Friday, October 14, 2011

Kucing Keguguran Bulu

Keguguran Bulu

Mengikut kajian sains, kucing akan mengalami keguguran bulu setahun sekali dan ada juga akan mengalaminya sebanyak dua kali setahun. Ini adalah proses mengantikan bulu yang lama kepada bulu yang baru. Proses keguguran bulu ini adalah normal kerana ia disusuli dengan pertumbuhan bulu yang baru. Selain itu kucing anda akan megalami masalah keguguran bulu yang kerap kerana banyak sebab-sebab lain, diantaranya yang ketara dan umum ialah disebabkan :-
  1. Makanan yang diberi tidak sesuai untuk bulu kucing.
  2. Alahan - kucing mungkin alah pada makanannya atau agen-agen alahan yang lain seperti plastik contohnya.
  3. Kekurangan zat nutrisi.
  4. Tekanan(Stress).
  5. Terlebih vitamin.
  6. Suhu di persekitaran tempat tinggal kucing anda - suhu yang terlalu panas boleh menyebabkan keguguran bulu.
  7. Kutu/Parasit.
  8. Masalah Hormon.
  9. Syampu yang tidak sesuai
  10. Masalah Fungus.
TIPS KATA-KATA
Selalulah beriadah dan bersosial bersama kucing dan selalulah membelainya, kerana dengan membelai kucing anda ia merupakan satu terapi kepada anda dan kucing anda. Ini boleh menghilangkan rasa stress kucing anda dan secara lansung dapat mengurangkan masalah keguguran bulu kucing anda.

1 comment:

  1. thank you sangat2.kucing buangan di belakang rumah tu baru beranak,agaknya perubahan hormon menyebabkan ia keguguran bulu.kami kesian dan terus memberi ia makan .

    ReplyDelete