Wednesday, March 16, 2011

KUCING BENGAL(BENGAL CAT)



Bengal
Kucing Bengal adalah hasil dari kacukan Kucing tempatan biasa(Domestic cat) dengan Harimau Bintang Asia (Asian Leopard Cat-ALC). generasi pertamanya dipanggil Felis Bengalensis yang juga dikenali sebagai Leopardette, tetapi kemudian namanya secara rasmi sebagai BENGAL adalah untuk mengaitkan dengan nama saintifik "Leopard cat"(Harimau Bintang/Harimau Kumbang) iaitu Felis Bengalensis.  Banyak cubaan mengkacukkan kucing tempatan biasa dengan kucing-kucing liar telah dilakukan. Namun kesemuanya menghasilkan keturunan yang mandul. Dimana spesis ini tidak dapat membiak dan berkembang. Tapi berlainan dengan 'Asian Leopard Cat' (harimau bintang/kumbang) ini kerana mereka merupakan spesis istimewa kerana dapat menghasilkan keturunan yang subur dan boleh berkembang dengan pesat. Bengal adalah kucing yang bersaiz sederhana dan besar(medium to large size).

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang. Hanya Bengal yang boleh mempunyai tanda bulu seperti bunga rose seperti tanda bulu yang terdapat pada Leopards, Jaguar dan Ocelots. Hari ini kucing Bengal dibiakkan hanya dari spesis yang sama juga iaitu Bengal+Bengal = Bengal tanpa memerlukan penjagaan yang tertentu(specialized care). Bermula pada tahun 1986 Bengal mula memukau para-para peminatnya dan semakin mendapat permintaan yang tinggi kebelakangan ini. Para-para pembiak(breeder) Bengal sentiasa memilih dengan berhati-hati dari segi perangai/karektor, kesihatan dan kecantikannya untuk dijadikan permaisuri untuk membiak spesis ini. Ini adalah untuk memastikan anak bengal yang baru lahir mencapai standard yang di tetapkan oleh mana-mana persatuan-persatuan kucing yang diiktiraf dunia.

SEJARAH
Asian Leopard Cat
Di dalam sejarah, ada menunjukkan bahawa manusia tertarik dan minat dengan kucing liar yang menghuni hutan belantara untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Setakat yang ada tercatat dimana-mana jurnal atau apa-apa jua sumber dahulu ditemui seawal tahaun 1889 manusia sudah mula cuba mengkacukan 'Domestic cat' dengan spesis kucing-kucing liar bertujuan untuk mempercepatkan proses penjinakan dan dapat mengurangkan sifat,karektor dan naluri liar spesis ini. Namun begitu ada yang berjaya dan ada yang tidak. Malahan yang berjaya pun hanya dapat menghasilkan kucing-kucing yang mandul dan tidak dapat membiak dan berkembang. Ada juga yang subur untuk dibiakkan tetapi ciri-ciri liarnya terlalu tinggi(very wild) dan di bela dan disimpan di zoo untuk pengkajian.

F1 Bengal
Pada tahun 1946 Jean S.Mill telah mula mengkacukkan 'Domestic Cat' + 'Asian Leopard Cat'. Dari hasil kacukan ini pada tahun 1963 Mrs Mill telah mengkacukan 'Domestic Cat+Asian Leopard Cat' + 'Asian Leopard Cat'. Pada tahun 1970 Dr. William Centerwell daripada Universiti California telah membuat kajian dan mendapati Asian Leopard Cat immunisasi terhadap penyakit Leukimia kucing. Didalam tahun 70-an ini juga ramai pembiak mula giat membiak beberapa spesis lain di kacukan dengan 'Asian Leopard Cat'. Kucing-kucing yang dipilih ialah, Abyssinian,Ocicat, Egyptian Mau dan British shorthair.  Diawal 1980 bengal yang diasaskan oleh Puan Mill bermula dibiakkan secara meluas.  Kini ada juga spesis Bengal yang dikacukan hasil dari beberapa spesis lain seperti Abyssinian, Ocicat, Egyptian Mau dan British Shorthair. Nama Bengal diambil sempena nama saintifik kepada Asian leopard Cat iaitu 'Prionailurus Bengalensis'. Hasil kacukan oleh Puan Mill didaftarkan sebagai foundation(F1,F2 dan F3). Ketika ini Bengal tidak dibenarkan untuk memasuki mana-mana pertunjukkan kucing. Hanya kucing betina yang diambilkira didalam proses membiaknya.(hanya memilih yang terbaik dari betina). Bengal diterima sebagai satu Baka baru pada tahun 1983 dan 1986 oleh TICA(The International Cat Assosiation) dan mendapat gelaran juara pada 1991 oleh TICA.

Kini Bengal merupakan kucing "favorite" di dalam mana-mana pertunjukkan kucing yang dianjurkan oleh TICA. Walaupun kini bengal semakin diminati namun masih banyak persatuan dan organisasi kucing yang tidak mengiktiraf Bengal sebagai satu baka pedigree/purebreed. Contohnya persatuan dan organisasi kucing yang terbesar didunia ACFA(American Cat Francier Association) tidak mengiktiraf baka ini kerana CFA (Cat Francier Association)mengkategorikan Bengal sebagai liar.

Personaliti/ Karektor
Bengal adalah spesis kucing yang aktif, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka akan ketinggian. Sekiranya anda mengharapkan seekor kucing yang suka duduk dibawah melepak, Bengal bukanlah jenis yang sesuai. Bengal adalah spesis yang sibuk dengan alam semulajadi(busy by nature). Selain itu Bengal juga merupakan spesis yang sangat manja dengan manusia. Bengal suka dibelai dan diriba oleh manusia. Ia juga digelar sebagai 'LAP CAT'. kegemaran bengal ialah ialah bermain. Bermain yang dimaksudkan disini ialah kejar mengejar, memanjat dan menyiasat dikawasan persekitarannya. Mereka cukup pandai membahagikan masa tidur mereka  dengan bermain. Kebanyakkan Bengal tidak mempunyai masalah dengan air dan suka akan air.

Secara umumnya bengal suka sentiasa bersama anda dimana sahaja anda berada dirumah. Anda masuk kebilik ke dapur mahupun ke bilik air, Bengal akan sentiasa bersama anda. Bengal juga dipanggil si aksi(the action). Jika anda memberi pilihan barang permainan yang statik berbanding barang permainan yang bergerak-gerak yang sukar diramal pergerakannya Bengal akan memilih yang bergerak-gerak kerana ini lebih menguji kemahirannya memburu. Ada juga Bengal mengeluarkan bunyi mengiau, tetapi kebanyakkan Bengal yang asli tidak mengiau, tetapi mereka mengeluarkan sejenis bunyi yang unik.

CIRI-CIRI BENGAL
Bengal terkenal dan dikenali melalui bulunya yang pendek dan corak bulu yang unik. Bengal terdiri daripada dua corak bulu, iaitu berbintik-bintik/bertompok-tompok(spotted) dan berbentuk seperti corak batu marmar(marbles). Corak berbintik-bintik(spotted) adalah seperti gambar dibawah:-

Spotted Bengal



Brown Spotted Bengal


Manakala bercorak marmar(marbles) adalah seperti dibawah:-


marble Bengal
marble Bengal

 

Brown (Black) Spotted
Bengal berbeza berbanding kucing lain dari rupa paras, bentuk fizikal, bulu yang berkilauan emas dan corak bulu yang serupa dengan kucing -kucing liar seperti Jaguar. Bengal mempunyai muka yang bulat (rounded) mata yang besar dan bulat serta telinga yang besar, bulat dan tidak begitu panjang. Garisan-garisan corak bulu di bahagian muka dan misai melambangkan ciri 'wild' yang dikagumi oleh peminatnya. Bengal mempunyai pelbagai warna namun hanya beberapa warna sahaja diterima oleh TICA. Ada beberapa warna yang diterima TICA iaitu:- "Brown Tabby, Seal Sepia Tabby,Seal Mink Tabby, Seal Lynx Point, Black Silver Tabby, Seal Silver Sepia Tabby, Seal Silver Mink Tabby, Seal Silver Lynx Point. Spotted or Marbled Patterns ONLY".    
                                                          
NOTA: Semenjak kebelakangan ini permintaan kucing Bengal adalah tinggi. Disebabkan permintaan yang tinggi, hari ini banyak pembiak-pembiak kucing yang hanya mementingkan keuntungan wang ringgit tanpa menghiraukan nilai dan keaslian sebenar kucing-kucing peliharaan. Maka terlahirlah kucing yang dinamakan kucing "LOOK ALIKE". Dalam kes Bengal ini ialah 'LOOK ALIKE BENGAL' yang sebenarnya ia bukanlah Bengal. Kucing 'LOOK ALIKE' kini semakin luas di pasaran. Kucing 'LOOK ALIKE' mendapat sambutan adalah kerana harganya yang murah, kurangnya ilmu para pembeli dan peminat kucing terhadap sesuatu spesis kucing yang ingin dimilikinya. Disini ingin teman mengingatkan kepada para-para peminat Bengal, pastikan Bengal yang anda beli mempunyai ciri-ciri Bengal sebenar dan pastikan Bengal yang di beli ada sijil pedigree dan pendaftaran yang dikeluarkan oleh oraganisasi yang diiktiraf seperti contohnya ada sijil pendaftaran dibawah TICA. Bukanlah hanya sekadar memiliki kucing yang bulunya bercorak "spotted" sudah memadai untuk kita namakannya sebagai Bengal. Sebagai contoh, ada beberapa kucing baka lain yang mempunyai corak 'spotted' seperti OCICAT dan EGYPTIAN MAU.  Sekali lagi diingatkan berhati-hati dan berjaga-jaga dengan kucing 'LOOK ALIKE'.

Bengal adalah kucing bersaiz sederhana besar dan besar. Beratnya purata lebih kurang 6-15lb. Kucing jantannya lebih besar daripada kucing betina. Bengal yang sihat mempunyai otot-otot kaki yang cukup tegap dan nampak seperti atlit yang bersiap sedia untuk berjuang. Secara umumnya Bengal adalah sangat yakin diri(confident), sifat ingin tahu yang tinggi dan manja kepada manusia. Bengal juga boleh berdikari dan bercampur dengan haiwan-haiwan peliharaan lain sekiranya dilatih. Setiap Bengal mempunyai karektor dan personaliti tersendiri, jadi kenali lah sedalam-dalamnya sifatnya sebelum untuk menambah seekor lagi dirumah. Pemilik Bengal yang asli akan dapat kepuasan yang tidak dapat oleh pemilik kucing yang lain.

Kepada pembaca, anda boleh mengajukan soalan -soalan di ruang komen yang disediakan ,Terima Kasih.

11 comments:

  1. thanks' for the information...

    berapa lah harga sebenar seekor bengal ni bro..,
    ada yang kata harganya mencecah ribuan ringgit,

    teman pun berminat jugak dengan bengal nie

    faisal - the badang

    ReplyDelete
  2. saya ada bengal ni..

    tgk la blog saya..

    http://azlinaazhar.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya berhajat nak mencari seesor bengal nie untuk di bela..brape harge dan mana boleh daptkan ek?..hehe..

    ReplyDelete
  4. salam...bengal saya baru beranak....melahirkan anak2 bengal yang cantik, spotted dan merbel... kalau berminat sila hubingi saya... Rom..019-6223890... lokasi: seremban...harga boleh dirunding bersesuaian dengan kualiti bengal. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,boleh xkirimkan harga dan gambar bengal yang anda ingin jualkan,harap dapat hubungi saya secepat mungkin canoesman@gmail.com

      Delete
  5. masi ada x yg bela bengal? nak cari 1..

    ReplyDelete
  6. Saya ada kucing bengal jantan berumur 1thun setengah..kucing ini hendak mengawan tp tiada kucing bengal betina..apakah jenis kucing yg sesuai dikahwinkan dgnnya ?

    ReplyDelete
  7. Mudah.my pun byk tp mmg betul byk yg tipu. Nampak je mcm bengal tapi x ori. Kitaorg beli bengal dr saujanapet.com berbaloi n dpercayai ramai.

    ReplyDelete
  8. Saya ada seekor bengal marble jantan..umur jangkaan 11bulan..sape berminat boleh call saya 0122559445,,harge buleh runding.

    ReplyDelete
  9. saya ada nk jual bengal marbel..ble contact 019-5740502

    ReplyDelete
  10. Nk tnye boleh x kalau kite nk bwk bengal kite keluar mkn angin?

    ReplyDelete