

Kucing merupakan seekor haiwan karnivor yang senantiasa berada dalam keadaan bersedia untuk bertarung. Oleh itu mereka sentiasa memastikan keadaan otot dan kecerdasan mereka berada pada tahap paling bersedia. Kucing memerlukan banyak aktiviti cergas, ini kerana sifat semulajadinya. Diantara cara untuk memenuhi keperluan ini ialah dengan membawa kucing anda berjalan di taman atau setidak-tidaknya bermain bersama mereka. Walaupun remeh dan memenatkan aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada pemilik kucing kerana secara tidak langsung menggalakkan mereka bersenam biarpun hanya berjalan.
Kucing tidak seperti manusia yang jemu dengan kata-kata yang berulang. Kucing merupakan sahabat setia dan pendengar yang sentiasa bersedia mendengar cerita sama yang berulang-ulang, luahan rasa dan masalah anda. Apatah lagi anda mengusap dan membelai kucing anda ketika bercakap dengannya. Meluahkan masalah antara cara yang boleh mengurangkan tekanan.
Kucing Memberi Perlindungan Kepada Jantung Manusia

Hakikatnya individu yang membela kucing biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan(kucing) itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang daripada asyik memikirkan masalah. Selain itu, manfaat dapat dirasai pemilik kucing banyak dicatat dalam pelbagai kajian sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Antaranya:
Membantu Awet Muda
Kucing peliharaan boleh membantu anda awet muda terutama bagi individu yang bersara. Jangan salah anggap, awet muda yang dimaksudkan di sini bukan dari segi penampilan tetapi kesihatan fizikal dan mental. Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai kucing peliharaan memberi anda tugas dan tanggungjawab baru iaitu menjaganya. Menjaga kucing bermaksud memberikan makan, membersihkan badan kucing anda, membuang najis, memberi keselesaan tempat tinggal dan beriadah bersamanya. Aktiviti anda tidak terhad kepada rutin harian menjaga kucing anda sahaja kerana kebanyakkan pemilik kucing mempunyai kecenderungan untuk berbual dengan orang yang sukakan haiwan ini. Ini secara langsung memberi anda peluang untuk berinteraksi dan mempunyai lebih ramai kawan dalam masa yang sama. Selain dari itu anda boleh menimba pengalaman dengan menyertai acara yang lebih besar seperti pertandingan pertunjukkan kucing tercantik(cat show). Jika tidak turut serta pun, anda masih boleh membawa anak dan cucu menyaksikan pertandingan atau pameran seumpama itu sebagai aktiviti pendidikan tidak formal.
Mengurangkan Risiko Alahan dan Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Para pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah kerana persekitaran yang terlalu bersih dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan. Alahan terhadap kucing peliharaan antara pencetus serangan asma. Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.
NOTA: Jika anda atau ada ahli keluarga yang memang alah(alergic) terhadap haiwan, jangan membela haiwan peliharaan kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
TAJUK-TAJUK BERKAITAN
Kucing dan Islam
Jauhi Sifat Kejam(inhuman/cruelty)
TIDUR-TIDUR KUCING
TAJUK-TAJUK BERKAITAN
Kucing dan Islam
Jauhi Sifat Kejam(inhuman/cruelty)
TIDUR-TIDUR KUCING
Info yang berguna untuk dikongsi bersama...
ReplyDelete*Saya ada asthma, alhamdulillah... boleh saja memelihara kucing :)