Sedang teman menonton anak-anak dan isteri yang sedang asyik mengambil bahagian didalam sukaneka Hari Keluarga Perkeso di Desa Waterpark, Kuala Lumpur, tiba-tiba muncul seekor alleycat berhampiran kafe disini. Lantas teman teringat akan satu soalan dari sahabat teman yang berbunyi "Am, pedigree cat(kucing) tu apa?" jawab Teman "tunggukan penjelasannya di dalam blog zaicatzz teman" dia bertanya lagi "Bila tu?" jawab Teman "Tuuuunngggguuuuuu.........." Jadi hari ini teman ingin bercerita sikit berkenaan "What is Pedigree Cat(Apa itu Kucing Pedigree).
Kucing menjadi haiwan kesayangan yang paling popular di seluruh dunia. Ada sekitar 100 juta kucing di dunia Barat dan angka ini meningkat. Ada banyak alasan untuk populariti kucing dan salah satu alasan khususnya adalah, kucing membenihkan perasaan kasih sayang dan boleh menjadi sahabat yang sangat setia. Selain dari itu terdapat banyak manfaat mengasihi kucing yang baik kepada manusia.
Sebelum teman bercerita apa itu pedigree, Teman telah ditanya oleh seorang sahabat teman lagi En. Faizal b. Rathwan tentang kucing emaknya yang sudah lama dibela. Beliau bertanya seperti tertera di gambar dibawah "Ini brand apa bro?"
Jawapan teman "ini bukan pure breed cat, ni teman nak tanya dulu pedigree ke tidak? kalau ko tanya teman ini brand apa memang teman tak ada jawapan, tapi kalau ko tanya pembiak-pembiak(breeder) kucing, mereka akan cakap ini kucing kacuk atau kucing biasa jer. Brand bukan ditentukan melalui rupa paras sahaja. Mula kita kena tahu kucing ni pure breed ke tidak? kedua pedigree ke tidak? kalo ada jawapan untuk soalan itu baru teman boleh tahu ini brand apa." Jawab sahabat teman lagi "Aku pun tak tau?" Kemudian jawapan teman pula "kucing biasa ler jawapannya". Setiap Tuan kucing yang mempunyai Kucing Pedigree, Tuan kucing akan diberitahu secara jelas bahawa kucing nya adalah pedigree atau tidak oleh tuan sebelumnya. Jadi disini kiranya anda tidak mengetahui asal usul keterunan kucing anda dan tiada pengesahan dari tuan sebelumnya bermakna kucing itu bukanlah Kucing Pedigree.
Apa itu KUCING PEDIGREE ?
Perkataan Pedigree itu sendiri diambil dari bahasa Perancis kalau tak silap teman dan diubah menjadi bahasa Inggeris. Bagi teman "Pedigree" membawa maksud "Yang diketahui asal-usul keturunannya".
Kucing Pedigree adalah seekor kucing dimana keturunannya didaftarkan secara rasmi disebut sebagai kucing ras(purebred), atau kucing keturunan baik(pedigree). Seekor kucing ras(purebred) adalah salah satu keturunan yang hanya mengandungi individu-individu dari jenis baka yang sama. Seekor kucing keturunan baik(pedigree) adalah salah satu keturunan yang direkodkan, tetapi mungkin mempunyai nenek moyang dari keturunan yang berbeza. Bagi teman Kucing Pedigree ini terbahagi kepada dua:-
1. Kucing Pedigree Berdaftar.
Kucing Pedigree Berdaftar adalah dimana keturunannya didaftarkan dengan pertubuhan ataupun organisasi kucing seperti CFA(Cat Francier's Association)yang terbesar didunia, TICA(The International Cat Association) dan sebagainya. Kucing Pedigree Berdaftar mempunyai rekod carta salasilah keturunan secara teratur dan terperinci. Pembiakan Kucing Pedigree berdaftar dikawal secara teliti dan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh organisasi. Pemilihan Ratu(Queen) perlu dinilaikan bersama organisasi. Ratu(Queen) adalah kucing betina yang akan menjadi ibu/induk bagi baka yang dipilih. Ratu hanya akan dipilih dari yang terbaik sahaja(best of the best). Pendek kata yang berdaftar ini dijamin kualiti dan keasliannya.
Balinese(Pedigree Cat) |
Setiap Kucing Pedigree yang tidak berdaftar ia mestilah mempunyai carta salasilah keturunan yang dicatat dengan teliti dan rapi oleh pembiaknya(breeder) dan dikawal dengan baik sekurang-kurangnya untuk 7 keturunan/generasi. Tetapi Kucing Pedigree yang tidak berdaftar ini diragui keasliannya, sejauh mana kebenaran catatannya dan kualitinya tidak terjamin. Melainkan pembiak(breeder) itu dikenali ramai oleh pembiak-pembiak yang berdaftar dan sekurang-kurangnya dapat menjuarai salah satu kategori didalam pertandingan pertunjukkan kucing(cat show) yang dianjurkan badan yang diiktiraf.
Siamese(Pure Breed Cat) |
Nota: Kucing Pedigree Tidak Berdaftar hanyalah pendapat teman semata-mata tanpa disokong oleh mana-mana pihak. Ini kerana untuk membuka semangat kepada mungkin beribu atau beratus orang pembiak kucing yang tidak berdaftar untuk mebaiki kesilapan dengan bertindak secara betul didalam pembiakan kucing anda.
Senarai keturunan kucing cukup besar: pendaftar kucing rata-rata mengenali atau mengiktiraf antara 30 dan 40 keturunan kucing, dan selebihnya masih dalam pembangunan, dengan satu atau lebih keturunan baru yang diluluskan setiap tahun rata-rata mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan warisan. Pemilik dan penternak bersaing dalam pertunjukan kucing(cat show) untuk melihat sejauh mana kemiripan kucing masing-masing, berdasarkan jenis baka biak(breed type), ketulenan biak (breed standards) untuk berkembang dengan lebih baik didalm pembiakan masing-masing.
Disebabkan kebiasaan mengkacuk kucing di daerah berpenduduk kerap berlaku tanpa dikawal, banyak kucing yang hanya dikenalpasti sebagai keturunan Domestik Longhair(bulu panjang) dan Domestik Shorthair(bulu pendek) sahaja, bergantung pada jenis bulu mereka. Yang mana Domestik Longhair dan Domestik Shorthair ini tidak diterima lagi oleh ahli-ahli biologi kucing sebagai Kucing Pedigree.
Manx(Pure Breed Cat) |
Kesimpulan yang mudah boleh kita dapat di sini ialah Pedigree Cat adalah kucing yang diketahui asal-usul keturunannya dan dicatat dengan teliti berkenaan salasilah keturunannya dan berdaftar dengan organisasi-organisasi yang diiktiraf seperti CFA(Cat Francier's Association) dan lain-lain organisasi yang seangkatannya. Teman berharap dengan penjelasan ini dapatlah memberi sedikit fahaman kepada peminat-peminat kucing tentang apakah KUCING PEDIGREE.Sehingga disini dulu buat masa ini moga berjumpa lagi ditajuk yang lain, sekian..
TAJUK-TAJUK BERKAITAN
Manfaat Mengasihi Kucing
TAJUK-TAJUK BERKAITAN
Manfaat Mengasihi Kucing
No comments:
Post a Comment