Thursday, December 23, 2010

ALLEYCATS dan DBKL/ PENGUATKUASA TEMPATAN.

Selepas  teman menulis di bawah tajuk Perlukah Kita Mengkasikan kucing peliharaan kita, teman ditanya satu soalan oleh seorang sahabat teman. Beliau bertanya "Apakah tindakan yang diambil oleh DBKL terhadap alleycat(kucing jalanan/terbiar) yang ada di merata-rata Bandaraya Kuala Lumpur, tiada solusi ka?". Soalan yang sama teman pernah bertanyakan dengan pihak SPCA(Society for the prevention of cruelty to animals). Jawapan dari salah seorang pegawainya,"Kami pun ada bertanya soalan yang sama", jawapan dari DBKL: "Selagi minda rakyat Malaysia belum maju kami tak boleh buat apa-apa" SPCA bagi cadangan supaya DBKL anjurkan kempen kesedaran untuk rakyat berkaitan perkara ini. Jawapan DBKL pula "no budget ma...".

Dengan potongan ayat diatas kita sebagai rakyat dan sebagai orang yang bertanya jawapannya "lu pikir la sendiri". Blog ini bukan blog menghentam kerajaan ataupun blog politik. Jadi kita lupakan soal negatif itu dan kita ambil yang positif. Di sini ingin teman nyatakan kira nya kita mula berasa runsing, rimas atau bimbang dengan alleycat-alleycat yang semakin tidak terkawal populasinya, perlula kita sendiri menanamkan semangat untuk bersama-sama menangani masalah ini.

Tidak teman nafikan berlakunya populasi alleycats yang tidak terkawal ini adalah berpunca dari kita sendiri. Kebanyakkan kita yang menyayangi, dan mengambil berat akan haiwan ini salah cara dan tindakan yang kita ambil terhadap haiwan ini. Contohnya: Baru-baru ini teman ke kedai makan masakan siam, tetiba teman ternampak ada satu keluarga sedang memberikan alleycat-alleycat yang ada di kedai itu makan. Lalu teman pun menghampiri keluarga ini dengan senyuman dan bertanya " Kenapa diberi kucing-kucing ni makan?" jawab salah seorang ahli keluarga itu kembali "kesian.... kucing-kucing ni kurus kering dia lapar tu sebab saya bagi makan ni.." Wahai peminat-peminat kucing semua sedarlah dengan memberi makan kepada alleycat-alleycat ini kita seolah-olah membiakkan lagi mereka dengan lebih banyak. "Kesian le...., eee sayangnya...." ayat itu dan pemikiran begitu adalah pemikiran yang salah. seperti potongan ayat ini "Jangan jadi sebahagian daripada masalah tetapi jadilah sebahagian daripada jalan penyelesaian".

Seekor kucing betina mampu melahirkan lebih kurang 4-6ekor anak pada setiap kali kelahiran dan setiap seekor betina mampu melahirkan sebanyak 150 ekor anak seumur hidupnya. Kucing juga merupakan antara karnivor tertua didunia ini yang mana bagi teman, karnivor ini tidak akan pupus sehingga dihujung hayat dunia. Hanya ada satu jalan untuk mengawal populasi alleycats ini ialah dengan mengembirikan haiwan ini. Masalah alleycats yang tidak terkawal ini pernah terjadi di Rome sekitar tahun 1960an tak silap teman iaitu bandar Rome dipenuhi Alleycats sekitar lebih 200,00 ekor. Kerajaan Itali pada masa tu mengambil langkah dengan memberi kempen kesedaran kepada rakyatnya dan menjemput badan-badan sukarelawan satu dunia untuk membantu menyelesaikan masalah ini, yang mana akhirnya perkara ini dapat diatasi. Untuk lebih kepastian anda boleh dapatkan sebuak dokumentari yang bertajuk "CATS of ROME" sebuah dokumentari oleh Michael W.Hunt.  Kepada sesiapa yang meminati, menyayangi dan mengasihani akan haiwan ini serta kepada yang dah tak larat dengan alleycats ini, tindakan sepatutnya anda lakukan ialah:

1. Ambil dan bela lah alleycats itu dengan memberi dia makan, tempat tinggal selesa(syurga kucing) dan kembirikan kucing anda supaya pembiakkan yang tidak terancang dapat diatasi. Kiranya ingin membiakkanya, dapatkanlah nasihat pakar atau veterinar yang terdekat.

2. Ambil kucing itu dan menghantar mereka ke pusat-pusat perlindungan haiwan seperti SPCA ataupun tempat perlindungan haiwan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sekali lagi ingin teman mengajak semua yang membaca blog ini supaya membuka minda kita dengan mengambil langkah yang betul untuk mengatasi masalah ini bersama.


TOPIK BERKAITAN
Perlu kah kucing kita di sunatkan/dikasikan/dimandulkan?

2 comments:

  1. sy pn slalu bg kcing2 tbiar ni mkn.bkn smua blh kita bwk blik bela kt umh..sy salah srg yg ska bwk blik kcing tbiar..dh 15 ekor..sy bkn dr kalangan kluarga berada n bkmampuan.. klu smua nk bwk blik...tkut nt kcing2 2 x ckp mkn plk..

    ReplyDelete
  2. kucing xleh mengundi,xde tambah hasil dlm ekonomi negare sebab tu dorg gunekan alasan xde bajet etc..sedih la dgn pemikiran org Msia ni :(

    -chulakitty-

    ReplyDelete