Tuesday, March 29, 2011

APA ITU "CAT PURR" atau "CAT PURRING"?




"Cat Purr" kalau kita cuba cari makna atau terjemahan  "PURR" di dalam kamus anda mungkin akan berjumpa maknanya di dalam Bahasa Malaysia iaitu berdengkur. Ada juga sesetengah kamus memberi terjemahan untuk "PURR" ialah sesuatu bunyi yang dikeluarkan oleh kucing sewaktu dia gembira.

Teman bertanya soalan "apa itu 'CAT PURR'?" kerana teman tidak dapat satu perkataan yang tetap dan tepat di dalam kamus pada hari ini. Contoh "yang tetap dan tepat" ialah dalam bahasa malaysia makan dan bahasa inggerisnya pula eat. Itulah yang beberapa kamus cuba terjemahkan dengan tetap dan tepat iaitu PURR = BERDENGKUR. Sedangkan telah kita melihat dan mendengar di dalam video yang teman paparkan semalam bahawa berdengkur dan Purr adalah satu perkara yang berbeza bagi kucing. Kita sebagai manusia biasa menterjemahkan berdengkur adalah berkait rapat dengan tidur, sedangkan kucing mengeluarkan bunyi yang dipanggill "Purr" dalam keadaan waktu yang tidak menentu. Kucing berbunyi purr sewaktu tenang, relaks, bersama tuannya(manusia), sewaktu ibu kucing menyusukan anaknya dan sewaktu kucing gembira. Jadi sebab itulah ada pula beberapa kamus merujuk Purr kepada bunyi yang dikeluarkan oleh kucing sewaktu gembira. Mengikut kajian para-para saintis  "Purr" adalah merujuk kepada suatu bunyi yang dikeluarkan oleh semua keluarga spesis kucing. Purr juga mengikut para saintis ialah sebahagian bunyi yang dikeluarkan untuk berkomunikasi sesama kucing dan manusia.

Bagi teman setiap kamus yang menterjemahkan purr sebagai  kucing berdengkur adalah salah. Manakala kamus yang menterjemahkan purr - "bunyi yang dikeluarkan kucing sewaktu gembira" ada kebenaran di situ, tetapi tidak tepat. Kenapa teman kata tidak tepat? Ini kerana kucing mengeluarkan bunyi purr di dalam banyak keadaan dan situasi yang dialami oleh kucing berkenaan. Ini akan teman bercerita di dalam tajuk kenapa kucing PURR. Bunyi purr yang dikeluarkan oleh kucing juga terbukti selepas kajian selama 20 tahun yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Strok Minnesota merupakan satu terapi kepada manusia.

Kepada semua peminat kucing dan pembaca yang dapat memberikann satu perkataan tetap dan tepat di dalam Bahasa Malaysia makna terjemahan perkataan PURR sila tinggalkan di ruangan komen. Terima Kasih.   


TAJUK-TAJUK YANG BERKAITAN

3 comments:

  1. mungkin bunyi yang dihasilkan kucing kot

    ReplyDelete
  2. ya, setakat pencarian teman itulah jawapannya.

    ReplyDelete
  3. Rasanya bunyi manja kucing..cth bila kita gosok2 bdn kucing dia akn menghasiljan bunyi manja..

    ReplyDelete