Friday, April 8, 2011

Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 3

Sukar Hendak Bernafas
Sebut tentang bernafas, bagi teman setiap semua benda yang hidup dan bernyawa itu bernafas. Bagi kucing, ia memerlukan oksigen yang cukup untuk mengekalkan kesemua fungsi badan berada dalam keaadan sempurna dan memastikan ianya bernyawa. Bernafas bagi seekor kucing adalah salah satu fungsi normal badan yang dilakukan tanpa berfikir mengenainya. Segala proses pernafasan dikawal secara terus(automatik) oleh otak dan sistem sarafnya. Kucing sukar bernafas kerana beberapa perkara :-
  1. Terlalu Aktif(overexercised) dan Terlalu Ghairah Bermain(overexerted) - Kucing anda akan nampak seperti termengah-mengah atau tercungap-cungap selepas berlari atau bermain. Jika ini berlaku ianya tidaklah perlu dirisaukan kerana perkara ini adalah normal bagi kebanyakkan kucing yang terlalu ghairah(excited) bermain.  
  2. Alahan - Banyak kucing mengalami alahan dengan ramuan atau bahan yang ada didalam makanannya. Kucing juga mudah mengalami alahan terhadap debu dan habuk yang ada didalam udara. Hindarkan kucing anda dari persekitaran yang berhabuk dan pastikan bahan-bahan(ingredients) didalam makanannya tidak memberi kesan alahan pada kucing anda.
  3. Asma Kucing - Faktor utama kucing anda mengalami asma adalah kerana alahan, namun begitu penyakit ini juga boleh terjadi disebabkan faktor lain. Asap rokok juga boleh menyebabkan kucing anda mengalami asma. (Bagi peminat kucing yang meghisap rokok, pastikan anda menjauhi kucing anda sewaktu sedang merokok kerana bahaya asap rokok kepada kucing adalah sama bahaya kepada manusia). Secara mudah untuk mengelakkan kucing anda terkena asma, pastikan kucing anda sentiasa mendapat udara yang bersih. Membeli penapis udara adalah pelaburan yang baik untuk kucing dan diri anda sendiri.
  4. Jangkitan di Sistem Pernafasan Atas(Upper Respiratory Infection) - Ini berlaku disebabkan beberapa perkara, salah satunya adalah disebabkan  pelbagai kuman dan pelbagai virus. Perkara ini akan teman jelaskan didalam tajuk Penyakit-Penyakit Kucing.
  5. Parasit - Kadang-kadang parasit seperti Cacing Jantung dalam bahasa inggeris disebut Heartworm dan bahasa saintifiknya Dirofilaria Immitis boleh menimbulkan masalah bernafas kepada kucing anda.
Nota : Bagi pendapat teman, sekiranya kucing anda mengalami masalah susah bernafas selain dari perkara (1 -Terlalu Aktif) silalah bawa ke veterinar dengan segera untuk memastikan masalah dan punca sebenar mengapa kucing anda sukar bernafas.

Keguguran Bulu
Mengikut kajian sains kucing akan mengalami keguguran bulu setahun sekali dan ada juga akan mengalaminya sebanyak dua kali setahun. Ini adalah proses mengantikan bulu yang lama kepada bulu yang baru. Proses keguguran bulu ini adalah normal kerana ia disusuli dengan pertumbuhan bulu yang baru. Selain itu kucing anda akan megalami masalah keguguran bulu kerana banyak sebab-sebab lain, diantaranya yang ketara dan umum ialah disebabkan :-
  1. Makanan yang diberi tidak sesuai untuk bulu kucing.
  2. Alahan - kucing mungkin alah pada makanannya atau agen-agen alahan yang lain seperti plastik contohnya.
  3. Kekurangan zat nutrisi.
  4. Tekanan(Stress)
  5. Terlebih vitamin
  6. Suhu di persekitaran tempat tinggal kucing anda - suhu yang terlalu panas boleh menyebabkan keguguran bulu.
  7. Kutu/Parasit
  8. Masalah Hormon
  9. Syampu yang tidak sesuai
  10. Masalah Fungus
Nota : Masalah keguguran bulu ini akan teman jelaskan dengan lebih mendalam didalam tajuk Bulu Kucing.

TIPS KATA-KATA
Selalulah beriadah dan bersossial bersama kucing and dan selalulah membelainya, kerana dengan membelai kucing anda ia merupakan satu terapi kepada anda dan kucing anda. Ini boleh menghilangkan rasa stress kucing anda dan secara lansung dapat mengurangkan masalah keguguran bulu kucing anda.

TAJUK-TAJUK BERKAITAN

5 comments:

  1. Info yg sangat berguna dan menarik...T/kasih share..

    ReplyDelete
  2. Nk tumpang tanya, kucing sy ade perubahan yg ketara.. da bawak jumpa doc, lpas diberi injection.. Dia makin teruk.. langsung x blh angkat badan die.. nak angkat badan pun x larat, ini kn plak nk berjln.. rse2 knpe ye??

    ReplyDelete
  3. Saya pun ade masalah yang sama, lepas first time vaccine, dia tak nak makan & minum..badan lemah..mulutnya adakala berbuih dan sering hendak muntah tapi tiada ape yang keluar

    ReplyDelete
  4. salam , saya nak tahu lah . apa kesan keguguran pada kucing ye ? sebab kucing saya nii baru keguguran , so dia alami bleeding takk teruk tapi amat merisau kan saya .

    ReplyDelete