Thursday, January 3, 2013

Kucing Dan Ibu/wanita Hamil


ibu mengandung
ORANG KATA :
Kalau perempuan membela kucing susah nak hamil..
Kalau hamil mungkin boleh keguguran..


Ada sejenis parasit protozoa bernama Toxoplasma gondii, parasit ini akan mengundang satu penyakit yang disebut toxoplasmosis. Toxoplasmosis merupakan antara penyakit yang merbahaya dan membimbangkan. Di setengah negara, 90 peratus manusia membawa parasit ini dan lebih 50 peratus dibawa kucing. Parasit ini boleh berpindah kepada manusia dan sebaliknya. Pemindahan dari kucing ke manusia ialah dari najis buangan kucing. Penyakit ini mungkin hanya membawa simptom ringan ke atas kucing anda dan tidak bahaya pada manusia normal.
Toxoplasma Gondii

Walaupun begitu ia boleh menjangkiti dan merbahaya kepada bayi di dalam kandungan rahim ibunya dan ibu-ibu yang hamil/mengandung. Oleh itu bagi ibu hamil/mengandung dinasihatkan berikan tugas mencuci tempat najis kucing anda kepada ahli keluarga yang lain. Selain itu manusia dan kucing boleh juga terkena parasit ini melalui daging yang kurang masak (undercooked) dan daging mentah.


Namun begitu dalam kajian menunjukkan jangkitan kepada manusia adalah 80-90 peratus jangkitan berlaku di negara Barat dan selebihnya di serata dunia. Kajian  juga telah membuktikan lebih 70 peratus jangkitan kepada manusia adalah dari daging mentah dan daging kurang masak. Manakala 30 peratus lagi adalah dari pelbagai haiwan seperti tikus, kucing dan lain-lain lagi.

Kucing bukanlah pembawa parasit ini secara semulajadi, kucing juga dijangkiti melalui dengan memakan tikus, memakan daging mentah dan separuh mentah serta haiwan-haiwan kecil lain. Oleh itu bagi pendapat teman,  sekiranya kucing kita tidak terdedah kepada perkara di atas maka kucing kita adalah selamat daripada Toxoplasma gondii. Wallahuallam.

NOTA
Adalah dinasihatkan untuk kita membasuh tangan secara teliti setelah memegang daging mentah. Sebaik-baiknya pakailah sarung tangan getah sewaktu memegang daging mentah. Elakkan daripada memakan daging yang separuh masak.

TAJUK-TAJUK BERKAITAN
KESIHATAN KUCING SECARA UMUM
KUCING CIRIT-BIRIT
KUTU KUCING

No comments:

Post a Comment