cat

Loading...

Sunday, May 8, 2011

Kucing Demam





Demam
Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau penyakit yang menyerangnya ini juga di kenali sebagai 'pyrexia'. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :
  1. Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak memperdulikan permainan kegemarannya.
  2. Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
  3. Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.
  4. Menggigil. -  suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
  5. Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.
  6. Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.
Apabila suhu badan kucing anda meningkat 102.5°F (39.1°C), anda perlulah sentiasa memerhatikan kucing anda dengan kerap memeriksa suhu badan kucing anda. Sentiasa menyediakan minuman yang sejuk untuk mengelakkan kucing anda dari dehidrasi. Turunkan suhu di kamar/bilik kucing anda dengan memasang fan atau aircond. Jangan sekali-kali memandikan kucing anda sewaktu kucing sedang demam kerana ini lebih memburukkan keaadan.



Sekiranya suhu kucing anda meningkat sehingga 105°F(40.5°C) segeralah bawa kucing anda ke vet yang terdekat. Kucing demam disebabkan beberapa perkara antaranya yang kerap :-
  • Jangkitan kuman
  • Barah 
  • Dehidrasi
  • Sedang menerima rawatan keseimbangan hormon
  • Cirit-birit
  • Kebanyakan penyakit merbahaya kucing seperti FIP, FELV dan sebagainya.



Nota: Setiap kali selepas kucing anda dimandikan, suhu badan kucing anda akan meningkat dan bagi kucing yang tidak kuat antibodi badannya akan menyebabkan kucing anda demam. Elakkan sama-sekali kucing anda dari terkena "Heat Stroke" dimana seluruh organ dalaman seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan otak berhenti bekerja disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi. Topik Heat Stroke ini akan dijelaskan di entri akan datang!!

TAJUK-TAJUK BERKAITAN

12 comments:

  1. Mujur Miko saya tak demam.. cuma dia macam bosan je sebab takde kawan... huhuhu
    Salam berkenal..... :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips !!
    kucing saya demam ~~

    ReplyDelete
  3. kucing saya nie x lalu mkn, suka tido, xnak menyusu, x main, suka bersendirian kt luar rumah.. tolonglah sya, sy tengah kekurangan duit nk beli ubat dia nie.. cam ner nk sembuhkan dia. dah 3 hari xnk mkn

    ReplyDelete
  4. Damn! Kucing sy demam... sy mandikan dia td huaaaa!!! I should read this earlier...Silly me :'(

    ReplyDelete
  5. Sy ada kucing baru 3 bulan,,smlm pergi klinik kena 2 enjection taw!,,today dy asyik tdo je,,xselere nak mkn,then tgn kanan dy saket,,its this normal?

    ReplyDelete
  6. Tak ada apa2 insyaAllah dia nak rest sahaja tu...

    ReplyDelete
  7. Kucing saya terkejut pastu stress dan demam lepas blk grooming.. normal ke tu??

    ReplyDelete
  8. Kucing saya demam lepas blk grooming.. normal ke tu??

    ReplyDelete
  9. kucing saya persia spt gmbar sblah
    tp sayang mata die sering sakit,kemerahan dan asik garu kt situ
    kesian kucingku...macamane nk sembuhkan
    dan byk kali gi klnik kesihatan..same jerrr

    ReplyDelete
  10. Kucing saya demam. And smlm bru je dia mati. Now, adik brdik dia yg lain pulak kena. Doc ckp virus :'( hmmmmmm apa penawarnyaaa?! :'(

    ReplyDelete
  11. Mana topik heat stroke?

    ReplyDelete
  12. Hai. Sy nk tanya. Kucing saya tiba2 bersin berlanjutan sampai mata nye berair. Kenapakah?

    ReplyDelete