Seorang sahabat baik teman En. Kamal Karim menelefon teman. Kata beliau kepada teman "ghahim, aku nak seekor kucing ko untuk menggantikan kucing aku yang baru mati" jawab teman "datanglah kerumah dan buat pilihan sendiri" jadi tepat pada pukul 6 petang tanggal 12Disember 2011 2010, En kamal datang kerumah dan memilih untuk memiliki kucing teman yang bernama YODA. Dikesempatan ini teman ingin bercerita tentang tajuk pada hari ini iaitu Panduan Asas Membela Kucing Dirumah.
Apabila kita telah membuat keputusan untuk membela kucing di rumah ciri-ciri berikut perlu lah diambil berat:
1. Pastikan Rumah Anda Sudah Bersedia. yang dimaksudkan disini ialah pastikan bilik atau ruang legar kucing anda dijauhi dari semua bahan racun seperti racun tikus dan seumpamanya. Pastikan tiada barang kecil yang keras dan tajam bagi mengelakkan kucing anda tertelan dan tercucuk dirinya. Jauhkan dari kabel-kabel wayar tv dan semua peralatan elektrik. Semua jenis ubat-ubatan haruslah dijauhkan. Bagi yang merokok pastikan bekas abu rokok dijauhkan darinya.
2. Sedikan Bahan-Bahan Asas kucing. Buatkan satu senarai barang-barang keperluan kucing anda. Tempat tidur, makanan dan minuman(Pastikan yang sesuai dengan kucing anda), peralatan permainan kucing, tempat mencakar atau garu(scratching post), sikat, bekas najis, pasir tandas dan alat-alat untuk membersihkan peralatan kucing itu tadi.
3. Merancang kiranya berlaku perkara yang tak diingini seperti berlaku kecederaan terhadap kucing kerana bergaduh dengan kucing lain, atau kemalangan-kemalangan yang melibatkan kucing anda, luka dan sebagainya. Dapatkan 'emergency kit' unutk kucing-kucing anda. emergency kit ini boleh didapati di klinik-klinik haiwan.
4. Merancang Masa Yang Sesuai. Yang dimaksudkan disini ialah merancang hari apakah yang sesuai unutk kedatangan kucing baru anda. Pastikan anda mempunyai cukup masa unutk bersama kucing anda pada kali pertama kedatangannya kerumah anda. Yang paling sesuai mengikut pengalaman teman ialah hari jumaat, kerana anda dapat menghabiskan hujung minggu anda dengan kucing baru anda.
5. Adakan Perbincangan Keluarga. Berbincang sesama ahli keluarga dan tetapkan undang-undang kucing anda dirumah. Berbincang berkenaan penjagaan iaitu makan,minum, menyikat bulu dan membersihkan tempat najis.(tetapkan siapa yang perlu buat).Tetapkan bilakah perkara ini mesti dilakukan? Pastikan bila masa kucing anda makan, bila masa dia tidur, adakah dia berasa takut atau terancam? Tetapkan kawasan bermain dan berehat kucing anda.
TIPS KATA-KATA : Kucing yang dibiarkan bebas keluar rumah lebih pendek umurnya berbanding kucing yang tinggal didalam rumah, renung-renungkan lah kata-kata Tips itu tadi.
6. Dapatkan kisah atau sejarah kucing anda. Sewaktu anda mengambil atau membeli kucing anda dapatkan fakta sejarah kucing anda sebanyak mungkin. Perkara ini amat berguna kiranya ada sesuatu masalah yang dihadapi kucing anda di masa hadapan dengan adanya kisah sejarahnya ini boleh membantu kita untuk mengetahui apa yang kucing kita perlukan. Tanyakan soalan-soalan berikut:
- Berapa lama kucing itu tinggal di sangkar/kurungan?
- Dari mana dia datang?
- Dapatkan tarikh lahir atau sekurang-kurangnya tahun lahir.
- Siapa ibu dan bapanya dan adakah perkara turun-temuran(penyakit,tabiat dan perangai) yang dibawa?
- Pernahkah kucing itu mendapatkan vaksinnya?
- Bilakah vaksin seterusnya perlu diambil?
- Pernahkah kucing itu mengalami masalah kesihatan?
- Adakah kucing itu sedang dalam rawatan perubatan?
- Adakah kucing itu telah disahkan tiada cacing?
- Bilakah dos seterusnya perlu diambil?
- Adakah kucing itu bebas dari penyakit(feline leukemia dan feline aids virus? Semua kucing wajib diuji perkara ini sebelum membawa dia pulang kerumah.
- Adakah kucing itu sudah dimasukkan microcip? Kalau ya, dapatkan segala dokumentasinya supaya anda boleh mendaftar dengan mana-mana persatuan kucing.
- Adakah kucing itu ada kutu, dan sudahkah dia diberikan rawatan kutu?
- Apakah Jaminannya. Kebanyakkan penjual kucing memberi jaminan selama 1 atau 2 minggu jaminan dari segi kesihatan atau masalah lain.
- Pernah ke kucing itu dibawa ke klinik atau hospital untuk pemantauan kesihatannya?
- Apakah jenis makanan yang sedang kucing itu makan? Pastikan anda dapatkan makanan yang sama. Kebanyakkan kucing akan mengalami cirit-birit(diarrhea) disebabkan bertukar jenis makanan. Kiranya nak menukar makanan tukarkan secara sikit-sikit dengan mencampurkan makanan lama dan baru.
7. Rumah. Luangkan masa anda bersama kucing anda untuk lebih memahami dan mendekatinya. Kenali selera makannya, cara dan bila dia buang air kecil dan air besar nya. Kerana kiranya ada perubahan didalam perkara berikut segera dapatkan nasihat doktor.
8. Sesi Berkenalan. Perlahan-lahan dan berjaga-jaga bila ingin memperkenalkan kucing baru anda dengan kucing-kucing anda yang lain. Yang terbaik asingkan dulu kucing anda dari kucing-kucing yang lain. Biarkan mereka saling mengenali melalui bau dahulu sebelum bertemu antara satu sama lain. Pastikan perkara ini diperhatikan oleh anda.
9. Bawa kucing anda ke klinik haiwan unutk mendapatkan rawatan berjadual.
10. Mula melatih kucing anda. Walaupun kucing tidak boleh dilatih seperti anjing. Tetapi kucing boleh di latih beberapa perkara asas seperti melatih untuk tidak mencakar sofa kita, tidak membuang air di merata tempat dan undang-undang di dalam rumah. Tetapi perkara ini hendaklah dilakukan secara konsisten dan penuh kesabaran, yang mana akhirnya kucing anda akan memahami undang-undang yang telah ditetapkan oleh tuannya...
Sebarang komen dan soalan dari tuan-puan amatlah dihargai....
TAJUK-TAJUK BERKAITAN
thanks sudi berkongsi tips ye...
ReplyDeleteAik..advance.. 12 disember 2011
ReplyDeleteMcmna bt test feline leukemia dan feline aids virus tu ek. dlu kucen sy mati doc ckp fline leukemia,tp xde bt sbrg test plk
ReplyDeletesaudara...
ReplyDeletekalau sy minta tolong buat sangkar kucing boleh
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete