Tuesday, January 8, 2013

Kutu Kucing Dan Manusia

Teman telah ditanya soalan berikut pada entri Kucing Stress yang lepas, "mintak tolong, saya terkena gatal-gatal atau bintik-bintik merah di badan dan jumlahnya banyak. mungkin dari jangkitan kucing saya. macam-macam sudah di buat pada kucing saya.. tetap dijangkiti juga. ada penyelesaiannye tak? tq"

Untuk soalan diatas bagi teman, Pertamanya kita kena mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dialami oleh kucing itu. Adakah kucing itu ada masalah kutu ataupun ada masalah kulit mahupun penyakit-penyakit lain. Jalan yang paling mudah dan tanpa syak ialah membawa kucing anda ke klinik haiwan untuk kepastian. Selepas mendapat kepastian dan sekiranya masalahnya ialah kutu, langkah langkah pembersihan perlu dilakukan. Sila rujuk tajuk Kutu Kucing.

Keduanya, gatal-gatal atau bintik bintik merah di badan. Perkara ini mengikut pengetahuan teman ianya boleh disebabkan pelbagai sebab, antaranya ialah alahan, ruam, penyakit kulit, lembapan dan sebagainya. Tapi sekiranya kucing kita memang terkena jangkitan kutu, kemungkinan besar jugalah gatal-gatal itu datangnya dari kutu kucing itu. Ubatan yang sesuai untuk gatal-gatal yang disebabkan kutu/hama dari kucing ada beberapa jenis krim atau losyen. Krim dan Losyen itu antaranya :
2. Losyen Malathion

NOTA
Sila rujuk klinik ataupun Farmasi berkenaan cara-cara penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Dengan ini teman harap soalan yang diajukan telah terjawab dan dapat sedikit panduan untuk mengatasi masalah Tuan Puan, Terima kasih.