Friday, January 7, 2011

Ku sangka ikan yang di tunggu, rupa-rupanya ayam yang diidamkan.

Teman sependapat dengan rata-rata ahli sains biologi - kucing, mereka mengatakan bahawa kucing adalah karnivor paling sempurna dibumi ini. Telah kita semua pelajari dari subjek sains dizaman sekolah rendah lagi tentang apa itu herbivor, omnivor dan karnivor(Carnivore). Jadi kucing tergolong didalam karnivor(Carnivore) dimana karnivor hanyalah memakan daging(meat). Kesemua karnivor menjadikan pemburuan haiwan daging untuk makanan sebagai objektif utama didalam kehidupan mereka. Mereka hanya ada satu matlamat, memburu untuk makanan. Ada juga tuan kucing(cat owner) yang mengumpan makanan untuk mendapat perhatian dari kucing mereka. Disini kita boleh lihat betapa pentingnya makanan dalam kehidupan kucing. Hari ini teman ingin bercerita tentang KUCING dan MAKANAN

KUCING DAN MAKANAN

Bila kita sebut daging, bagi manusia sinonim kepada lembu. Tetapi daging didalam selera kucing adalah ayam,arnab, ikan, lembu, kambing dan apa saja yang berdaging. Kucing tidak sekali-kali memerlukan apa-apa zat ataupun vitamin yang boleh didapati daripada sayur-sayuran kerana sistem penghadamannya tidak dapat menghadam dan menyerap zat makanan yang berunsur sayuran. Namun begitu kucing peliharaan kita dirumah adalah dari spesis 'Felis Catus' yang juga dikenali sebagai kucing domestik(domestic cats) atau juga dipanggil sebagai kucing peliharaan dirumah(housecat). Mereka ini jika dibiarkan liar, hidup bebas memburu untuk makan, mereka lebih cenderung untuk memburu haiwan atau serangga yang lebih kecil dari saiz badan mereka. Contohnya ayam dan arnab. Oleh itu bolehlah kita mengecilkan skop daging untuk kucing yang kita pelihara dirumah kepada haiwan-haiwan yang berdaging dan bersaiz lebih kecil dari saiz fizikalnya seperti ayam dan arnab.

Ku sangka ikan yang di tunggu, rupa-rupanya ayam yang diidamkan.

Teman meminati kucing sejak dari kecil lagi. Sewaktu teman kecik-kecik dulu umi teman bagi kucing teman makan menu nasi + ikan goreng digaulkan. Setiap kali  umi teman menyiang ikan, kucing-kucing teman pun bertenggek kat sebelah menantikan isi perut ikan yang mana teman akan pastikan yang kucing-kucing teman tak makan perut ikan tu kerana teman merasa jijik. Rata-rata teman berjumpa orang yang bela kucing dengan memberi makan nasi+ikan mengatakan makanan kegemaran kucing adalah ikan.

Teman mula membela kucing dan biakkannya secara serius bermula pada tahun 2004. Dari sini teman mula berjinak-jinak dengan pembiak-pembiak kucing(cat breeder) yang profesional dan bermula lah teman menimba ilmu kucing. Teman bersembang dengan sifu teman "bang, kenapa kucing suka makan ikan?" terus dia ketawakan teman dan berkata "tak tau la am kot-kot kucing ko suka makan ikan, setahu abang alleycat saja yang makan ikan, kucing abang ko bagi la ikan.... dia buat main aje. Tapi jangan ko bagi ayam rebus, meleleh-leleh air liur dia, tak sabor dia nak ngap. menjerit-jerit dia 'tuan,tuan,tuan cepat la.... aku lapor ni'..."pastu sifu teman pun gelak hahahaha.

Pernah juga berlaku pada kucing teman yang bernama En. Bablu. Suatu hari secara tiba-tiba En. Bablu menunjukkan sikap tidak berselera dengan makanan yang teman berikan. Teman cuba tukar makanan jenis lain pun dia menunjukkan sikap yang sama. Jadi teman teringat kan ikan, oh mungkin En. Bablu rindu nak makan ikan. Teman pun hidangkan ikan goreng dan ikan rebus untuk Bablu buat pilihan. Dengan muka yang monyok dia membau ikan itu dan terus 'blah' tanpa menyentuh ikan-ikan tu. Sikap tu berterusan hingga seminggu dan berat badan nya mula turun. Satu malam teman 'tapau' KFC bawak balik rumah. Masuk saja teman kerumah En Bablu sudah bising menjerit-jerit dan menghampiri kotak KFC teman. Teman memberikan secubit daging ayam tanpa lemak kepada bablu, pergggh dengan senyum dan gembira bablu meratah ayam itu. Bablu-bablu, ku sangkakan ikan yang ko tunggu, rupa-rupanya ayam yang ko diidamkan. Keesokan harinya teman pun merebus dua tiga ketul ayam untuk dihidangkan kepada Bablu. Selepas pada hari tu teman menghidangkan ayam rebus pada En Bablu seminggu dua ketul ayam sehingga seleranya pulih seperti sedia kala.

Rata-rata pembiak kucing yang profesional bersetuju bahawa ayam adalah makanan kegemaran kucing dan bukan lah ikan. Kucing akan memilih ikan kiranya tiada pilihan lain.Selepas dari hari tu teman mula mengkaji kenapa dan apa yang paling digemari kucing untuk makan.

Mengikut kajian sains Kucing memerlukan protein dan lemak(fat) yang tinggi serta beberapa asam amino(amino acid) untuk mengimbangkan keperluan tenaga didalam hidupan hariannya.

PROTIEN
Sumber utama tenaga adalah protein. Kucing memerlukan sumber protein sekurang-kurangnya 25-30% sehari dan sumber protein hendaklah dari haiwan daging(meat) dan bukan protein dari sayuran(vegetable). Sumber utama protein haiwan dalam pasaran komersial terdiri dari daging lembu, ayam, ikan, telur dan produk susu. Protein yang berlebihan akan memberi masalah kepada buah pinggang kucing.

LEMAK
Sumber kedua tenaga adalah lemak. Kucing memerlukan lemak yang tinggi iaitu sebanyak 15-40% sehari jauh berbanding manusia dan anjing. Tidak seperti protein, lemak yang tinggi tidak memberikan beban atau masalah kepada buah pinggang kucing anda. Oleh sebab itu kucing yang sudah meningkat tua perlulah diturunkan kandungan protein dan di lebihkan kandungan lemak nya supaya dapat memberikan jumlah tenaga yang tepat secara keseluruhan sementara dapat meringankan beban kepada buah pinggang kucing anda.

KARBOHIDRAT
Secara keseluruhan jumlah makanan per hari hanya 5% karbohidrat diperlukan kepada kucing anda. Korbohidrat sederhana seperti gula lebih mudah dihadam di dalam sistem pencernaan kucing.

AIR
Air tawar bersih dan tanpa klorin harus tersedia pada bila-bila masa dipersekitaran kucing anda. Kucing dengan masalah kesihatan tertentu dan mengalami infeksi kandungan akan minum lebih banyak air berbanding yang lain. Air yang berklorin amat bahaya pada buah pinggang kucing anda. Kucing yang meminum air berlebih-lebihan adalah petanda bahawa kucing itu tidak sihat.

Pertamanya, logik dari segi sains akan kata-kata sifu teman tentang ikan;  ikan mengandungi sumber protein yang tinggi tapi rendah lemak yang mana tidak dapat mengimbangkan jumlah tenaga harian diperlukan kucing anda.  Lebih-lebih lagi kepada kucing yang dah berumur(tua). Sedangkan  kucing amat bijak dan agak cerewet memilih makanannya. Dalam pengamatan teman kucing meminati ikan memang kerana ia tiada pilihan lain dan ia tertarik dengan bau ikan itu yang meyerupai bau-bau makanan kegemarannya. Tetapi itu bukanlah makanan yang ideal dan digemarinya. Keduanya secara logik ialah kucing liar yang hidup didalam hutan tidak memburu ikan di sungai ataupun dilaut. Melainkan karnivor yang bernama beruang. Kucing memburu dikawasan lapang ataupun tempat berpokok rendang.

Kenapa kucing memilih ayam tidak ikan?

Sebelum kucing dijinakkan oleh manusia 9500 tahun dahulu. kucing hidup liar didalam hutan dengan memilih binatang buruan kegemarannya sendiri. Kucing mempunyai naluri haiwan liar yang sangat tinggi. Kucing menuntut ilmu pemburuan dari ibunya, mimpinya dan nalurinya. Dengan kaedah ini kucing berjaya hidup di dunia berjuta-juta tahun dengan perkembangan populasi yang tinggi. Disini membuktikan bahawa kucing bijak memilih makanan kegemaran sendiri yang cukup segala keperluan dietnya. Logiknya ayam lebih seimbang berbanding ikan dari segi sumber protein, lemak dan karbohidratnya maka sebab itulah kucing memilih ayam dan tidak kepada ikan. Begitu hebat ciptaan yang maha kuasa.


Kenapa ayam rebus tidak ayam goreng?
Teman diberi nasihat oleh banyak pakar-pakar pembiak kucing(breeder) untuk tidak sekali-kali menggoreng makanan yang hendak diberi kepada kucing dengan minyak. Contohnya ayam goreng dan ikan goreng. Ini adalah kerana minyak yang kita gunakan bersama didalam menggoreng ayam atau ikan itu boleh menyebabkan masalah pada jantung, sistem pencernaan dan usus serta buah pinggang kucing anda. Sebaik nya di panggang(grill) atau rebus kosong untuk menaikkan aroma asli makanan tersebut. Ini akan meningkatkan selera kucing anda.


Nota: Obesiti(Cat Obesity) adalah salah satu perkara merbahaya kepada kucing peliharaan kita. Obesiti adalah 100% disebabkan jadual makan yang tidak teratur dan kuantiti makanan yang berlebihan. Obesiti boleh menyebabkan kucing anda diserang sakit jantung(heart attack), kencing manis dan lain-lain penyakit kucing. Di Amerika Syarikat pemelihara kucing yang mempunyai kucing obesiti akan dikenakan denda dan tindakan undang-undang mengikut akta yang dipraktiskan disana. Kucing peliharaan yang dibela didalam rumah cenderung untuk mendapat obesiti kiranya kita sentiasa membiarkan bekas makanan sentiasa berisi penuh. Teman akan huraikan dengan lebih terperinci berkenaan obesiti didalam topik penyakit kucing.

TIPS KATA-KATA
Jadikan air yang berklorin satu pantangan didalam kehidupan keluarga anda dan kurangkan protein berlebihan dari ikan untuk mengelakkan kucing anda dari menghadapi masalah buah pinggang. Kucing juga amat bijak didalam pemilihan makanan kegemaran mereka. Kucing akan mengingati makanan kegemarannya hingga akhir hayatnya.

Topik ini akan bersambung lagi di bawah tajuk SELERA MAKAN KUCING sekian.

10 comments:

  1. Waktu makan kucing cammana pula Tuan?Adakah sama seperti manusia..sarapan pagi..makan tengahari dan malam?

    ReplyDelete
  2. En. Sha: Kucing tidak sama seperti manusia, kucing tidak mempunyai masa makan yang tertentu. Tetapi kucing memerlukan kuantiti makanan yang cukup untuk menghasilkan tenaga hariannya. Kebanyakkan waktu makan kucing adalah ikut tuan kucing masing-masing, samada nak bagi 3x,2x ataupun sekali sehari terpulang. Kucing anda akan biasa dengan jadual yang anda tetapkan. Satu tip teman nak bagi disini: Kucing adalah seekor haiwan yang amat menepati masa dengan kegiatan rutinnya. Oleh sebab itu kucing boleh bertindak sebagai penggera kepada manusia. Contohnya: Kalau kita memberi kucing kita makan di awal pagi(6pagi), tepat pada pukul 6pagi esok dia akan mengiau untuk makan.
    Kucing peliharaan mampu bertahan selama 3 hari tanpa makanan tetapi dia akan mati sekiranya tidak minum sehari. Disini teman bagi sedikit panduan. dan teman akan terangkan secara lebih mendalam di dalam tajuk SELERA MAKAN KUCING.
    untuk kucing dewasa(1-5tahun) 80g sehari memadai dan anak kucing 225g sehari sebaiknya untuk anak kucing di beri 5x makan sehari.

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju, kalau kita tengok sesetengah stray cat yang ada di kampung mereka akan makan anak² ayam. Untuk kucing yang lebih sihat kita perlu beri mereka makanan yang berkhasiat.

    ReplyDelete
  4. yeke?? kucing2 sy bkn takat ikan & ayam.. jgung rebus & durian pn diorang mkn...huhu

    ReplyDelete
  5. kalau bg makan ayam rebus..adakah najisnye berbau kuat?takut nanti family lain komplen,kat rumah sy ni..hihihihi..sile beri tunjuk ajar sifu..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Nak tanya, kenapa kucing saya tak nak makan ayam? Saya dah rebus dia hidu je.. macam mana kaedah nak tambah diet ayam dalam diet kucing saya... dia hanya terima wiskas je.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Kucing saya makan anak ayam hidup hidup.. Macam mana ni.. Jiran dh dtg rumah marah marah.. Sedihnya....

    ReplyDelete
  8. Kucing saya hanya Nak makan ikan ayam atau wet food shj.. kibbles dia xnak.. Macamana Nak masukkan kibbles dlm diet dia.. Sbb kadang2 saya xde Kat rumah

    ReplyDelete
  9. Cuba gaulkan kibbles dengan wetfood...sukatan kibbles biarlah bermula dari sikit-sikit

    ReplyDelete
  10. karlina irawan minta bantuan info lengkap untuk merawat kucing hutan yg berumur 2bulan dari makanannya, susunya dan cara memandikannya ? mksh

    ReplyDelete