cat

Loading...

Saturday, December 11, 2010

KUTU (KUTU KUCING)

Hari ini teman nak cerita sikit tentang musuh no.1 kucing iaitu Kutu.Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap.  Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kucing sehingga mengakibatkan gatal-gatal dan jika  dibiarkan menjadi kronik ia boleh membawa maut kepada kucing. Ada pelbagai jenis kutu kucing. Supaya korang semua senang paham teman kategorikan kutu kucing kepada 2, iaitu: kutu badan dan kutu telinga.

kutu badan

kutu badan

kesan daripada kutu badan


Kutu Badan

Semua jenis kutu haiwan dan manusia adalah jenis penghisap darah. Kutu badan akan menjadikan kucing anda rasa tidak selesa dan gatal-gatal. Ini akan menyebabkan keguguran bulu, hilang selera makan kucing dan tidak baik untuk persekitaran nya. Keguguran bulu dan kurang selera makan kucing boleh membawa maut kepadanya. Manakala yang dimaksudkan 'tidak baik untuk persekitaran' disini membawa maksud tidak baik kepada tuan atau owner kucing dan keluarganya terutama kepada pengidap asma. Tetapi kiranya kucing kita bebas dari sebarang kutu insyaallah ianya tidak memberi kesan apa-apa kepada pengidap asma. Selain itu kutu badan pula boleh menghasilkan hama kucing yang mana hama kucing amat bahaya kepada manusia yang mengidap penyakit asma.

tanda telinga sudah ada kutu

kutu telinga

Kutu Telinga

Mengikut pengalaman teman yang setahun jagung dalam bidang ni, teman mendapati kutu telinga adalah kutu yang paling bahaya kepada kucing dan dia sukar di pulihkan tanpa pemerhatian yang tinggi. Kutu telinga juga menyebabkan ketidakselesaan kepada kucing seperti kutu badan. Ia juga merbahaya kepada manusia yang mengidap asma.
Teman akan huraikan dengan lebih mendalam lagi berkenaan sifat dan kitaran hidup kutu di penulisan yang akan datang.
Soalan yang biasa teman dengar dari peminat kucing "Apa patut saya lakukan untuk menghapuskan kutu ni". Ok ada dua kaedah yang teman praktiskan terhadap semua kucing-kucing teman.
Pertama: Kutu perlu di basmi dari kucing. Bagaimana??? Ada berbagai-bagai jenis ubat  cegah dan bunuh kutu kucing di pasaran.Di sini teman ingin menrakomenkan kepada korang satu jenis jenama yang paling mujarab dan berkesan serta mudah nak dibeli iaitu Frontline spray for cats (tick and flea control) untuk kutu badan dan Troy Ear Canker Drop untuk kutu telinga.

ubat kutu badan

ubat kutu telinga


Kedua: Persekitaran juga perlu di pastikan bersih supaya tiada agen-agen yang boleh membawa kutu ini. contohnya kiranya jiran kita membela anjing yang tidak dikawal kebersihannya ia boleh menyebabkan kucing kita terlibat sama. Anjing ini bertindak sebagai agen dan pembiak kutu. Jadi jauhi kucing anda daripada anjing yang kotor. Teman rasa cukuplah dulu cerita tentang KUTU untuk dijadikan petunjuk asas cegah kutu dari kucing anda..

Kesimpulan di sini, ingin teman nyatakan semua jenis kutu adalah jenis parasit yang cepat membiak dan merebak pada kadar yang sangat cepat. Kiranya korang mempunyai seekor kucing boleh la tahan... andai kata korang ada 10-15 ekor ia akan menyiksa dan memudaratkan korang juga kiranya dibiarkan kutu bermaharajalela. Tip yang boleh korang dapat dari topik hari ini ialah pastikan rumah korang dan persekitaran tempat kucing korang lepak, pastikan bersih supaya parasit tiada peluang untuk hidup. Hidup bersih, kucing tiada kutu,hahaha jumpa lagi di penulisan yang lain...

7 comments:

  1. memang byk keje kalau nak uruskan kutu kucing nih... ymrk beli rantai medicated untuk elkkan kutu nih.. tapi tak mesia ni tak jumpa pulak lagi... kat UK murah je.. di tesco about 1.99 pound je... so far mmg berkesan.. dah tak de kutu dah kucing ymrk

    ReplyDelete
  2. ymrk, ade je kat mesia...da beberapa kali jumpe di beberapa kedai..

    ReplyDelete
  3. kalau mandikan je kucing tu boleh hilang kan kutunye.

    rantai tu camne bentuknye? x nah jumpe lagi pulak

    ReplyDelete
  4. adakah kutu kucing boleh berjangkit dengan manusia ? saya perlu tahu ini dngan segera ! tolong saya :((

    ReplyDelete
  5. Ektoparasit pada kucing terbahagi kepada 3 kelompok iaitu hama, kutu dan pinjal. Ektoparasit ini memang membawa masalah kepada kucing-kucing peliharaan dan adakalanya boleh menyebabkan masalah kepda tuan punya punya. Entri ini dengan serba ringkas dapat memberi gambaran dan cara penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Info yang bagus!

    ReplyDelete