Friday, May 6, 2011

Kucing Cirit-Birit



Cirit - Birit
Kucing mengalami cirit-birit disebabkan banyak perkara. Cirit birit berlaku ke atas kucing dewasa, kucing tua, anak kucing, kucing jantan dan kucing betina. Di sini ingin teman ingatkan cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi cirit-birit adalah tanda atau simptom terhadap penyakit tertentu. Dalam banyak penyebab cirit-birit, ingin teman nyatakan di sini 5 sebab utama kenapa kucing cirit birit :-
  1. Terlebih makan - Mengikut pengalaman teman, kebanyakkan kes cirit-birit yang berlaku ke atas kucing dewasa dan anak kucing adalah disebabkan terlebih makan. Makanan yang dimakan tidak dapat dihadam dengan sempurna yang menyebabkan cirit-birit.
  2. Produk yang berasaskan susu - Tidak teman nafikan bahawa banyak kucing sukakan rasa susu lembu. Tapi hakikatnya makanan yang berasaskan susu tidak sesuai untuk sistem penghadaman kucing. Sistem penghadaman kucing tidak dapat memproses gula(laktosa) yang terdapat dalam susu lembu.
  3. Makanan yang tidak sesuai - Contohnya ada sesetengah kucing yang tidak sesuai makan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang. Kadangkala menukar jenis makanan secara mendadak pun membuatkan sistem penghadaman kucing anda terkejut dengan perubahan yang berlaku. Keracunan - Makanan yang diberi telah rosak ataupun sudah terdedah terlalu lama.
  4. Cacing - Kucing dilahirkan dengan semulajadi terdapat cacing parasit di dalam perutnya. Kucing dewasa yang dibiarkan merayau diluar rumah juga terdedah pada masalah ini. Teman nasihatkan kepada peminat dan pecinta kucing untuk dapat ubat cacing anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan adalah lebih baik kiranya diberi setiap bulan.
Sama seperti manusia, cirit-birit yang tidak berhenti dan berterusan akan mendatangkan masalah dan kemudaratan pada kucing anda malahan ia akan meletihkan tuan kucing dan membuat anda kecewa. Bau najis yang busuk dan kuat baunya, amatlah memikat sang lalat untuk berkunjung. Secara tak langsung rumah anda akan dipenuhi sang lalat. Manakala masalah dan kemudaratan pada kucing anda,  antaranya:-
  • Darah di dalam najis yang cecair - merbahaya jika berterusan dan perlu dibawa ke vet/klinik dengan segera.
  • Demam
  • Dehidrasi
  • Kelesuan
  • Muntah
  • Hilang Selera Makan
Sekiranya kucing anda mengalami cirit-birit melebihi 24jam, segeralah bawa ke vet/klinik dengan segera.

NOTA : Menukarkan makanan/diet kucing anda secara mendadak juga boleh mengakibatkan cirit-birit kepada kucing anda. Ini adalah jadual penukaran makanan yang teman amalkan. Minggu pertama 1/4 makanan baru dicampur dengan makanan yg lama, minggu kedua 2/4, mgu ketiga 3/4 dan seterusnya. Penukaran makanan perlu secara perlahan adalah kerana untuk memastikan perut kucing anda serasi dengan makanan baru.

TIPS KATA-KATA
Sentiasalah beri kucing anda makanan yang terbaik dan air yang tidak berklorin supaya kucing anda mempunyai kesihatan yang baik dan dapat menikmati kehidupan dengan lebih panjang. 

TAJUK-TAJUK BERKAITAN
KESIHATAN KUCING SECARA UMUM
SELERA MAKAN KUCING

2 comments:

  1. as salam..

    anak kucing saya cirit-birit dah dekat 2 mggu.. :(

    dah hantar vet smua tapi still x ok..

    rasanya sbab saya tukar makanan dia mendadak kot..

    cmne ek nak pulihkan dia? dlu dia makan nasi+ikan rebus.. pastu dia cirit..saya bg dia makan isi dada ayam.. dia okey kejap, najis dia da x cair tp masih lembik.. tapi lepas tu najis dia cair balik..

    baru2 ni saya bagi dia whiskas junior tu..dia ok jap, najis lembik x cair.. tapi lpas tu cair balik..smpaikan tgh duduk2 je pun najis dia terkeluar menitik..smbil jln pun..

    dah buntu nk bagi dia makan ape ni :(

    ReplyDelete
  2. Nasi x leh bagi trlalu berkuah. Sbb dulu kucing saya pon cam tu. Nasi campur ikan rebus n ngan kuahnya sekali. Lama2 tu cirit.birit. Skrg x lg sbb sya asingkn kuah ngan nasi.

    ReplyDelete