Tuesday, April 26, 2011

Kucing Bengkak di Perut(Cat Swollen Abdomen)

Perut Kucing membengkak disebabkan banyak perkara. Bagi pendapat teman perut kucing tidak akan membengkak tanpa sebab. Selain dari membengkak disebabkan mengandung setiap kejadian perut kucing anda membengkak perlulah diberi perhatian serius dan sebaik-baiknya, segeralah bawa kucing anda ke veterinar untuk dilakukan pemeriksaan dengan terperinci. Tiada alasan ataupun sebarang sebab yang normal yang menyebabkan perut kucing anda membengkak. Selalunya kes perut kucing membengkak adalah tanda kucing anda mengalami masalah kesihatan.

Disini teman cuba menyenaraikan beberapa sebab perut kucing anda membengkak, antaranya :-
  • Pengumpulan cecair didalam usus kerana tersumbat disebabkan ada ketumbuhan(tumor).
  • Pengumpulan cecair didalam usus kerana saluran usus beberapa kali dijangkiti parasit(cacing/kutu).
  • Feline Infectious Peritonitis (FIP). - (Teman akan huraikan didalam tajuk penyakit-penyakit kucing).
  • Pembesaran organ - organ dalaman membengkak.
  • Barah(Cancer).

Ingat dan pastikan kucing anda sentiasa berada dipersekitaran yang bersih dan pastikan juga anda meluangkan sekurang-kurangnya 20minit sehari untuk bersama kucing anda sambil membelai dan memerhatikan kiranya ada perubahan terhadap fizikal dan karektor kucing anda. Kebanyakan penyakit diperut kucing disebabkan parasit dan virus. Penyakit yang biasa menjangkiti di perut kucing dipanggil FIP(Feline Infectious Peritonitis). Penyakit ini adalah disebabkan virus corona. Kucing yang diserang penyakit ini selalunya akan membawa maut. Anak kucing dan kucing tua amat berpotensi untuk diserang oleh penyakit FIP ini.

TAJUK-TAJUK BERKAITAN

2 comments:

  1. "Pengumpulan cecair didalam usus kerana tersumbat disebabkan ada ketumbuhan(tumor)" apa ubat tradisional utk kucing yg ada masalah ni?

    ReplyDelete
  2. anak kucing sy berusia 3bulan,perut dia nampak kembung dan lbih besar dri yg lain..tetapi anak kucing sy masih aktif dan masih berselera utk makan..adakah ini normal bg anak kucing?

    ReplyDelete