Tuesday, January 8, 2013

Kutu Kucing Dan Manusia

Teman telah ditanya soalan berikut pada entri Kucing Stress yang lepas, "mintak tolong, saya terkena gatal-gatal atau bintik-bintik merah di badan dan jumlahnya banyak. mungkin dari jangkitan kucing saya. macam-macam sudah di buat pada kucing saya.. tetap dijangkiti juga. ada penyelesaiannye tak? tq"

Untuk soalan diatas bagi teman, Pertamanya kita kena mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dialami oleh kucing itu. Adakah kucing itu ada masalah kutu ataupun ada masalah kulit mahupun penyakit-penyakit lain. Jalan yang paling mudah dan tanpa syak ialah membawa kucing anda ke klinik haiwan untuk kepastian. Selepas mendapat kepastian dan sekiranya masalahnya ialah kutu, langkah langkah pembersihan perlu dilakukan. Sila rujuk tajuk Kutu Kucing.

Keduanya, gatal-gatal atau bintik bintik merah di badan. Perkara ini mengikut pengetahuan teman ianya boleh disebabkan pelbagai sebab, antaranya ialah alahan, ruam, penyakit kulit, lembapan dan sebagainya. Tapi sekiranya kucing kita memang terkena jangkitan kutu, kemungkinan besar jugalah gatal-gatal itu datangnya dari kutu kucing itu. Ubatan yang sesuai untuk gatal-gatal yang disebabkan kutu/hama dari kucing ada beberapa jenis krim atau losyen. Krim dan Losyen itu antaranya :
2. Losyen Malathion

NOTA
Sila rujuk klinik ataupun Farmasi berkenaan cara-cara penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Dengan ini teman harap soalan yang diajukan telah terjawab dan dapat sedikit panduan untuk mengatasi masalah Tuan Puan, Terima kasih.

Saturday, January 5, 2013

Kasih Si Kucing

Entri hari ini dipetik atau di salin dari Facebook salah salah seorang sahabat Teman. Teman amat tertarik dengan kisah di dalam cerita ini. Moga-moga semua yang membaca entri ini dapat sedikit pengajaran dan ilmu untuk meneruskan hidup yang lebih sempurna dan hidup yang lebih sihat.





Kasih Si Kecil
Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan m...engetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil ...kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”
  
Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”

Moral
Jangan bersedih sekiranya kita tidak mampu melakukan sesuatu perkara di luar kemampuan kita..buatlah sesuatu yang kita mampu..asalkan ikhlas kerana Allah...orang yg sombong dengan kebolehannya akan direndahkan martabatnya di hadapan manusia ..tetapi orang yang merendah diri..tawaduk akan dimuliakan Allah.Ada perkara yang orang lemah boleh lakukan..dan perkara itu tidak boleh dilakukan oleh orang yang kuat.

Thursday, January 3, 2013

Kucing Dan Ibu/wanita Hamil


ibu mengandung
ORANG KATA :
Kalau perempuan membela kucing susah nak hamil..
Kalau hamil mungkin boleh keguguran..


Ada sejenis parasit protozoa bernama Toxoplasma gondii, parasit ini akan mengundang satu penyakit yang disebut toxoplasmosis. Toxoplasmosis merupakan antara penyakit yang merbahaya dan membimbangkan. Di setengah negara, 90 peratus manusia membawa parasit ini dan lebih 50 peratus dibawa kucing. Parasit ini boleh berpindah kepada manusia dan sebaliknya. Pemindahan dari kucing ke manusia ialah dari najis buangan kucing. Penyakit ini mungkin hanya membawa simptom ringan ke atas kucing anda dan tidak bahaya pada manusia normal.
Toxoplasma Gondii

Walaupun begitu ia boleh menjangkiti dan merbahaya kepada bayi di dalam kandungan rahim ibunya dan ibu-ibu yang hamil/mengandung. Oleh itu bagi ibu hamil/mengandung dinasihatkan berikan tugas mencuci tempat najis kucing anda kepada ahli keluarga yang lain. Selain itu manusia dan kucing boleh juga terkena parasit ini melalui daging yang kurang masak (undercooked) dan daging mentah.


Namun begitu dalam kajian menunjukkan jangkitan kepada manusia adalah 80-90 peratus jangkitan berlaku di negara Barat dan selebihnya di serata dunia. Kajian  juga telah membuktikan lebih 70 peratus jangkitan kepada manusia adalah dari daging mentah dan daging kurang masak. Manakala 30 peratus lagi adalah dari pelbagai haiwan seperti tikus, kucing dan lain-lain lagi.

Kucing bukanlah pembawa parasit ini secara semulajadi, kucing juga dijangkiti melalui dengan memakan tikus, memakan daging mentah dan separuh mentah serta haiwan-haiwan kecil lain. Oleh itu bagi pendapat teman,  sekiranya kucing kita tidak terdedah kepada perkara di atas maka kucing kita adalah selamat daripada Toxoplasma gondii. Wallahuallam.

NOTA
Adalah dinasihatkan untuk kita membasuh tangan secara teliti setelah memegang daging mentah. Sebaik-baiknya pakailah sarung tangan getah sewaktu memegang daging mentah. Elakkan daripada memakan daging yang separuh masak.

TAJUK-TAJUK BERKAITAN
KESIHATAN KUCING SECARA UMUM
KUCING CIRIT-BIRIT
KUTU KUCING

Wednesday, January 2, 2013

Kucing Stress

Kucing adalah lebih mudah mengalami stress berbanding manusia. Kucing tidak seperti manusia yang dapat menghilangkan stress dengan cara berbual mahupun menonton movie. Kebanyakkan kucing dan haiwan lain akan jatuh sakit dan boleh membawa maut apabila mengalami stress yang berterusan.
Untuk mencuba memahami bagaimanakah seekor kucing melihat dunia ini adalah sangat sukar. Kita cuba melakukan yang terbaik untuk memberikan hidup yang selesa kepada si Bulus tetapi kita tidak mampu memenuhi keperluan mental individu mereka.
Perkara perkara yang menyebabkan kucing anda stress itu agak kompleks dan pelbagai. Kenapa teman cakap kompleks, ini adalah kerana kucing anda boleh
mengalami stress hanya disebabkan anda menukar atau menambah karpet baru dalam rumah. Malahan kiranya anda mendapat cahaya mata baru iaitu pertambahan ahli baru dalam keluarga pun boleh menyebabkan kucing anda stress. Namun begitu, ada tiga faktor utama penyebab kucing anda stress:
1. Perubahan sekeliling
   - Berpindah ke tempat baru
   - Membawa kucing anda bercuti (travel)
   - Membawa kucing anda ke veterinar juga boleh membuatkan kucing anda stress
   - Keadaan sekeliling yang bising
   - Ada kucing baru di dalam rumah
   - Ada tetamu atau anak baru
   - Dan seumpanya
 2. Mengawan/mating/nak kahwin
Bermaksud kenalah carikan pasangan atau amat digalakkan memandulkan kucing anda. Kucing yang sudah dimandulkan adalah kurang mengalami masalah stress berbanding yang tidak dimandulkan. Kebosanan kerana tiada teman juga penyumbang stress.
3. Menukar jenama/jenis makanan lain.
Menukar makanan juga boleh mengakibatkan kucing anda stress dan boleh juga mengakibatkan masalah-masalah yg lain. Seperti manusia, 85%-90% masalah kesihatan adalah berpunca dari apa yang di makan. Makanan yang tidak sesuai juga merupakan salah satu punca utama kepada masalah keguguran bulu kucing anda. Oleh itu anda dinasihatkan memberi makanan jenis premium atau pun super premium.



Tanda-tanda stress pada kucing
Apabila mengalami stress, kucing akan menterjemahkannya kepada beberapa bentuk atau tanda-tanda, antaranya:
1. Sesetengah kucing akan menjilat-jilat bulunya secara keterlaluan sehingga terdapat tompok-tompok botak dan ruam pada badannya sebagai tindakbalas terhadap stress. Dimana keaadaan in dipanggil sebagai psychogenic alopecia.
2. Membuang najis diluar kotak najis atau membuang merata-rata.
3. Sering melakukan spraying(bagi yang jantan) di serata rumah.
5. Kemurungan
7. Berbunyi bising. (mengiau tak berhenti)
Tips menangani kucing stress
Kucing adalah binatang tidak seperti manusia yang dapat menghilangkan stress dengan cara berbual mahupun memetik gitar. Kucing adalah haiwan penyayang, belailah kucing anda. Belaian dan sikat(grooming) itu sebenarnya terapi untuk kucing dan  tuan dia. Terutama bagi kucing yang berbulu panjang(longhair). Kucing akan rasa tenteram, lebih selamat dan happy kalau selalu dibelai dan disikat bulunya setiap hari. Bila kucing happy dia akan lebih sihat dan kurang rasa stress.
Teman harap dengan entri ini dapat membantu rakan-rakan semua memahami sedikit sebanyak berkenaan Kucing Stress. Jumpa lagi di entri yang lain, Terima kasih.