Tuesday, March 29, 2011

APA ITU "CAT PURR" atau "CAT PURRING"?




"Cat Purr" kalau kita cuba cari makna atau terjemahan  "PURR" di dalam kamus anda mungkin akan berjumpa maknanya di dalam Bahasa Malaysia iaitu berdengkur. Ada juga sesetengah kamus memberi terjemahan untuk "PURR" ialah sesuatu bunyi yang dikeluarkan oleh kucing sewaktu dia gembira.

Teman bertanya soalan "apa itu 'CAT PURR'?" kerana teman tidak dapat satu perkataan yang tetap dan tepat di dalam kamus pada hari ini. Contoh "yang tetap dan tepat" ialah dalam bahasa malaysia makan dan bahasa inggerisnya pula eat. Itulah yang beberapa kamus cuba terjemahkan dengan tetap dan tepat iaitu PURR = BERDENGKUR. Sedangkan telah kita melihat dan mendengar di dalam video yang teman paparkan semalam bahawa berdengkur dan Purr adalah satu perkara yang berbeza bagi kucing. Kita sebagai manusia biasa menterjemahkan berdengkur adalah berkait rapat dengan tidur, sedangkan kucing mengeluarkan bunyi yang dipanggill "Purr" dalam keadaan waktu yang tidak menentu. Kucing berbunyi purr sewaktu tenang, relaks, bersama tuannya(manusia), sewaktu ibu kucing menyusukan anaknya dan sewaktu kucing gembira. Jadi sebab itulah ada pula beberapa kamus merujuk Purr kepada bunyi yang dikeluarkan oleh kucing sewaktu gembira. Mengikut kajian para-para saintis  "Purr" adalah merujuk kepada suatu bunyi yang dikeluarkan oleh semua keluarga spesis kucing. Purr juga mengikut para saintis ialah sebahagian bunyi yang dikeluarkan untuk berkomunikasi sesama kucing dan manusia.

Bagi teman setiap kamus yang menterjemahkan purr sebagai  kucing berdengkur adalah salah. Manakala kamus yang menterjemahkan purr - "bunyi yang dikeluarkan kucing sewaktu gembira" ada kebenaran di situ, tetapi tidak tepat. Kenapa teman kata tidak tepat? Ini kerana kucing mengeluarkan bunyi purr di dalam banyak keadaan dan situasi yang dialami oleh kucing berkenaan. Ini akan teman bercerita di dalam tajuk kenapa kucing PURR. Bunyi purr yang dikeluarkan oleh kucing juga terbukti selepas kajian selama 20 tahun yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Strok Minnesota merupakan satu terapi kepada manusia.

Kepada semua peminat kucing dan pembaca yang dapat memberikann satu perkataan tetap dan tepat di dalam Bahasa Malaysia makna terjemahan perkataan PURR sila tinggalkan di ruangan komen. Terima Kasih.   


TAJUK-TAJUK YANG BERKAITAN

Monday, March 28, 2011

Kucing Berdengkur?

Hahaha kucing anda berdengkur?(Cat snoring)






Kalau diatas kucing berdengkur(Cat Snoring) yang ini "Cat Purring". Apa dia "Cat Purring" ini dalam bahasa Malaysia ya? Siapa tau?





SILA TINGGALKAN KOMEN DAN PENDAPAT ANDA, TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI !!!!

Wednesday, March 23, 2011

Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 1

Boleh dikatakan setiap jenis baka kucing mempunyai jenis penyakit yang sama, simptom-simptom yang sama serta kesan dan akibat yang sama. Setiap kucing yang sedang diserang penyakit atau yang sedang sakit akan menunjukkan reaksi dan karektor yang berlainan dari waktu sihatnya. Reaksi, karektor dan perangai yang berubah inilah yang dinamakan "Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Sakit". Pada tajuk Kesihatan kucing secara umum ada teman senaraikan beberapa tanda-tanda kucing anda sedang sakit. Hari ini teman akan cuba menghuraikan satu persatu tanda-tanda berikut.

Hilang Selera Makan
Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Kiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia. Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinari untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:
  1. Jemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).
  2. Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)
  3. Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)
  4. Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).
  5. Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).
  6. Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula - ini perlu dielakkan).
  7. Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).
  8. Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)
Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Jika ini berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kucing yang sakit, hilang selera makan kerana beberapa sebab:
  1. Kucing demam.
  2. Kucing sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).
  3. Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)
  4. Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.
  5. Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.
Susah Hendak Makan
Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi sebaliknya kucing yang susah nak makan makanannya kerana kucing mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.

Penurunan Berat Badan
Penurunan Berat Badan Kucing akan berlaku disebabkan 7 perkara:
  1. Parasit/Kutu
  2. Virus Leukemia Kucing (Feline Leukemia Virus Disease Complex  - FELV)
  3. Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)
  4. Penyakit Hati. (Liver Disease)
  5. Kencing Manis. (Diabetes)
  6. Penyakit buah Pinggang. (Kidney Disease)
  7. Stress. (Kucing yang stress akan menyebabkan penurunan berat badannya)
Muntah
Setakat pengetahuan teman, kucing akan muntah disebabkan 9 perkara:
  1. Gumpalan bulu. (Hairball)
  2. Makan terlalu cepat/gopoh.
  3. Makan benda yang tidak boleh dihadam.
  4. Kerapkali menukar diet/jenis makannannya.
  5. Alergic makanan atau bahan-bahan didalam makanan.
  6. Infeksi/ Jangkitan penyakit
  7. Parasit/Kutu
  8. Racun
  9. Sebab-sebab lain. - ada beberapa perkara lain yang menyebabkan kucing anda muntah seperti penyakit-penyakit serius. Ini akan dihuraikan lagi didalam Penyakit-Penyakit Kucing.
Nota: Pastikan kucing anda tidak diberi makan sekiranya ingin membawanya berjalan jauh(travel). Kerana kucing akan muntah didalam kereta anda sekiranya diberi makan sejurus sebelum anda ingin memulakan perjalanan jauh. Ini dipanggil "Motion Sickness"

Darah didalam air kencing
Darah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil 'Hematuria'. Perkara ini menakutkan para-para pembela kucing kerana hanya perkara buruk yang serius sahaja boleh menyebabkan kucing kita jadi begini. Salah satu penyebab 'Hematuri' ialah penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)". Sekiranya anda mendapati terdapat darah didalam air kencing kucing anda, perlulah anda risau dan membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat dengan segera. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.

Sukar membuang air kecil
Perkara ini hanya berlaku apabila kucing anda mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan usus kecil. Sebagai contoh, penyakit 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)'. Sukar membuang air kecil juga boleh menyebabkan  darah didalam air kencing. Perkara ini akan dijelaskan secara mendalam didalam Penyakit-Penyakit Kucing.

Demam
Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau
penyakit yang menyerangnya. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :
  1. Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak mempedulikan permainan kegemarannya.
  2. Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
  3. Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.
  4. Menggigil. -  suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
  5. Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.
  6. Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.
TIPS KATA-KATA
Jagalah kucing anda sepertimana anda menjaga anak anda sendiri, kerana dengan pemerhatian dan memahami tingkahlaku kucing anda dapat mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku keatas kucing anda.
Bersambung di Mengenal Tanda-Tanda Kucing Sedang Sakit - Part 2

TAJUK-TAJUK BERKAITAN

Wednesday, March 16, 2011

KUCING BENGAL(BENGAL CAT)



Bengal
Kucing Bengal adalah hasil dari kacukan Kucing tempatan biasa(Domestic cat) dengan Harimau Bintang Asia (Asian Leopard Cat-ALC). generasi pertamanya dipanggil Felis Bengalensis yang juga dikenali sebagai Leopardette, tetapi kemudian namanya secara rasmi sebagai BENGAL adalah untuk mengaitkan dengan nama saintifik "Leopard cat"(Harimau Bintang/Harimau Kumbang) iaitu Felis Bengalensis.  Banyak cubaan mengkacukkan kucing tempatan biasa dengan kucing-kucing liar telah dilakukan. Namun kesemuanya menghasilkan keturunan yang mandul. Dimana spesis ini tidak dapat membiak dan berkembang. Tapi berlainan dengan 'Asian Leopard Cat' (harimau bintang/kumbang) ini kerana mereka merupakan spesis istimewa kerana dapat menghasilkan keturunan yang subur dan boleh berkembang dengan pesat. Bengal adalah kucing yang bersaiz sederhana dan besar(medium to large size).

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang. Hanya Bengal yang boleh mempunyai tanda bulu seperti bunga rose seperti tanda bulu yang terdapat pada Leopards, Jaguar dan Ocelots. Hari ini kucing Bengal dibiakkan hanya dari spesis yang sama juga iaitu Bengal+Bengal = Bengal tanpa memerlukan penjagaan yang tertentu(specialized care). Bermula pada tahun 1986 Bengal mula memukau para-para peminatnya dan semakin mendapat permintaan yang tinggi kebelakangan ini. Para-para pembiak(breeder) Bengal sentiasa memilih dengan berhati-hati dari segi perangai/karektor, kesihatan dan kecantikannya untuk dijadikan permaisuri untuk membiak spesis ini. Ini adalah untuk memastikan anak bengal yang baru lahir mencapai standard yang di tetapkan oleh mana-mana persatuan-persatuan kucing yang diiktiraf dunia.

SEJARAH
Asian Leopard Cat
Di dalam sejarah, ada menunjukkan bahawa manusia tertarik dan minat dengan kucing liar yang menghuni hutan belantara untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Setakat yang ada tercatat dimana-mana jurnal atau apa-apa jua sumber dahulu ditemui seawal tahaun 1889 manusia sudah mula cuba mengkacukan 'Domestic cat' dengan spesis kucing-kucing liar bertujuan untuk mempercepatkan proses penjinakan dan dapat mengurangkan sifat,karektor dan naluri liar spesis ini. Namun begitu ada yang berjaya dan ada yang tidak. Malahan yang berjaya pun hanya dapat menghasilkan kucing-kucing yang mandul dan tidak dapat membiak dan berkembang. Ada juga yang subur untuk dibiakkan tetapi ciri-ciri liarnya terlalu tinggi(very wild) dan di bela dan disimpan di zoo untuk pengkajian.

F1 Bengal
Pada tahun 1946 Jean S.Mill telah mula mengkacukkan 'Domestic Cat' + 'Asian Leopard Cat'. Dari hasil kacukan ini pada tahun 1963 Mrs Mill telah mengkacukan 'Domestic Cat+Asian Leopard Cat' + 'Asian Leopard Cat'. Pada tahun 1970 Dr. William Centerwell daripada Universiti California telah membuat kajian dan mendapati Asian Leopard Cat immunisasi terhadap penyakit Leukimia kucing. Didalam tahun 70-an ini juga ramai pembiak mula giat membiak beberapa spesis lain di kacukan dengan 'Asian Leopard Cat'. Kucing-kucing yang dipilih ialah, Abyssinian,Ocicat, Egyptian Mau dan British shorthair.  Diawal 1980 bengal yang diasaskan oleh Puan Mill bermula dibiakkan secara meluas.  Kini ada juga spesis Bengal yang dikacukan hasil dari beberapa spesis lain seperti Abyssinian, Ocicat, Egyptian Mau dan British Shorthair. Nama Bengal diambil sempena nama saintifik kepada Asian leopard Cat iaitu 'Prionailurus Bengalensis'. Hasil kacukan oleh Puan Mill didaftarkan sebagai foundation(F1,F2 dan F3). Ketika ini Bengal tidak dibenarkan untuk memasuki mana-mana pertunjukkan kucing. Hanya kucing betina yang diambilkira didalam proses membiaknya.(hanya memilih yang terbaik dari betina). Bengal diterima sebagai satu Baka baru pada tahun 1983 dan 1986 oleh TICA(The International Cat Assosiation) dan mendapat gelaran juara pada 1991 oleh TICA.

Kini Bengal merupakan kucing "favorite" di dalam mana-mana pertunjukkan kucing yang dianjurkan oleh TICA. Walaupun kini bengal semakin diminati namun masih banyak persatuan dan organisasi kucing yang tidak mengiktiraf Bengal sebagai satu baka pedigree/purebreed. Contohnya persatuan dan organisasi kucing yang terbesar didunia ACFA(American Cat Francier Association) tidak mengiktiraf baka ini kerana CFA (Cat Francier Association)mengkategorikan Bengal sebagai liar.

Personaliti/ Karektor
Bengal adalah spesis kucing yang aktif, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka akan ketinggian. Sekiranya anda mengharapkan seekor kucing yang suka duduk dibawah melepak, Bengal bukanlah jenis yang sesuai. Bengal adalah spesis yang sibuk dengan alam semulajadi(busy by nature). Selain itu Bengal juga merupakan spesis yang sangat manja dengan manusia. Bengal suka dibelai dan diriba oleh manusia. Ia juga digelar sebagai 'LAP CAT'. kegemaran bengal ialah ialah bermain. Bermain yang dimaksudkan disini ialah kejar mengejar, memanjat dan menyiasat dikawasan persekitarannya. Mereka cukup pandai membahagikan masa tidur mereka  dengan bermain. Kebanyakkan Bengal tidak mempunyai masalah dengan air dan suka akan air.

Secara umumnya bengal suka sentiasa bersama anda dimana sahaja anda berada dirumah. Anda masuk kebilik ke dapur mahupun ke bilik air, Bengal akan sentiasa bersama anda. Bengal juga dipanggil si aksi(the action). Jika anda memberi pilihan barang permainan yang statik berbanding barang permainan yang bergerak-gerak yang sukar diramal pergerakannya Bengal akan memilih yang bergerak-gerak kerana ini lebih menguji kemahirannya memburu. Ada juga Bengal mengeluarkan bunyi mengiau, tetapi kebanyakkan Bengal yang asli tidak mengiau, tetapi mereka mengeluarkan sejenis bunyi yang unik.

CIRI-CIRI BENGAL
Bengal terkenal dan dikenali melalui bulunya yang pendek dan corak bulu yang unik. Bengal terdiri daripada dua corak bulu, iaitu berbintik-bintik/bertompok-tompok(spotted) dan berbentuk seperti corak batu marmar(marbles). Corak berbintik-bintik(spotted) adalah seperti gambar dibawah:-

Spotted Bengal



Brown Spotted Bengal


Manakala bercorak marmar(marbles) adalah seperti dibawah:-


marble Bengal
marble Bengal

 

Brown (Black) Spotted
Bengal berbeza berbanding kucing lain dari rupa paras, bentuk fizikal, bulu yang berkilauan emas dan corak bulu yang serupa dengan kucing -kucing liar seperti Jaguar. Bengal mempunyai muka yang bulat (rounded) mata yang besar dan bulat serta telinga yang besar, bulat dan tidak begitu panjang. Garisan-garisan corak bulu di bahagian muka dan misai melambangkan ciri 'wild' yang dikagumi oleh peminatnya. Bengal mempunyai pelbagai warna namun hanya beberapa warna sahaja diterima oleh TICA. Ada beberapa warna yang diterima TICA iaitu:- "Brown Tabby, Seal Sepia Tabby,Seal Mink Tabby, Seal Lynx Point, Black Silver Tabby, Seal Silver Sepia Tabby, Seal Silver Mink Tabby, Seal Silver Lynx Point. Spotted or Marbled Patterns ONLY".    
                                                          
NOTA: Semenjak kebelakangan ini permintaan kucing Bengal adalah tinggi. Disebabkan permintaan yang tinggi, hari ini banyak pembiak-pembiak kucing yang hanya mementingkan keuntungan wang ringgit tanpa menghiraukan nilai dan keaslian sebenar kucing-kucing peliharaan. Maka terlahirlah kucing yang dinamakan kucing "LOOK ALIKE". Dalam kes Bengal ini ialah 'LOOK ALIKE BENGAL' yang sebenarnya ia bukanlah Bengal. Kucing 'LOOK ALIKE' kini semakin luas di pasaran. Kucing 'LOOK ALIKE' mendapat sambutan adalah kerana harganya yang murah, kurangnya ilmu para pembeli dan peminat kucing terhadap sesuatu spesis kucing yang ingin dimilikinya. Disini ingin teman mengingatkan kepada para-para peminat Bengal, pastikan Bengal yang anda beli mempunyai ciri-ciri Bengal sebenar dan pastikan Bengal yang di beli ada sijil pedigree dan pendaftaran yang dikeluarkan oleh oraganisasi yang diiktiraf seperti contohnya ada sijil pendaftaran dibawah TICA. Bukanlah hanya sekadar memiliki kucing yang bulunya bercorak "spotted" sudah memadai untuk kita namakannya sebagai Bengal. Sebagai contoh, ada beberapa kucing baka lain yang mempunyai corak 'spotted' seperti OCICAT dan EGYPTIAN MAU.  Sekali lagi diingatkan berhati-hati dan berjaga-jaga dengan kucing 'LOOK ALIKE'.

Bengal adalah kucing bersaiz sederhana besar dan besar. Beratnya purata lebih kurang 6-15lb. Kucing jantannya lebih besar daripada kucing betina. Bengal yang sihat mempunyai otot-otot kaki yang cukup tegap dan nampak seperti atlit yang bersiap sedia untuk berjuang. Secara umumnya Bengal adalah sangat yakin diri(confident), sifat ingin tahu yang tinggi dan manja kepada manusia. Bengal juga boleh berdikari dan bercampur dengan haiwan-haiwan peliharaan lain sekiranya dilatih. Setiap Bengal mempunyai karektor dan personaliti tersendiri, jadi kenali lah sedalam-dalamnya sifatnya sebelum untuk menambah seekor lagi dirumah. Pemilik Bengal yang asli akan dapat kepuasan yang tidak dapat oleh pemilik kucing yang lain.

Kepada pembaca, anda boleh mengajukan soalan -soalan di ruang komen yang disediakan ,Terima Kasih.