Monday, December 13, 2010

APA ITU RAGDOLL??



Hari ni teman nak bercerita sikit tentang apa itu Ragdoll? Ragdoll adalah sejenis baka kucing yang bersaiz besar. Ragdoll mempunyai bulu(coat) separuh panjang(semi-longhair) dan mempunyai mata berwarna biru. Ragdoll adalah baka yang bertanda(pointed breed) yang bermakna warna bulu(coat) dibadannya lebih lembut/terang(lighter) berbanding ditempat yang bertanda(pointed) iaitu di muka, kaki, ekor dan telinga. Ragdoll dibiakkan secara berhati-hati supaya dapat menghasilkan satu spesis kucing bersaiz besar yang manja dan jinak. Dia dapat dibiakkan dalam tiga corak iaitu, dua darinya mempunyai stokin putih(mitted) dan dua warna(bicolor) dan satu lagi tidak mempunyai warna putih tetapi berwarna(colorpoint). Kesempurnaan Ragdoll adalah kerana dia mempunyai keseimbangan kerana kejinakannya, dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri yang ekstrim. Kucing jantannya mempunyai berat 15-20lbs, manakala yang betinanya adalah lebih kecil dari jantan iaitu mempunyai berat sehingga 10-15lbs apabila cukup dewasa.




Ragdoll adalah baka yang lewat tempoh matang dari segi saiz, corak bulu, dan panjang bulu. Ragdoll akan mencapai panjang, corak bulu dan warna bulu penuh pada umur dua tahun. dia akan mencapai saiz dan berat badan yang sempurna pada umur empat tahun. Ragdoll adalah spesis yang lebih cenderung kepada manusia berbanding separuh daripada kucing-kucing lain. Mereka adalah spesis yang akan menyambut kepulangan anda kerumah dengan menunggu anda di pintu masuk, mereka akan mengikut anda dari bilik-kebilik, berbaring diatas anda, tidur dengan anda dan basic nya dia akan memilih untuk berada di mana saja anda pergi. Kebanyakkan ragdoll-ragdoll ini mudah atau sudah diajar bagaimana menyahut panggilan anda dan bagaimana nak mengambil barang permainannya. Bagi teman mereka adalah spesis kucing yang lemah lembut dan terutama sewaktu bermain mereka jarang mengeluarkan kuku. Mereka cenderung duduk di lantai berbanding memanjat atau melompat. Bulu semi panjang, selembut dan selicin sutera memerlukan sedikit penjagaan untuk memastikan bulunya dalam keadaan terbaik. Mereka perlu disikat menggunakan sikat keluli(steel) untuk menanggalkan bulu-bulu yang tercabut dan menghilangkan serabut pada bulunya. 


Ragdoll mempunyai enam warna iaitu: seal, blue, chocolate, lilac, red dan cream. Manakala coraknya pula ada empat iaitu: bi-color, van, mitted dan colorpoint. Berkenaan warna dan corak teman akan jelaskan pada topik Bulu Kucing dan Jenis-jenisnya. Ragdoll mempunyai aliran darah siamese, anggora dan parsi(persian). Oleh kerana itu Ragdoll mempunyai sifat-sifat siamese seperti ianya amat sensitif dan sesuai sebagai "house cat" kerana mengikuti sifat parsi(persian). Bersaiz besar adalah mewakili sifat Anggora. Oleh sebab Ragdoll lebih banyak menghabiskan masa bersama isi rumah di dalam rumah membuatkan beliau adalah antara kucing yang paling tidak membawa wabak penyakit kepada manusia. Walaupun Ragdoll adalah kucing yang bersaiz besar ia mudah mesra dengan haiwan-haiwan peliharaan kita yang lain dan suka bermain dengan anak-anak kecil kita.



Coat color: Seal Point
Ragdoll mula sekali dibiakkan oleh Ann Baker yang berasal dari California, Amerika Syarikat pada tahun 1960. Ragdoll di patenkan pada tahun 1975.Nama ragdoll ini dipilih kerana kecenderungan nya terhadap manusia dan sentiasa relax/tenang apabila di dukung oleh manusia. Bagi penilaian teman Ragdoll adalah seekor kucing yang paling sesuai dengan manusia di zaman moden ini. Walaupun begitu kucing ini tidak banyak ada di Malaysia ini. Ini mungkin kerana untuk mendapatkan baka Ragdoll yang asli yang ada sijil kelahiran dari CFA memerlukan kos yang mahal.

Ragdoll Kitten
Ragdoll tetap berada di ranking teratas untuk diri teman secara peribadi. Karektor yang begitu mesra dengan manusia amat memikat teman terhadap haiwan karnivor ini. Malahan Ragdoll boleh menjadi teman kita sewaktu keseorangan dan kesunyian.
Tips Kata-kata pada hari ini; Dengan memelihara seekor kucing dirumah ia boleh menjadi terapi kepada minda, jiwa dan keperibadian kita sekeluarga....


Coat Pattern and colour: Pointed and Mitted

Mungkin ada kekurangan fakta berkenaan baka Ragdoll yang cuba teman olahkan namun teman akan cuba sedaya upaya untuk memperlengkapkan segala fakta bagi setiap tajuk yang teman kemukakan. Kiranya ada fakta tambahan akan teman catitkan kemudian. Usaha ini adalah agar generasi akan datang dapat menimba ilmu dan menjadi panduan mudah untuk memiliki,menjaga dan menjiwai haiwan bernama kucing. Semoga berjumpa di lain catatan sekian terima kasih.

3 comments:

  1. saya ada ragdoll jantan..gambarnya sebijik mcm pic ragdoll yg kedua dr atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada anak dia, jual la ye..teringin sangat..masa beli dulu dari kecik ke?

      Delete
  2. iPadSQ...sy ada yg betina mcm regdoll kitten...kalau sudi kita kacukan utk kekal baka regdoll...kalau sudi email pd sy...hakim_66gg66@yahoo.com

    ReplyDelete