cat

Loading...

Wednesday, March 23, 2011

Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 1

Boleh dikatakan setiap jenis baka kucing mempunyai jenis penyakit yang sama, simptom-simptom yang sama serta kesan dan akibat yang sama. Setiap kucing yang sedang diserang penyakit atau yang sedang sakit akan menunjukkan reaksi dan karektor yang berlainan dari waktu sihatnya. Reaksi, karektor dan perangai yang berubah inilah yang dinamakan "Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Sakit". Pada tajuk Kesihatan kucing secara umum ada teman senaraikan beberapa tanda-tanda kucing anda sedang sakit. Hari ini teman akan cuba menghuraikan satu persatu tanda-tanda berikut.

Hilang Selera Makan
Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Kiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia. Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinari untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:
  1. Jemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).
  2. Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)
  3. Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)
  4. Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).
  5. Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).
  6. Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula - ini perlu dielakkan).
  7. Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).
  8. Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)
Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Jika ini berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kucing yang sakit, hilang selera makan kerana beberapa sebab:
  1. Kucing demam.
  2. Kucing sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).
  3. Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)
  4. Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.
  5. Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.
Susah Hendak Makan
Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi sebaliknya kucing yang susah nak makan makanannya kerana kucing mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.

Penurunan Berat Badan
Penurunan Berat Badan Kucing akan berlaku disebabkan 7 perkara:
  1. Parasit/Kutu
  2. Virus Leukemia Kucing (Feline Leukemia Virus Disease Complex  - FELV)
  3. Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)
  4. Penyakit Hati. (Liver Disease)
  5. Kencing Manis. (Diabetes)
  6. Penyakit buah Pinggang. (Kidney Disease)
  7. Stress. (Kucing yang stress akan menyebabkan penurunan berat badannya)
Muntah
Setakat pengetahuan teman, kucing akan muntah disebabkan 9 perkara:
  1. Gumpalan bulu. (Hairball)
  2. Makan terlalu cepat/gopoh.
  3. Makan benda yang tidak boleh dihadam.
  4. Kerapkali menukar diet/jenis makannannya.
  5. Alergic makanan atau bahan-bahan didalam makanan.
  6. Infeksi/ Jangkitan penyakit
  7. Parasit/Kutu
  8. Racun
  9. Sebab-sebab lain. - ada beberapa perkara lain yang menyebabkan kucing anda muntah seperti penyakit-penyakit serius. Ini akan dihuraikan lagi didalam Penyakit-Penyakit Kucing.
Nota: Pastikan kucing anda tidak diberi makan sekiranya ingin membawanya berjalan jauh(travel). Kerana kucing akan muntah didalam kereta anda sekiranya diberi makan sejurus sebelum anda ingin memulakan perjalanan jauh. Ini dipanggil "Motion Sickness"

Darah didalam air kencing
Darah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil 'Hematuria'. Perkara ini menakutkan para-para pembela kucing kerana hanya perkara buruk yang serius sahaja boleh menyebabkan kucing kita jadi begini. Salah satu penyebab 'Hematuri' ialah penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)". Sekiranya anda mendapati terdapat darah didalam air kencing kucing anda, perlulah anda risau dan membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat dengan segera. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.

Sukar membuang air kecil
Perkara ini hanya berlaku apabila kucing anda mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan usus kecil. Sebagai contoh, penyakit 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)'. Sukar membuang air kecil juga boleh menyebabkan  darah didalam air kencing. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.

Demam
Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau
penyakit yang menyerangnya. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :
  1. Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak mempedulikan permainan kegemarannya.
  2. Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
  3. Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.
  4. Menggigil. -  suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
  5. Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.
  6. Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.
TIPS KATA-KATA
Jagalah kucing anda sepertimana anda menjaga anak anda sendiri, kerana dengan pemerhatian dan memahami tingkahlaku kucing anda dapat mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku keatas kucing anda.
Bersambung di Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 2

TAJUK-TAJUK BERKAITAN

19 comments:

  1. info yang menarik...

    kucing saya sdg sakit...maybe ni boleh membantu..

    http://azlinaazhar.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. info yang amat berguna bagi saya, terima kasih abang Zaiham :D

    saya syg kucing,
    Brunei

    ReplyDelete
  3. sharing is caring - lululala. Silakan share !!!

    ReplyDelete
  4. mintak share info2 berkaitan kucing dalam blog nie ye..terima kasih...

    ReplyDelete
  5. kucin sy baru mati..yg peliknye, muntah die kuar mcm minyak..die kene racun ke??? sesape yg tau tlgla share

    ReplyDelete
  6. KUCING SAYA SEDANG SAKIT SEHINGGA SUKAR UNTUK BERNAFAS...MUJUR ADA BLOG INI JADI BOLEH SAYA TAHU SERBA SEDIKIT TENTANG KUCING.TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  7. kucing saya sakit..dye tak lalu nak makan,asyik2 minum je..badannye lemah sangat..dye pernah muntah..perut dye lak kempis dah x gemok..ape yg st=ye patut buat untuk dye sembuh??tolongg..=(

    ReplyDelete
  8. salam,kucing sy selalu kelihatan seperti semput.bwk jumpa doctor katanya masalah hairball.dah bg mkn ubat hairball utk dia muntah.dia dah pun muntah,tapi semput dia semakin menjadi-jadi.sy pun tak tahu nak ckp samada dia semput atau tidak tapi kdg2 dia seperti susah hendak bernafas.tolong saya.sy tak mahu kehilangan dia.

    ReplyDelete
  9. sama la kita greengirl97.. sy punya kucing pun kena simptom yg sama.. dan siap cirit birit lagi.. admin blog.. apa yg patut bkami lakukan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak sebab untuk simptom yang begitu....nasihat saya, segeralah bawa ke klinik veterinar yang terdekat supaya boleh mengenal pasti punca sebenar atau pun boleh inbox saya di zai catzz facebook, terima kasih.

      Delete
  10. Entry yang bagus dan penuh informasi untuk peminat-peminat kucing di Malaysia. Masyarakat kita amat memerlukan info begini untuk penjagaan haiwan kesayangan seperti kucing. Tahniah kepada penulis :)

    ReplyDelete
  11. Kucing saya ada masalah hati. Tapi alhamdulilah lepas bawa g vet da di kasi ubat, dia makin sihat :) yang special nya kucing saya ni dia ada jari yang banyak. :) ada 23jari kesemuanya. Kami satu keluarga sangat sayang kan kucing saya tu :') manja sangat

    ReplyDelete
  12. Assalam..saya nak tanye saya harap anda dpat membantu saya..kucing saya seolah olah semput..dan dye sering ceret beret..kenapa ye??

    ReplyDelete
  13. Kucing semput ada beberapa sebab boleh rujuk tajuk kucing sukar nak bernafas dan untuk cirit tu boleh rujuk tajuk kucing cirit birit atau boleh inbox saya di facebook, terima kasih.

    ReplyDelete
  14. mcmana nak tahu kalau kucing betina tu dah kena kembiri atau belum?

    ReplyDelete
  15. Ank kucing sy x lalu mkn. Dlu gemuk sgt2 tp sekarang mkn pun dah xmahu.. Kekadang bila mkn dia muntah2.. Sian gak tgk dia asyik nk memerap jer.. Main pun dah xmh.. Tlg bntu sy.. Apa yg perlu sy lakukan sekarang nie???

    ReplyDelete
  16. kucing saya jadi pemalas, dan asyik tidur..dia tak membersihkan dirinya seperti selalu..dan lebihkan tidur, tapi makan kuat, adakah dia sakit?

    ReplyDelete