Tuesday, April 5, 2011

CATNIP(ARAK KUCING/DADAH KUCING/UBAT PENENANG)

Setakat pencarian teman didalam beberapa kamus, ada kamus yang langsung tiada perkataan "Catnip" tetapi hanya ada perkataan "nip" sahaja. Kalau kita terjemahkan "nip"  = memicit,mengigit-gigit dihujung gigi dan mencubit. Meneguk segelas arak juga dipanggil "nip". Ada juga sesetengah kamus yang mempunyai makna "catnip". Catnip = sejenis tumbuhan yang disukai kucing. Bagi pendapat teman, teman bersetuju catnip = sejenis tumbuhan yang disukai kucing. Tapi kenapa teman menulis tajuk CATNIP(ARAK KUCING/DADAH KUCING/UBAT PENENANG). Ini adalah kerana reaksi yang ditunjukkan oleh kucing selepas menghidu Catnip. Kucing seolah-olah lalok, khayal, gembira, keseronokan yang hebat dan tenang apabila meghidu Catnip ini. Cuba saksikan dan hayati gelagat kucing apabila menghidu atau menjilat-jilat catnip ini.








Catnip sememangnya sejenis tumbuhan. Tumbuhan ini didalam bahasa saintifiknya disebut sebagai Nepeta Cataria = catnip = catmint. Sila lihat gambar Nepeta Cataria seperti dibawah.












Daun Nepeta Cataria seperti gambar dibawah :-









"Catnip" kini boleh didapati di kebanyakkan kedai pet di Malaysia Hari ini. "Catnip" ini boleh diberi kepada kucing anda untuk menghilangkan stress nya dan menenangkan kucing yang tidak tenteram dengan persekitaran yang baru(rumah baru). Namun disebabkan kekurangan ilmu, teman tidak dapat jumpa nama pokok ini didalam panggilan orang-orang melayu. 

TIPS KATA-KATA
Bagi peminat dan pencinta kucing yang mengamalkan pemberian catnip kepada kucing anda, nasihat teman jaganlah dikberi catnip itu berlebihan ini kerana mengikut logiknya setiap apa jua perkara atau perbuatan dibuat secera berlebih-lebihan akan mendatangkan kemudaratan. Jadi untuk mengelakkan kucing anda ditimpa mudarat biarlah diberi catnip itu secara berpatutan atau besederhana. Topik Catnip ini akan bersambung lagi di CATNIP(ARAK KUCING/DADAH KUCING/UBAT PENENANG) PART 2

4 comments:

  1. kalau pokok galak kucing tu same tak dgn catnip???

    ReplyDelete
  2. Tidak sama, tapi reaksi dia seakan-akan sama apabila menghidu akar pokok galak berkenaan. ini kerana akar pokok itu mempunyai bau seakan-akan sama seperti pokok catnip(Nepeta Cataria). Sedangkan nama saintifik pokok galak adalah Acalypha indica dan dia tidak tergolong di dalam kumpulan yang sama dengan Nepeta Cataria.

    ReplyDelete
  3. serius ke pokok ni xde bad efek even dlm jumlah yg kecik?

    ReplyDelete
  4. Tak boleh cari langsung di kedai pet di KL. Semua jual "catgrass" yang bila tumbuh, macam wheatgrass dan bukan catnip. Boleh beri source biji catnip?

    ReplyDelete