Wednesday, January 12, 2011

SELERA MAKAN KUCING

Kucing adalah individu seperti manusia yang mempunyai selera makan yang berbeza antara satu sama lain. Kucing mempunyai selera makan tersendiri dan sesetengah kucing begitu cerewet dengan makanannya. Ini kerana makanan merupakan perkara paling penting didalam kehidupan haiwan karnivor bernama kucing ini. Kucing anda akan merajuk dan stress apabila sering memberikan makanan yang sama setiap hari. Ini boleh menurunkan selera makan kucing. Hari ini teman ingin membawa anda semua ke tajuk SELERA MAKAN KUCING.

Kucing tidak mempunyai jadual makan yang tertentu seperti manusia yang perlu makan sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jadual makan kucing anda biarlah ditetapkan oleh anda sendiri mengikut kesesuaian masa anda bersama kucing anda. Terpulang kepada anda ingin memberinya makan 3x,2x ataupun sekali sehari makan. Bagi pendapat teman untuk kucing dewasa(1-5 tahun) berilah 2-3 kali sehari dan untuk anak kucing(0-1tahun) 4-5 kali sehari. Walaupun kucing tidak memerlukan jadual makan yang tertentu tetapi kucing memerlukan kuantiti makanan yang cukup setiap hari bagi mengekalkan jumlah tenaga hariannya. Bagi kucing dewasa memadai dengan 70g-80g sehari dan anak kucing serta ibu kucing yang sedang mengandung 225g sehari.

selepas makan
Kucing adalah seekor haiwan yang amat menepati masa dengan kegiatan rutin hariannya seperti waktu makan, waktu membuang air besar, waktu bersosial serta bermain dan waktu bersama dengan tuannya. Ini terbukti pada kucing-kucing teman. Teman memberi kucing-kucing teman makan 3 kali sehari iaitu diawal pagi seawal 6pagi, 12-1 tengahari dan 6-7petang. Jadi setiap pagi tepat pukul 6 pagi kucing-kucing teman akan menjerit-jerit meow,meow,meow untuk makan. Jadi di sini tidak hairanlah kalau ada pembela-pembela kucing yang menjadikan kucing mereka sebagai penggera kepada mereka untuk bangun pagi dan tepat setiap hari. 

JENIS MAKANAN

Hari ini kalau kita lihat di pasaraya-pasaraya terdapat berbagai jenis jenama dan jenis makanan haiwan peliharaan. Dizaman yang serba canggih ini, industri pembuatan makanan haiwan peliharaan juga turut tidak ketinggalan dari segi hasil produk yang berkualiti dan jaminan kualiti produk keluarannya. Terima ksaih pada teknologi kerana memudahkan pembela serta pembiak kucing pada hari in didalam menyediakan makanan haiwan kesayangan kami. Bagi kucing, teman kategorikan kepada 2 jenis makanan iaitu makanan kering(dry food) berbentuk palet dan makanan basah(can food/wet food) dan makanan segar(fresh food).

Makanan Kering(dry food)
Dry food adalah makanan berformula tinggi, ibaratkan sahaja ia sebagai pati makan. Memberinya makan lebih dari 80g sehari boleh menyebabkan obesiti. Kebanyakan kucing yang tinggal didalam rumah (indoor) cenderung untuk mendapat obesiti jika mangkuk makanannya sentiasa penuh. Jika anda memberi kucing anda makanan kering, periksa dahulu label dan tanya veterinar anda supaya anda memahami panduan dalam pemakanan kucing. Makanan kering ini juga dapat mencegah plak dan tartar pada gigi kucing dan mulut kucing. Oleh itu mulut kucing anda lebih bersih. Makanan kering juga mudah disimpan dan tahan lama. Makanan yang terdedah tidak mudah rosak dan tidak mudah lemau dengan cepat. Makanan ini dapat bertahan 2-3 hari selepas terdedah.


Makanan Basah/Makanan Tin(can food/ wet food)
Apabila disebut makanan basah, bagi pembiak kucing, ini merujuk kepada makanan di dalam tin(canned food). Bagi teman makanan ini hanyalah untuk menaikkan selera kucing. Ianya tidak sesuai dijadikan makanan utama kucing anda kerana kos yang tinggi dan mudah rosak berbanding makanan kering. Mengikut pengalaman teman makanan basah tidak sesuai di beri banyak kerana ia boleh menyebabkan kucing anda cirit birit. Ini mungkin kerana sistem penghadaman kucing tidak dapat menghadamkan makanan ini dengan sempurna. Mulut kucing anda juga mudah kotor dan lebih berbau busuk apabila makan makanan basah.  Kebanyakkan makanan ini berasaskan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang. Sesetengah kucing amat tidak menyukai makanan laut. Tidak dinafikan kebanyakkan kucing amat tertarik dengan makanan basah ini kerana baunya yang amat lazat. Kiranya anda memberi kucing anda makan 3 kali sehari(sarapan, makan tengahari dan makan petang) adalah lebih elok diberi makanan basah ini sedikit sebelum memberi makan petang kepada kucing anda.


Bagaimana hendak menilai sesuatu makanan itu sesuai atau tidak kepada kucing kita?

Pertamanya uji kucing kita dengan bau kan makanan yang ingin kita hidangkan kepadanya kiranya ia tertarik dengan bau makanan itu dan ingin terus membaunya lagi ini bermakna ia tertarik dengan makanan yang anda ingin hidangkan. Berikan kucing anda makanan itu. Tunggu selama 14-20 jam untuk melihat najis buangan kucing anda dari hasil makanan tadi.

Sekiranya najis kucing anda adalah pejal, lembab tetapi tidak berair, berbentuk silinder dan cembung pada hujungnya ini menunjukkan makanan itu sesuai. Apabila makanan dihadam, usus kucing akan menyerap sekitar 80 peratus lembapan, kerana itu najisnya 'terbentuk' dengan baik.

Tetapi sekiranya najis kucing anda adalah berbentuk cair dan tidak pejal(cirit) ini menunjukkan makanan itu tidak sesuai dengan kucing anda. Apabila kucing mengalami cirit-birit, makanannya tidak dihadam dengan baik dan tiba pada hujung usus (rektum) ia menghasilkan najis dalam bentuk cairan. Inilah sebabnya kita melihat najis kucing yang cirit-birit berbentuk cair dan tidak pejal.

Telah teman jelaskan pada sebelum ini bahawa kegemaran kucing adalah ayam. Jadi carilah makanan-makanan yang sumber utamanya adalah ayam, Insyaallah makanan itu akan disukai kucing anda dan baik untuknya. Disamping itu anda juga boleh merebus ayam untuk kucing anda seminggu sekali bagi mempelbagaikan menu makanan kucing anda.

NOTA: Walaupun kucing peliharaan dapat bertahan selama 3 hari tanpa makanan adalah perlu kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan yang kucing kita makan mengikut jadualnya. Kerana dalam tempoh 24jam kiranya tiada makanan yang dimakan, sistem badan kucing akan membakar lemak badannya untuk menghasilkan tenaga. Pembakaran lemak ini jika berterusan akan merosakkan hati kucing. Ini di panggil hepatic lipidosis(sejenis penyakit hati). Jadi jika kucing anda tidak makan selama 24 jam, anda patut risau. Jika keadaan ini berterusan sehingga 48 jam, anda perlu membawanya ke klinik secepat mungkin bagi mengelakkan dari hepatic lipidosis dan mudarat-mudarat yang lain.

TIPS KATA-KATA
Kucing paling menyukai makanan yang mempunyai perisa masin yang tinggi. Makanan yang baik secara logiknya memerlukan kos yang sedikit tinggi, bak kata pepatah "ada rupa ada harga". Sila lah rujuk dengan veterinar atau pakar untuk mengetahui lebih jelas jenis makanan yang paling sesuai bagi kucing anda.

4 comments:

  1. good info....
    kucing sy mase BW die xbp nk..bila lapar je mkn
    sekarang RC kerap pulak tgk die mkn...

    ReplyDelete
  2. blog yang menarik untk di foolow..im cat lovers too...:)

    ReplyDelete
  3. saya suka....thanks






    ReplyDelete
  4. i love cat .......

    ReplyDelete