yang kita ambil terhadap haiwan ini. Contohnya: Baru-baru ini teman ke kedai makan masakan siam, tetiba teman ternampak ada satu keluarga sedang memberikan alleycat-alleycat yang ada di kedai itu makan. Lalu teman pun menghampiri keluarga ini dengan senyuman dan bertanya " Kenapa diberi kucing-kucing ni makan?" jawab salah seorang ahli keluarga itu kembali "kesian.... kucing-kucing ni kurus kering dia lapar tu sebab saya bagi makan ni.." Wahai peminat-peminat kucing semua sedarlah dengan memberi makan kepada alleycat-alleycat ini kita seolah-olah membiakkan lagi mereka dengan lebih banyak. "Kesian le...., eee sayangnya...." ayat itu dan pemikiran begitu adalah pemikiran yang salah. seperti potongan ayat ini "Jangan jadi sebahagian daripada masalah tetapi jadilah sebahagian daripada jalan penyelesaian".

Seekor kucing betina mampu melahirkan lebih kurang 4-6ekor anak pada setiap kali kelahiran dan setiap seekor betina mampu melahirkan sebanyak 150 ekor anak seumur hidupnya. Kucing juga merupakan antara karnivor tertua didunia ini yang mana bagi teman, karnivor ini tidak akan pupus sehingga dihujung hayat dunia. Hanya ada satu jalan untuk mengawal populasi alleycats ini ialah dengan mengembirikan haiwan ini. Masalah alleycats yang tidak terkawal ini pernah terjadi di Rome sekitar tahun 1960an tak silap teman iaitu bandar Rome dipenuhi Alleycats sekitar lebih 200,00 ekor. Kerajaan Itali pada masa tu mengambil langkah dengan memberi kempen kesedaran kepada rakyatnya dan menjemput badan-badan sukarelawan satu dunia untuk membantu menyelesaikan masalah ini, yang mana akhirnya perkara ini dapat diatasi. Untuk lebih kepastian anda boleh dapatkan sebuak dokumentari yang bertajuk "CATS of ROME" sebuah dokumentari oleh Michael W.Hunt.  Kepada sesiapa yang meminati, menyayangi dan mengasihani akan haiwan ini serta kepada yang dah tak larat dengan alleycats ini, tindakan sepatutnya anda lakukan ialah:

1. Ambil dan bela lah alleycats itu dengan memberi dia makan, tempat tinggal selesa(syurga kucing) dan kembirikan kucing anda supaya pembiakkan yang tidak terancang dapat diatasi. Kiranya ingin membiakkanya, dapatkanlah nasihat pakar atau veterinar yang terdekat.

2. Ambil kucing itu dan menghantar mereka ke pusat-pusat perlindungan haiwan seperti SPCA ataupun tempat perlindungan haiwan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sekali lagi ingin teman mengajak semua yang membaca blog ini supaya membuka minda kita dengan mengambil langkah yang betul untuk mengatasi masalah ini bersama.


TOPIK BERKAITAN
Perlu kah kucing kita di sunatkan/dikasikan/dimandulkan?

Saturday, December 18, 2010

Perlu kah kucing kita di sunatkan/dikasikan/dimandulkan?(Cat Neuter/Spay)

Apabila soalan ini ditanya kepada teman, teman selalu menjawab "Kalau u sayangkan kucing u, u neuter kan lah kucing u". Jadi bagi soalan pada tajuk hari ini, teman berpendapat : Ya, amatlah perlu kucing kucing kita dikasikan(spay/neuter) kerana ia memberikan banyak kebaikkan kepada kucing, populasi kucing dan manusia yang disampingnya. Sebelum teman bercerita dengan lebih lanjut tentang kebaikan-kebaikan mengkasikan kucing di sini teman sertakan Fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM pada July 2002 yang mengharuskan mengkasikan haiwan kesayangan.
"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
Sebelum menceritakan tentang kebaikan adalah perlu kita memahami apakah yang di maksudkan mengkasikan(neuter/spay) adalah melakukan pembedahan kecil keatas haiwan peliharaan kita dengan membuang/mengikat organ yang memproduksi benih kepada haiwan betina dan haiwan jantan. Mengkasikan adalah untuk kucing jantan dan memandulkan lebih spesifik kepada kucing betina. Teman hanya akan menceritakan tentang kebaikan mengembiri haiwan di dalam blog ini kerana setakat dalam 5-6 tahun pembacaan tentang kajian sains terhadap keburukan mengembiri kucing dan anjing belum ditemui.

Kebaikan Kembiri.

Populasi kucing liar, kucing tepi jalan, kucing terbiar dapat dikawal.
  • Beribu-ribu kucing terbiar di jalanan yang tidak menyelerakan kita untuk membela kerana comot, hodoh, luka sana-sini, kurus kering dan berpenyakit di luar sana. Kalau kucing-kucing ini boleh bercakap kepada manusia mereka bercakap 'wahai manusia, berilah aku tempat tinggal, makanan dan minuman, tempat membuang najis yang bersih dan selesa'. Tetapi adakah kita hiraukan mereka. Malahan kalau dia datang kepada kita sambil mengiau kita lansung tidak hiraukan dan ada yang mengkasari haiwan karnivor yang paling sempurna ciptaan tuhan. Pepatah "Jangan jadi sebahagian daripada masalah tetapi jadilah sebahagian daripada jalan penyelesaian". Bermula dengan seekor kucing anda boleh menyelamatkan 10,000 ekor kucing terbiar dalam tempoh 5 tahun.
Kebaikan Dari Sudut Kesihatan.         

Kucing Betina
  • Mengurangkan risiko kepada "mammary tumors" iaitu risiko penyakit barah payudara.
  • Menghapuskan risiko penyakit berkenaan rahim.(pyometra)
  • Mengurangkan risiko kepada TVT (Transmissible Venereal Tumour). Adalah sejenis penyakit barah yang boleh berjangkit melalui pengawanan.
  • Menghalang dari masalah mengandung kandungan dan masalah kelahiran.
Kucing Jantan
  • Mengurankan untuk terkena  TVT (Transmissible Venereal Tumour).
  • Menghapuskan risiko penyakit barah buah zakar.(Testicular cancer).
  • Sangat mengurangkan terkena penyakit "prostrate cancer dan anal gland cancer". iaitu penyakit barah kelenjar prostat dan barah kelenjar dikawasan dubur.
Kebaikan Perangai atau Kelakuan Kucing.
  • Mengurangkan stress. Kucing merupakan seekor haiwan yang mempunyai pelbagai jenis masalah disebabkan stress.
  • Mengelakkan kucing daripada mencari pasangan untuk mengawan yang boleh menyebabkan:-
  1. Dilanggar kenderaan sewaktu keluar rumah mencari pasangan.
  2. Bergaduh dengan kucing lain menyebabkan luka-luka, serebak nya kutu dan jangkitan lain.
  3. Tersebarnya TVT (Transmissible Venereal Tumour).
  • Menghapuskan masalah menanda kawasan(territory) dengan pancutan urine yang mengeluarkan bau busuk yang kuat. Kucing pun tidak berbau busuk.
  • Menghapuskan masalah meragam, marah dan bising apabila sudah sampai waktu mengawan.
  • Setiap kucing yang sudah dikasi atau dimandulkan lebih tenang, suka bermain dan lebih bersifat "homely". 

TIPS KATA-KATA
Kiranya anda menyayangi kucing anda pergilah ke Klinik haiwan terdekat untuk mendapatkan masa temujanji untuk mengkasikan atau memandulkan kucing anda. Kucing yang dikasi atau dimandulkan di dapati didalam banyak pengkajian sains membuktikan kucing yang dikasi atau dimandulkan lebih panjang umur berbanding yang tidak mengambil langkah ini. Sekian dan Jumpa Lagi......

TAJUK-TAJUK BERKAITAN

Wednesday, December 15, 2010

Kucing di Malam Bulan Mengambang

Sedang orang ramai sibuk menonton perlawanan bola sepak diantara Malaysia vs Vietnam di separuh akhir piala Suzuki di stadium Bukit Jalil, teman bangun dari tempat duduk dihadapan kaca tv terus ke jendela rumah sambil merenung ke langit untuk melihat cahaya dari bulan. Tetapi hanya kegelapan yang menyuluh kebumi tanpa cahaya dari bulan, lantas teman pun bertanya kepada isteri teman "yang-yang, malam ni berapa haribulan islam" jawab isteriku "hari ini bersamaan dengan 10 Muharram bulan belum penuh" teman menjawab "tak nampak bulan malam ni mung kin cuaca mendung di malam hari kot". Isteri teman bertanya lagi "napa tetiba sibok nak nengok bulan plak" jawab teman "tak-tak,saya teringat  kisah Cici keluor rumah memalam". Tetiba teman teringat akan satu kisah Cici (kucing yang pernah aku bela seketika dulu) di malam mengambang.

Ceritanya begini, waktu itu teman tinggal menyewa di Bandar Mahkota, Cheras. Sebut aje cheras abah teman ada berkata "Ji, setahu aku dulu, cheras tu penuh dengan bangsa cina" jawab teman"btul, tu abah. Tapi sekarang melayu sudah menghampiri 45% di cheras ni". Berbalik kepada cerita, jadi disebabkan teman dok kat cheras, jiran-jiran sekeliling kebanyakkan nya adalah bangsa cina. Disebelah kanan rumah teman, En. Kam sekeluarga dan disebelah kiri En. Lim sekeluarga. Dihadapan dan belakang tak yah cerita la, sebab mereka  tiada kena mengena dalam ini cerita. Teman mulakan dengan En. Kam. En. Kam sekeluarga adalah keluarga yang meminati haiwan peliharaan di rumah. Beliau mempunyai dua ekor anjing, seekor ikan arowana emas yang berharga rm18,000, tiga ekor kura-kura yang sudah berumur 5tahun dan seekor iguana yang besar. Manakala En. Lim pula adalah satu keluarga yang tidak ada membela apa-apa jenis haiwan peliharaan, dengan ini teman membuat andaian bahawa beliau tidak suka akan haiwan-haiwan ini.

Ceritanya bermula disini, suatu malam Cici berjaya meloloskan diri dari umah teman dengan meloncat keluar dari tingkap bilik teman terus ke bumbung porch kete dan trus berlari menghilangkan diri. Teman sekeluarga bergegas keluar untuk mengejar dan mencari Cici. Tapi merata tempat kami mencari bayang Cici langsung tidak ditemui. Teman pun membuat keputusan untuk balik dan tunggu kepulangan Cici dirumah.


Satu malam lepas berlalu tapi Cici masih tidak pulang kerumah, pada malam kedua Cici tidak pulang kerumah, hati teman sudah mula berasa sedih, dan teman sentiasa menunggu Cici di porch kereta. Sedang teman menghisap rokok sambil menunggu kepulangan Cici, En Lim menegur teman, "Bos kenapa nampak sad saja" teman menjawab "Kucing hilang la bos". Sambil menyedut asap rokok "Aiyooo, yang mana hilang? yang serupa singa ka? ''ya, la itu serupa singa, nama dia Cici. Disebabkan melihat muka teman muram ajer En. Lim pun mula bercerita kepada saya akan satu kisah yang berlaku di kampungya, di Perlis Indra Kayangan. Kata beliau semua orang kampung nya menanam padi jadi orang-orang kampungnya boleh dikatakan setiap keluarga ada membela sekurang-kurangnya seekor kucing.

Mereka membela kucing ini bukan hanya kerana meminati haiwan ini tetapi kata En. Lim "Ini kucing dia boleh jaga rumah, boleh jaga itu beras dari tikus, ooooo" Mengikut kata En. Lim lagi, apabila kita membela kucing di rumah sang tikus dapat menghidunya dari haba yang dikeluarkan oleh kucing ini tadi. Teman hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kat En. Lim. Jadi mengikut pengalaman En. Lim ni tadi sewaktu dikampungnya dulu, kucing

memang gemar dan suka keluar diwaktu bulan mengambang kerana ingin mengawan atau meninjau kawasan sekeliling. kenapa bulan mengambang, bukan tiap-tiap malam ka kucing suka keluar rumah?

Jawab En. Lim "Betul-betul, tiap-tiap malam dia suka keluar, tapi ini malam bulan mengambang ada special skit" jawab teman" oooo,itu macam ka? Ini malam kalau dia keluar rumah dia tara sesat punya sebab dia boleh tengok itu bulan, dia ikut itu cahaya dia sudah ingat dia punya rumah mana" katanya lagi "serupa dia tengok itu google map la". teman pun terus ketawa sampai nak pecah perut.

Jadi selepas pada malam itu, di keesokan harinya di sebelah malam yang mana bulan masih mengambang Cici pun pulang kerumah. Sikit sebanyak cerita En.Lim semalam membuat teman mula mengkaji sejauh mana kebenaran cerita itu, setakat ini teman belum ada jumpa bukti pengkajian sains terhadap cerita ini. Moga-moga cerita ini menjadi Tips kepada peminat kucing. Jumpa lagi.... 

Tuesday, December 14, 2010

Debab, Whitey dan Yoda Tinggal Kenangan

Hari ini teman ingin bercerita tentang seekor kucing teman yang bernama DEBAB. Debab!!!!! nama ini di pilih kerana dia ni cukupu kuat makan semasa kecilnya dan dia yg paling debab diantara 3 beradiknya. Debab adalah generasi kelima dari ibu yang bernama snowy dan berayahkan Bablu. Debab mempunyai ekor yang unik hasil daripada proses mutasi diantara ibu dan ayahnya.
Debab berumur 1bulan 2minggu


Debab berumur 2bulan 2minggu


baru berumur 2bulan 2minggu sudah pandai berposing

baru berumur 2bulan 2minggu sudah pandai berposing

Debab dilahirkan pada tanggal 20 April 2010 bersama dua beradiknya yang lain iaitu whitey dan yoda. diantara 3 beradiknya debab adalah yg paling manja dan cukup suka berposing apabila kita menangkap gambarnya...Tapi kini Debab hanyalah kenangan manis kepada teman. Debab kini tinggal Selayang bersama tuan barunya, terima kasih teman ucapkan.... Kini debab sudah bersama keluarga baru. Harapan teman agar debab bahagia disamping tuan barunya...


Whitey 9bulan
 
Nama Whitey di beri, kerana diantara dua beradiknya yang lain whitey mempunyai bulu berwarna putih kapas dan lembut seperti kapas sewaktu kecilnya. Diantara debab dan yoda, whitey adalah yang paling pendiam. Kini whitey dibela oleh sahabat saya En. Ahmad Bastari yang tinggal di Melaka ketika ini.

Whitey 9bulan
Whitey 7bulan


Yoda diberi nama kerana ketangkasan beliau diantara dua beradiknya yang lain. Nama ini dipilih oleh anak bongsu teman. Yoda merupakan abang long kepada whitey dan debab dan paling agresif. Yoda suka mengembangkan ekornya sewaktu bermain. Pada mulanya teman agak hairan, kerana kucing akan mengembangkan ekornya apabila dia terkejut, terancam, ketakutan dan tidak pasti dengan apa yang dihadapinya. Tapi setelah 9bulan bersama Yoda teman telah paham, bahawa yoda memang suka mengembangkan ekornya sewaktu bermain kerana dia terlalu excited dengan permainannya.. 

Yoda 2bulan

Yoda 6bulan


Yoda 3bulan


Yoda 8bulan


Kini Yoda telah tinggal bersama tuan barunya seorang sahabat teman En. Kamal. Moga-moga yoda dapat menjaga rumah En. Kamal dari ancaman oleh sang tikussss.... sekian jumpa lagiii 

Monday, December 13, 2010

BUNGA OH BUNGA

Nama bunga dipilih kerana kelembutan dan keayuannya sewaktu kecil hinggalah hari ini ia kekal begitu.Bunga lahir kedunia pada tanggal 5 November 2009. Bunga adalah hasil kacukan diantara Mix british shorthair+ Mix Siamese. Bunga merupakan generasi keempat BABLU warna dia white with black tipped silver. Orang melayu cakap putih kekelabuan. Jenis dan corak bulu adalah panjang dan padat. Karektor: sangat pemalu,manja,aktif, bijak dan menyahut apabila tuannya memanggil....."Buunngaaa...?" "Meow2 jawabnya.....

BUNGA




Bunga berumur 5 bulan


Masa gambar dibawah diambil, bunga berumur 7 bulan, Bunga seekor kucing yang sangat aktif dan mengikut kata... 

BUNGA


Bunga suka bermain...

Selain daripada suka bermain-main, bunga juga suka berposing apabila tiada orang lain melainkan teman dan dia saja....Dan kini bunga telah pun menjadi ibu kepada 3 anak nya yang bernama BJ1, BJ2 dan BJ3

Bunga juga suka berposing....




APA ITU RAGDOLL??



Hari ni teman nak bercerita sikit tentang apa itu Ragdoll? Ragdoll adalah sejenis baka kucing yang bersaiz besar. Ragdoll mempunyai bulu(coat) separuh panjang(semi-longhair) dan mempunyai mata berwarna biru. Ragdoll adalah baka yang bertanda(pointed breed) yang bermakna warna bulu(coat) dibadannya lebih lembut/terang(lighter) berbanding ditempat yang bertanda(pointed) iaitu di muka, kaki, ekor dan telinga. Ragdoll dibiakkan secara berhati-hati supaya dapat menghasilkan satu spesis kucing bersaiz besar yang manja dan jinak. Dia dapat dibiakkan dalam tiga corak iaitu, dua darinya mempunyai stokin putih(mitted) dan dua warna(bicolor) dan satu lagi tidak mempunyai warna putih tetapi berwarna(colorpoint). Kesempurnaan Ragdoll adalah kerana dia mempunyai keseimbangan kerana kejinakannya, dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri yang ekstrim. Kucing jantannya mempunyai berat 15-20lbs, manakala yang betinanya adalah lebih kecil dari jantan iaitu mempunyai berat sehingga 10-15lbs apabila cukup dewasa.




Ragdoll adalah baka yang lewat tempoh matang dari segi saiz, corak bulu, dan panjang bulu. Ragdoll akan mencapai panjang, corak bulu dan warna bulu penuh pada umur dua tahun. dia akan mencapai saiz dan berat badan yang sempurna pada umur empat tahun. Ragdoll adalah spesis yang lebih cenderung kepada manusia berbanding separuh daripada kucing-kucing lain. Mereka adalah spesis yang akan menyambut kepulangan anda kerumah dengan menunggu anda di pintu masuk, mereka akan mengikut anda dari bilik-kebilik, berbaring diatas anda, tidur dengan anda dan basic nya dia akan memilih untuk berada di mana saja anda pergi. Kebanyakkan ragdoll-ragdoll ini mudah atau sudah diajar bagaimana menyahut panggilan anda dan bagaimana nak mengambil barang permainannya. Bagi teman mereka adalah spesis kucing yang lemah lembut dan terutama sewaktu bermain mereka jarang mengeluarkan kuku. Mereka cenderung duduk di lantai berbanding memanjat atau melompat. Bulu semi panjang, selembut dan selicin sutera memerlukan sedikit penjagaan untuk memastikan bulunya dalam keadaan terbaik. Mereka perlu disikat menggunakan sikat keluli(steel) untuk menanggalkan bulu-bulu yang tercabut dan menghilangkan serabut pada bulunya. 


Ragdoll mempunyai enam warna iaitu: seal, blue, chocolate, lilac, red dan cream. Manakala coraknya pula ada empat iaitu: bi-color, van, mitted dan colorpoint. Berkenaan warna dan corak teman akan jelaskan pada topik Bulu Kucing dan Jenis-jenisnya. Ragdoll mempunyai aliran darah siamese, anggora dan parsi(persian). Oleh kerana itu Ragdoll mempunyai sifat-sifat siamese seperti ianya amat sensitif dan sesuai sebagai "house cat" kerana mengikuti sifat parsi(persian). Bersaiz besar adalah mewakili sifat Anggora. Oleh sebab Ragdoll lebih banyak menghabiskan masa bersama isi rumah di dalam rumah membuatkan beliau adalah antara kucing yang paling tidak membawa wabak penyakit kepada manusia. Walaupun Ragdoll adalah kucing yang bersaiz besar ia mudah mesra dengan haiwan-haiwan peliharaan kita yang lain dan suka bermain dengan anak-anak kecil kita.



Coat color: Seal Point
Ragdoll mula sekali dibiakkan oleh Ann Baker yang berasal dari California, Amerika Syarikat pada tahun 1960. Ragdoll di patenkan pada tahun 1975.Nama ragdoll ini dipilih kerana kecenderungan nya terhadap manusia dan sentiasa relax/tenang apabila di dukung oleh manusia. Bagi penilaian teman Ragdoll adalah seekor kucing yang paling sesuai dengan manusia di zaman moden ini. Walaupun begitu kucing ini tidak banyak ada di Malaysia ini. Ini mungkin kerana untuk mendapatkan baka Ragdoll yang asli yang ada sijil kelahiran dari CFA memerlukan kos yang mahal.

Ragdoll Kitten
Ragdoll tetap berada di ranking teratas untuk diri teman secara peribadi. Karektor yang begitu mesra dengan manusia amat memikat teman terhadap haiwan karnivor ini. Malahan Ragdoll boleh menjadi teman kita sewaktu keseorangan dan kesunyian.
Tips Kata-kata pada hari ini; Dengan memelihara seekor kucing dirumah ia boleh menjadi terapi kepada minda, jiwa dan keperibadian kita sekeluarga....


Coat Pattern and colour: Pointed and Mitted

Mungkin ada kekurangan fakta berkenaan baka Ragdoll yang cuba teman olahkan namun teman akan cuba sedaya upaya untuk memperlengkapkan segala fakta bagi setiap tajuk yang teman kemukakan. Kiranya ada fakta tambahan akan teman catitkan kemudian. Usaha ini adalah agar generasi akan datang dapat menimba ilmu dan menjadi panduan mudah untuk memiliki,menjaga dan menjiwai haiwan bernama kucing. Semoga berjumpa di lain catatan sekian terima kasih.

Panduan Asas Membela Kucing Dirumah

Seorang sahabat baik teman En. Kamal Karim menelefon teman. Kata beliau kepada teman "ghahim, aku nak seekor kucing ko untuk menggantikan kucing aku yang baru mati" jawab teman "datanglah kerumah dan buat pilihan sendiri" jadi tepat pada pukul 6 petang tanggal 12Disember 2011 2010, En kamal datang kerumah dan memilih untuk memiliki kucing teman yang bernama YODA. Dikesempatan ini teman ingin bercerita tentang tajuk pada hari ini iaitu Panduan Asas Membela Kucing Dirumah.

Apabila kita telah membuat keputusan untuk membela kucing di rumah ciri-ciri berikut perlu lah diambil berat:

1.   Pastikan Rumah Anda Sudah Bersedia. yang dimaksudkan disini ialah pastikan bilik atau ruang legar kucing anda dijauhi dari semua bahan racun seperti racun tikus dan seumpamanya. Pastikan tiada barang kecil yang keras dan tajam bagi mengelakkan kucing anda tertelan dan tercucuk dirinya. Jauhkan dari kabel-kabel wayar tv dan semua peralatan elektrik. Semua jenis ubat-ubatan haruslah dijauhkan. Bagi yang merokok pastikan bekas abu rokok dijauhkan darinya.

2.   Sedikan Bahan-Bahan Asas kucing. Buatkan satu senarai barang-barang keperluan kucing anda. Tempat tidur, makanan dan minuman(Pastikan yang sesuai dengan kucing anda), peralatan permainan kucing, tempat mencakar atau garu(scratching post), sikat, bekas najis, pasir tandas dan alat-alat untuk membersihkan peralatan kucing itu tadi.

3.   Merancang kiranya berlaku perkara yang tak diingini seperti berlaku kecederaan terhadap kucing kerana bergaduh dengan kucing lain, atau kemalangan-kemalangan yang melibatkan kucing anda, luka dan sebagainya. Dapatkan 'emergency kit' unutk kucing-kucing anda. emergency kit ini boleh didapati di klinik-klinik haiwan.

4.   Merancang Masa Yang Sesuai. Yang dimaksudkan disini ialah merancang hari apakah yang sesuai unutk kedatangan kucing baru anda. Pastikan anda mempunyai cukup masa unutk bersama kucing anda pada kali pertama kedatangannya kerumah anda. Yang paling sesuai mengikut pengalaman teman ialah hari jumaat, kerana anda dapat menghabiskan hujung minggu anda dengan kucing baru anda.

5.   Adakan Perbincangan Keluarga. Berbincang sesama ahli keluarga dan tetapkan undang-undang kucing anda dirumah. Berbincang berkenaan penjagaan iaitu makan,minum, menyikat bulu dan membersihkan tempat najis.(tetapkan siapa yang perlu buat).Tetapkan bilakah perkara ini mesti dilakukan? Pastikan bila masa kucing anda makan, bila masa dia tidur, adakah dia berasa takut atau terancam? Tetapkan kawasan bermain dan berehat kucing anda.

TIPS KATA-KATA : Kucing yang dibiarkan bebas keluar rumah lebih pendek umurnya berbanding kucing yang tinggal didalam rumah, renung-renungkan lah kata-kata Tips itu tadi.

6.   Dapatkan kisah atau sejarah kucing anda. Sewaktu anda mengambil atau membeli kucing anda dapatkan fakta sejarah kucing anda sebanyak mungkin. Perkara ini amat berguna kiranya ada sesuatu masalah yang dihadapi kucing anda di masa hadapan dengan adanya kisah sejarahnya ini boleh membantu kita untuk mengetahui apa yang kucing kita perlukan. Tanyakan soalan-soalan berikut:   
  • Berapa lama kucing itu tinggal di sangkar/kurungan?
  • Dari mana dia datang?
  • Dapatkan tarikh lahir atau sekurang-kurangnya tahun lahir.
  • Siapa ibu dan bapanya dan adakah perkara turun-temuran(penyakit,tabiat dan perangai) yang dibawa?
  • Pernahkah kucing itu mendapatkan vaksinnya?
  • Bilakah vaksin seterusnya perlu diambil?
  • Pernahkah kucing itu mengalami masalah kesihatan?
  • Adakah kucing itu sedang dalam rawatan perubatan?
  • Adakah kucing itu telah disahkan tiada cacing?
  • Bilakah dos seterusnya perlu diambil?
  • Adakah kucing itu bebas dari penyakit(feline leukemia dan feline aids virus? Semua kucing wajib diuji perkara ini sebelum membawa dia pulang kerumah.
  • Adakah kucing itu sudah dimasukkan microcip? Kalau ya, dapatkan segala dokumentasinya supaya anda boleh mendaftar dengan mana-mana persatuan kucing.
  • Adakah kucing itu ada kutu, dan sudahkah dia diberikan rawatan kutu?
  • Apakah Jaminannya. Kebanyakkan penjual kucing memberi jaminan selama 1 atau 2 minggu jaminan dari segi kesihatan atau masalah lain.
  • Pernah ke kucing itu dibawa ke klinik atau hospital untuk pemantauan kesihatannya?
  • Apakah jenis makanan yang sedang kucing itu makan? Pastikan anda dapatkan makanan yang sama. Kebanyakkan kucing akan mengalami cirit-birit(diarrhea) disebabkan bertukar jenis makanan. Kiranya nak menukar makanan tukarkan secara sikit-sikit dengan mencampurkan makanan lama dan baru.
7.   Rumah. Luangkan masa anda bersama kucing anda untuk lebih memahami dan mendekatinya. Kenali selera makannya, cara dan bila dia buang air kecil dan air besar nya. Kerana kiranya ada perubahan didalam perkara berikut segera dapatkan nasihat doktor.


8.   Sesi Berkenalan. Perlahan-lahan dan berjaga-jaga bila ingin memperkenalkan kucing baru anda dengan kucing-kucing anda yang lain. Yang terbaik asingkan dulu kucing anda dari kucing-kucing yang lain. Biarkan mereka saling mengenali melalui bau dahulu sebelum bertemu antara satu sama lain. Pastikan perkara ini diperhatikan oleh anda.

9.   Bawa kucing anda ke klinik haiwan unutk mendapatkan rawatan berjadual.

10.  Mula melatih kucing anda. Walaupun kucing tidak boleh dilatih seperti anjing. Tetapi kucing boleh di latih beberapa perkara asas seperti melatih untuk tidak mencakar sofa kita, tidak membuang air di merata tempat dan undang-undang di dalam rumah. Tetapi perkara ini hendaklah dilakukan secara konsisten dan penuh kesabaran, yang mana akhirnya kucing anda akan memahami undang-undang yang telah ditetapkan oleh tuannya...

Sebarang komen dan soalan dari tuan-puan amatlah dihargai....




TAJUK-TAJUK BERKAITAN