Sunday, January 23, 2011

SINGAPURA

Terpesona, Memikat hati dan Penyayang adalah kata-kata mula yang sering digunakan oleh peminat kucing bagi mengambarkan tentang SINGAPURA. Pertamanya, Singapura mempunyai penampilan yang lembut dengan wajah yang bulat (rounded), mata dan telinga yang besar membuat kucing ini begitu istemewa. Namun begitu rahsia sebenar yang memikat adalah keperibadian Singapura yang unik. Singapura juga merupakan kucing yang jarang(rare) didapati di serata dunia. Oleh itu anak kucing Singapura (Singapura kitten) sering habis dijual (sold out) hingga yang di dalam kandungan pun sudah ditempah oleh peminat kucing Singapura. 

Singapura adalah kucing yang bersaiz kecil hingga sederhana. Kucing jantan dan kucing betina tidak mempunyai perbezaan saiz yang ketara. Berat kucing jantannya ialah sekitar 6-7lbs dan kucing betinanya sekitar 4-5lbs. Singapura berbulu pendek lembut dan halus. Warna yang diterima oleh CFA(Cat Francier's Association) hanya satu warna iaitu warna SEPIA AGOUTI.(color to be dark brown ticking on a warm old ivory ground color.)

Singapura kekal sebagai kucing yang jarang ditemui(exremely rare) kerana bilangan nya yang sikit. Disebabkan Singapura adalah purebreed/natural breed dia hanya di kahwinkan dari baka yang sama. Pembiakannya perlu di teliti dan dijaga dengan berhati-hati oleh pembiak kucing ini. Hanya baka yang seratus peratus sempurna sahaja boleh dijadikan induk. Di samping itu ada faktor lain yang menyumbang kepada sikitnya populasi kucing ini adalah kerana proses pembesarannya yang terlalu perlahan berbanding kucing -kucing yang lain.

ASAL- USUL
Nama Singapura diberi mengikut tempat lahirnya kucing ini iaitu di negara Singapura. Diawal 1970  pasangan Hal dan Tommy Meadow yang bekerja di Singapura telah membawa tiga ekor kucing bersama mereka pulang ke Amerika Syarikat bernama Puss'e, Ticle dan Tes. Kucing ini diambil di dalam longkang di Singapura.(drain cat). Mereka namakan kucing ini sebagai Singapura. Namun begitu ada sedikit kontroversi berlaku tentang baka ini kerana pada waktu Encik dan Puan Meadow membawa tiga ekor pertama kucing Singapura ke Amerika Syarikat untuk dibiakkan, dia tidak mengimport kucing ini secara sah dalam bentuk dokumentasi. Tiada rekod import oleh Hal Meadow sewaktu bawa dari Singapura ke Amerika Syarikat. Pada tahun 1990 salah satu persatuan kucing di Singapura dibawah tajaan CFA(Cat Francier's Association) meminta pihak CFA menyiasat akan perkara ini. Akhirnya selepas siasatan dijalankan oleh CFA kontroversi itu dapat diselesaikan. CFA menegaskan walaupun ada kesalahan dari segi mengimport kucing ini tapi ini tidak menjejaskan 'blood line'(jaluran darah keturunan) kucing ini dan ia kekal sebagai SINGAPURA walaupun dimana saja proses pembiakannya berlaku. Pada tahun 1980 seekor singapura betina dilahirkan bernama CHIKO. Chiko telah di import ke Amerika Syarikat secara sah dan ada rekod dokumentasi impot. Chiko adalah Singapura pertama yang didaftarkan di CFA pada 1981 sebagai baka semulajadi(natural breed) ataupun baka asli(purebreed cat) dan mendapat gelaran juara yang pertama pada tahun 1988. Dari sini  bermulalah keturunan dan salasilah singapura didaftarkan secara rasmi di CFA dan bermulalah pemukauan Singapura terhadap peminar-peminat kucing.


PERSONALITI DAN KAREKTOR 

Singapura adalah seekor kucing yang sangat cerdas, aktif dan mempunyai sifat ingin tahu yang terlalu tinggi(curious). Di samping itu Singapura adalah seekor kucing yang tersangat manja ini merupakan bonus kepada peminat-peminat Singapura. Sekiranya anda ingin mencari kucing yang 'dok diam' Singapura bukanlah jenisnya. Singapura tersangat interaktif. Apa sahaja yang anda lakukan ia ingin tahu dan dimana saja anda pergi dia ingin ikut. Singapura adalah secara semulajadi memerlukan manusia disisi. Keinginannya untuk mendampingi manusia sentiasa konstan tidak kira dari mana-mana jaluran keterunannya dari kecil hingga akhir hayatnya.
Sikap mereka adalah seperti "The world is my oyster. Get out of my way, I'm going for the pearl and you can't stop me."(Dunia ini tiram saya ketepi dari laluan saya, Aku mahu mutiara. Dan anda tidak boleh menghentikan saya). Ia seperti anak kecil yang ingin mendapat apa sahaja kemahuannya tidak boleh dihalang.
Singapura memiliki rupa fizikal yang istimewa menawan dengan memiliki mata yang bulat dan besar serta telinga yang cukup besar untuk dia sentiasa mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Mereka hidup cerdas dan ingin tahu, ingin tahu dan ingin tahu yang sangat tinggi. Singapura menganggap mereka boleh melakukan apa sahaja lebih baik dari kita. Namun begitu Singapura sangat sensitif akan mood keluarganya. Walaupun dia sudah biasa tidur bersama anda di atas katil dian akan tetap tunggu di kaki anda untuk diajak tidur bersama.

Singapura bukanlah kucing konfrontatif, mereka jarang sekali bertengkar sesama mereka. Mereka jarang berjumpa dengan orang asing. Mereka akan meninjau dahulu kiranya ada orang baru di dalam rumah. Tetapi setelah mereka mengenal pasti orang baru tu mereka akan mendekati dan mula meminta perhatian. Mereka tidak mempedulikan dengan suara manusia yang tinggi. Jadi disini Singapura bukanlah pilihan terbaik untuk sebuah keluarga dengan anak-anak riuh. Namun begitu banyak keluarga yang menikmati hidup bersama Singapura. Ini bergantung kepada susunan keluarga itu sendiri. Akhirnya, mengejar Singapura adalah satu kerja yang sia-sia kerana mereka ini terlalu pantas dan cerdas. Jika anda ingin Singapura datang kepada anda adalah lebih baik anda berjalan kearah yang bertentangan dan memanggilnya maka dia akan berhenti dan terus berlari kearah anda.

No comments:

Post a Comment