Sedang orang ramai sibuk menonton perlawanan bola sepak diantara Malaysia vs Vietnam di separuh akhir piala Suzuki di stadium Bukit Jalil, teman bangun dari tempat duduk dihadapan kaca tv terus ke jendela rumah sambil merenung ke langit untuk melihat cahaya dari bulan. Tetapi hanya kegelapan yang menyuluh kebumi tanpa cahaya dari bulan, lantas teman pun bertanya kepada isteri teman "yang-yang, malam ni berapa haribulan islam" jawab isteriku "hari ini bersamaan dengan 10 Muharram bulan belum penuh" teman menjawab "tak nampak bulan malam ni mung kin cuaca mendung di malam hari kot". Isteri teman bertanya lagi "napa tetiba sibok nak nengok bulan plak" jawab teman "tak-tak,saya teringat kisah Cici keluor rumah memalam". Tetiba teman teringat akan satu kisah Cici (kucing yang pernah aku bela seketika dulu) di malam mengambang.
Ceritanya begini, waktu itu teman tinggal menyewa di Bandar Mahkota, Cheras. Sebut aje cheras abah teman ada berkata "Ji, setahu aku dulu, cheras tu penuh dengan bangsa cina" jawab teman"btul, tu abah. Tapi sekarang melayu sudah
menghampiri 45% di cheras ni". Berbalik kepada cerita, jadi disebabkan teman dok kat cheras, jiran-jiran sekeliling kebanyakkan nya adalah bangsa cina. Disebelah kanan rumah teman, En. Kam sekeluarga dan disebelah kiri En. Lim sekeluarga. Dihadapan dan belakang tak yah cerita la, sebab mereka tiada kena mengena dalam ini cerita. Teman mulakan dengan En. Kam. En. Kam sekeluarga adalah keluarga yang meminati haiwan peliharaan di rumah. Beliau mempunyai dua ekor anjing, seekor ikan arowana emas yang berharga rm18,000, tiga ekor kura-kura yang sudah berumur 5tahun dan seekor iguana yang besar. Manakala En. Lim pula adalah satu keluarga yang tidak ada membela apa-apa jenis haiwan peliharaan, dengan ini teman membuat andaian bahawa beliau tidak suka akan haiwan-haiwan ini.

Ceritanya bermula disini, suatu malam Cici berjaya meloloskan diri dari umah teman dengan meloncat keluar dari tingkap bilik teman terus ke bumbung porch kete dan trus berlari menghilangkan diri. Teman sekeluarga bergegas keluar untuk mengejar dan mencari Cici. Tapi merata tempat kami mencari bayang Cici langsung tidak ditemui. Teman pun membuat keputusan untuk balik dan tunggu kepulangan Cici dirumah.

Mereka membela kucing ini bukan hanya kerana meminati haiwan ini tetapi kata En. Lim "Ini kucing dia boleh jaga rumah, boleh jaga itu beras dari tikus, ooooo" Mengikut kata En. Lim lagi, apabila kita membela kucing di rumah sang tikus dapat menghidunya dari haba yang dikeluarkan oleh kucing ini tadi. Teman hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kat En. Lim. Jadi mengikut pengalaman En. Lim ni tadi sewaktu dikampungnya dulu, kucing
memang gemar dan suka keluar diwaktu bulan mengambang kerana ingin mengawan atau meninjau kawasan sekeliling. kenapa bulan mengambang, bukan tiap-tiap malam ka kucing suka keluar rumah?
Jawab En. Lim "Betul-betul, tiap-tiap malam dia suka keluar, tapi ini malam bulan mengambang ada special skit" jawab teman" oooo,itu macam ka? Ini malam kalau dia keluar rumah dia tara sesat punya sebab dia boleh tengok itu bulan, dia ikut itu cahaya dia sudah ingat dia punya rumah mana" katanya lagi "serupa dia tengok itu google map la". teman pun terus ketawa sampai nak pecah perut.

No comments:
Post a Comment