Monday, January 24, 2011

Manfaat Mengasihi Kucing

Para pembaca yang teman hormati sekalian, salah satu sebab kerana apa teman memilih kucing sebagai satu haiwan yang teman kasihi adalah kerana dengan membela kucing, hati teman bertambah tenang, gembira, rezeki teman tidak putus dan yang paling penting bagi teman ialah ia meningkatkan tahap kesabaran teman dan teman semakin boleh mengawal bisikan amarah sang iblis yang ada dalam diri. Hari ini teman ingin bercerita sikit akan manfaat membela kucing ini mengikut beberapa kajian yang telah dijalankan di dunia hari ini.

Bagi sesiapa yang tidak pernah memiliki atau membela haiwan peliharaan dan teman khususkan kepada kucing, mungkin tidak tahu kegembiraan yang dirasai oleh pemilik haiwan berkenaan. Tahukah anda bahawa haiwan peliharaan(kucing) ini adalah peransang emosi positif semulajadi. Dengan meluangkan masa 15-30 minit sehari beriadah bersama kucing atau sekadar melihat ikan berenang di dalam akuarium paras hormon berkaitan tekanan akan menjadi rendah. Pada masa yang sama juga satu hormon bernama serotonin yang begitu penting untuk kesihatan manusia secara menyeluruh, akan meningkat naik. Kajian pada tahun 1999 yang disiarkan didalam Jurnal Geriatrik Amerika Syarikat mendapati, warga tua yang tinggal sendirian bersama kucing peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu tanpa haiwan peliharaan. Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Kucing merupakan seekor haiwan karnivor yang senantiasa berada dalam keadaan bersedia untuk bertarung. Oleh itu mereka sentiasa memastikan keadaan otot  dan kecerdasan mereka berada pada tahap paling bersedia. Kucing memerlukan banyak aktiviti cergas, ini kerana sifat semulajadinya. Diantara cara untuk memenuhi keperluan ini  ialah dengan membawa kucing anda berjalan di taman atau setidak-tidaknya bermain bersama mereka. Walaupun remeh dan memenatkan aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada pemilik kucing kerana secara tidak langsung menggalakkan mereka bersenam biarpun hanya berjalan.

Tahukah anda semua, berjalan kaki merupakan satu senaman paling mudah dan murah tetapi memberi kesan besar terhadap peningkatan tahap kesihatan manusia jika ia dilakukan 20 hingga 30 minit sehari dan sekurangnya empat hingga lima kali seminggu. Selain meningkatkan tahap kecergasan ia membantu mengurangkan berat badan dan memudahkan kawalan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi. Bagi pesakit kencing manis, penjagaan makanan dan pengambilan ubat saja tidak cukup untuk mengawal penyakit anda. Paras gula lebih mudah diturunkan jika disertakan dengan senaman. Pada masa sama, senaman boleh membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.

Kucing tidak seperti manusia yang jemu dengan kata-kata yang berulang. Kucing merupakan sahabat setia dan pendengar yang sentiasa bersedia mendengar cerita sama yang berulang-ulang, luahan rasa dan masalah anda. Apatah lagi anda mengusap dan membelai kucing anda ketika bercakap dengannya. Meluahkan masalah antara cara yang boleh mengurangkan tekanan.

Kucing Memberi Perlindungan Kepada Jantung Manusia

Kajian selama 20 tahun yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Strok Minnesota, Amerika Syarikat, ke atas lebih 4,000 orang berumur 30 hingga 75 tahun mendapati, individu yang tidak pernah membela kucing mempunyai keberangkalian 40 peratus meninggal dunia akibat serangan jantung dan risiko 30 peratus lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit jantung lain. Bagaimanapun, manfaat ini tidak dilihat pada pemilik anjing dan penyelidik tidak dapat menerangkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. Malahan ada di kalangan pakar perubatan pun ada yang tidak bersetuju dengan kesimpulan daripada kajian berkenaan dan percaya pemilik kucing itu mempunyai daya tahan serta bijak menangani masalah.
Hakikatnya individu yang membela kucing biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan(kucing) itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang daripada asyik memikirkan masalah. Selain itu, manfaat dapat dirasai pemilik kucing banyak dicatat dalam pelbagai kajian sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Antaranya:

Membantu Awet Muda
Kucing peliharaan boleh membantu anda awet muda terutama bagi individu yang bersara. Jangan salah anggap, awet muda yang dimaksudkan di sini bukan dari segi penampilan tetapi kesihatan fizikal dan mental. Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai kucing peliharaan memberi anda tugas dan tanggungjawab baru iaitu menjaganya. Menjaga kucing bermaksud memberikan makan, membersihkan badan kucing anda, membuang najis, memberi keselesaan tempat tinggal dan beriadah bersamanya. Aktiviti anda tidak terhad kepada rutin harian menjaga kucing anda sahaja kerana kebanyakkan pemilik kucing mempunyai kecenderungan untuk berbual dengan orang yang sukakan haiwan ini. Ini secara langsung memberi anda peluang untuk berinteraksi dan mempunyai lebih ramai kawan dalam masa yang sama. Selain dari itu anda boleh menimba pengalaman dengan menyertai acara yang lebih besar seperti pertandingan pertunjukkan kucing tercantik(cat show). Jika tidak turut serta pun, anda masih boleh membawa anak dan cucu menyaksikan pertandingan atau pameran seumpama itu sebagai aktiviti pendidikan tidak formal.

Mengurangkan Risiko Alahan dan Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Para pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah kerana persekitaran yang terlalu bersih dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan. Alahan terhadap kucing peliharaan antara pencetus serangan asma.  Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.

NOTA: Jika anda atau ada ahli keluarga yang memang alah(alergic) terhadap haiwan, jangan membela haiwan peliharaan kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

TAJUK-TAJUK BERKAITAN
Kucing dan Islam
Jauhi Sifat Kejam(inhuman/cruelty)
TIDUR-TIDUR KUCING

Sunday, January 23, 2011

SINGAPURA

Terpesona, Memikat hati dan Penyayang adalah kata-kata mula yang sering digunakan oleh peminat kucing bagi mengambarkan tentang SINGAPURA. Pertamanya, Singapura mempunyai penampilan yang lembut dengan wajah yang bulat (rounded), mata dan telinga yang besar membuat kucing ini begitu istemewa. Namun begitu rahsia sebenar yang memikat adalah keperibadian Singapura yang unik. Singapura juga merupakan kucing yang jarang(rare) didapati di serata dunia. Oleh itu anak kucing Singapura (Singapura kitten) sering habis dijual (sold out) hingga yang di dalam kandungan pun sudah ditempah oleh peminat kucing Singapura. 

Singapura adalah kucing yang bersaiz kecil hingga sederhana. Kucing jantan dan kucing betina tidak mempunyai perbezaan saiz yang ketara. Berat kucing jantannya ialah sekitar 6-7lbs dan kucing betinanya sekitar 4-5lbs. Singapura berbulu pendek lembut dan halus. Warna yang diterima oleh CFA(Cat Francier's Association) hanya satu warna iaitu warna SEPIA AGOUTI.(color to be dark brown ticking on a warm old ivory ground color.)

Singapura kekal sebagai kucing yang jarang ditemui(exremely rare) kerana bilangan nya yang sikit. Disebabkan Singapura adalah purebreed/natural breed dia hanya di kahwinkan dari baka yang sama. Pembiakannya perlu di teliti dan dijaga dengan berhati-hati oleh pembiak kucing ini. Hanya baka yang seratus peratus sempurna sahaja boleh dijadikan induk. Di samping itu ada faktor lain yang menyumbang kepada sikitnya populasi kucing ini adalah kerana proses pembesarannya yang terlalu perlahan berbanding kucing -kucing yang lain.

ASAL- USUL
Nama Singapura diberi mengikut tempat lahirnya kucing ini iaitu di negara Singapura. Diawal 1970  pasangan Hal dan Tommy Meadow yang bekerja di Singapura telah membawa tiga ekor kucing bersama mereka pulang ke Amerika Syarikat bernama Puss'e, Ticle dan Tes. Kucing ini diambil di dalam longkang di Singapura.(drain cat). Mereka namakan kucing ini sebagai Singapura. Namun begitu ada sedikit kontroversi berlaku tentang baka ini kerana pada waktu Encik dan Puan Meadow membawa tiga ekor pertama kucing Singapura ke Amerika Syarikat untuk dibiakkan, dia tidak mengimport kucing ini secara sah dalam bentuk dokumentasi. Tiada rekod import oleh Hal Meadow sewaktu bawa dari Singapura ke Amerika Syarikat. Pada tahun 1990 salah satu persatuan kucing di Singapura dibawah tajaan CFA(Cat Francier's Association) meminta pihak CFA menyiasat akan perkara ini. Akhirnya selepas siasatan dijalankan oleh CFA kontroversi itu dapat diselesaikan. CFA menegaskan walaupun ada kesalahan dari segi mengimport kucing ini tapi ini tidak menjejaskan 'blood line'(jaluran darah keturunan) kucing ini dan ia kekal sebagai SINGAPURA walaupun dimana saja proses pembiakannya berlaku. Pada tahun 1980 seekor singapura betina dilahirkan bernama CHIKO. Chiko telah di import ke Amerika Syarikat secara sah dan ada rekod dokumentasi impot. Chiko adalah Singapura pertama yang didaftarkan di CFA pada 1981 sebagai baka semulajadi(natural breed) ataupun baka asli(purebreed cat) dan mendapat gelaran juara yang pertama pada tahun 1988. Dari sini  bermulalah keturunan dan salasilah singapura didaftarkan secara rasmi di CFA dan bermulalah pemukauan Singapura terhadap peminar-peminat kucing.


PERSONALITI DAN KAREKTOR 

Singapura adalah seekor kucing yang sangat cerdas, aktif dan mempunyai sifat ingin tahu yang terlalu tinggi(curious). Di samping itu Singapura adalah seekor kucing yang tersangat manja ini merupakan bonus kepada peminat-peminat Singapura. Sekiranya anda ingin mencari kucing yang 'dok diam' Singapura bukanlah jenisnya. Singapura tersangat interaktif. Apa sahaja yang anda lakukan ia ingin tahu dan dimana saja anda pergi dia ingin ikut. Singapura adalah secara semulajadi memerlukan manusia disisi. Keinginannya untuk mendampingi manusia sentiasa konstan tidak kira dari mana-mana jaluran keterunannya dari kecil hingga akhir hayatnya.
Sikap mereka adalah seperti "The world is my oyster. Get out of my way, I'm going for the pearl and you can't stop me."(Dunia ini tiram saya ketepi dari laluan saya, Aku mahu mutiara. Dan anda tidak boleh menghentikan saya). Ia seperti anak kecil yang ingin mendapat apa sahaja kemahuannya tidak boleh dihalang.
Singapura memiliki rupa fizikal yang istimewa menawan dengan memiliki mata yang bulat dan besar serta telinga yang cukup besar untuk dia sentiasa mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Mereka hidup cerdas dan ingin tahu, ingin tahu dan ingin tahu yang sangat tinggi. Singapura menganggap mereka boleh melakukan apa sahaja lebih baik dari kita. Namun begitu Singapura sangat sensitif akan mood keluarganya. Walaupun dia sudah biasa tidur bersama anda di atas katil dian akan tetap tunggu di kaki anda untuk diajak tidur bersama.

Singapura bukanlah kucing konfrontatif, mereka jarang sekali bertengkar sesama mereka. Mereka jarang berjumpa dengan orang asing. Mereka akan meninjau dahulu kiranya ada orang baru di dalam rumah. Tetapi setelah mereka mengenal pasti orang baru tu mereka akan mendekati dan mula meminta perhatian. Mereka tidak mempedulikan dengan suara manusia yang tinggi. Jadi disini Singapura bukanlah pilihan terbaik untuk sebuah keluarga dengan anak-anak riuh. Namun begitu banyak keluarga yang menikmati hidup bersama Singapura. Ini bergantung kepada susunan keluarga itu sendiri. Akhirnya, mengejar Singapura adalah satu kerja yang sia-sia kerana mereka ini terlalu pantas dan cerdas. Jika anda ingin Singapura datang kepada anda adalah lebih baik anda berjalan kearah yang bertentangan dan memanggilnya maka dia akan berhenti dan terus berlari kearah anda.

Wednesday, January 12, 2011

SELERA MAKAN KUCING

Kucing adalah individu seperti manusia yang mempunyai selera makan yang berbeza antara satu sama lain. Kucing mempunyai selera makan tersendiri dan sesetengah kucing begitu cerewet dengan makanannya. Ini kerana makanan merupakan perkara paling penting didalam kehidupan haiwan karnivor bernama kucing ini. Kucing anda akan merajuk dan stress apabila sering memberikan makanan yang sama setiap hari. Ini boleh menurunkan selera makan kucing. Hari ini teman ingin membawa anda semua ke tajuk SELERA MAKAN KUCING.

Kucing tidak mempunyai jadual makan yang tertentu seperti manusia yang perlu makan sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jadual makan kucing anda biarlah ditetapkan oleh anda sendiri mengikut kesesuaian masa anda bersama kucing anda. Terpulang kepada anda ingin memberinya makan 3x,2x ataupun sekali sehari makan. Bagi pendapat teman untuk kucing dewasa(1-5 tahun) berilah 2-3 kali sehari dan untuk anak kucing(0-1tahun) 4-5 kali sehari. Walaupun kucing tidak memerlukan jadual makan yang tertentu tetapi kucing memerlukan kuantiti makanan yang cukup setiap hari bagi mengekalkan jumlah tenaga hariannya. Bagi kucing dewasa memadai dengan 70g-80g sehari dan anak kucing serta ibu kucing yang sedang mengandung 225g sehari.

selepas makan
Kucing adalah seekor haiwan yang amat menepati masa dengan kegiatan rutin hariannya seperti waktu makan, waktu membuang air besar, waktu bersosial serta bermain dan waktu bersama dengan tuannya. Ini terbukti pada kucing-kucing teman. Teman memberi kucing-kucing teman makan 3 kali sehari iaitu diawal pagi seawal 6pagi, 12-1 tengahari dan 6-7petang. Jadi setiap pagi tepat pukul 6 pagi kucing-kucing teman akan menjerit-jerit meow,meow,meow untuk makan. Jadi di sini tidak hairanlah kalau ada pembela-pembela kucing yang menjadikan kucing mereka sebagai penggera kepada mereka untuk bangun pagi dan tepat setiap hari. 

JENIS MAKANAN

Hari ini kalau kita lihat di pasaraya-pasaraya terdapat berbagai jenis jenama dan jenis makanan haiwan peliharaan. Dizaman yang serba canggih ini, industri pembuatan makanan haiwan peliharaan juga turut tidak ketinggalan dari segi hasil produk yang berkualiti dan jaminan kualiti produk keluarannya. Terima ksaih pada teknologi kerana memudahkan pembela serta pembiak kucing pada hari in didalam menyediakan makanan haiwan kesayangan kami. Bagi kucing, teman kategorikan kepada 2 jenis makanan iaitu makanan kering(dry food) berbentuk palet dan makanan basah(can food/wet food) dan makanan segar(fresh food).

Makanan Kering(dry food)
Dry food adalah makanan berformula tinggi, ibaratkan sahaja ia sebagai pati makan. Memberinya makan lebih dari 80g sehari boleh menyebabkan obesiti. Kebanyakan kucing yang tinggal didalam rumah (indoor) cenderung untuk mendapat obesiti jika mangkuk makanannya sentiasa penuh. Jika anda memberi kucing anda makanan kering, periksa dahulu label dan tanya veterinar anda supaya anda memahami panduan dalam pemakanan kucing. Makanan kering ini juga dapat mencegah plak dan tartar pada gigi kucing dan mulut kucing. Oleh itu mulut kucing anda lebih bersih. Makanan kering juga mudah disimpan dan tahan lama. Makanan yang terdedah tidak mudah rosak dan tidak mudah lemau dengan cepat. Makanan ini dapat bertahan 2-3 hari selepas terdedah.


Makanan Basah/Makanan Tin(can food/ wet food)
Apabila disebut makanan basah, bagi pembiak kucing, ini merujuk kepada makanan di dalam tin(canned food). Bagi teman makanan ini hanyalah untuk menaikkan selera kucing. Ianya tidak sesuai dijadikan makanan utama kucing anda kerana kos yang tinggi dan mudah rosak berbanding makanan kering. Mengikut pengalaman teman makanan basah tidak sesuai di beri banyak kerana ia boleh menyebabkan kucing anda cirit birit. Ini mungkin kerana sistem penghadaman kucing tidak dapat menghadamkan makanan ini dengan sempurna. Mulut kucing anda juga mudah kotor dan lebih berbau busuk apabila makan makanan basah.  Kebanyakkan makanan ini berasaskan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang. Sesetengah kucing amat tidak menyukai makanan laut. Tidak dinafikan kebanyakkan kucing amat tertarik dengan makanan basah ini kerana baunya yang amat lazat. Kiranya anda memberi kucing anda makan 3 kali sehari(sarapan, makan tengahari dan makan petang) adalah lebih elok diberi makanan basah ini sedikit sebelum memberi makan petang kepada kucing anda.


Bagaimana hendak menilai sesuatu makanan itu sesuai atau tidak kepada kucing kita?

Pertamanya uji kucing kita dengan bau kan makanan yang ingin kita hidangkan kepadanya kiranya ia tertarik dengan bau makanan itu dan ingin terus membaunya lagi ini bermakna ia tertarik dengan makanan yang anda ingin hidangkan. Berikan kucing anda makanan itu. Tunggu selama 14-20 jam untuk melihat najis buangan kucing anda dari hasil makanan tadi.

Sekiranya najis kucing anda adalah pejal, lembab tetapi tidak berair, berbentuk silinder dan cembung pada hujungnya ini menunjukkan makanan itu sesuai. Apabila makanan dihadam, usus kucing akan menyerap sekitar 80 peratus lembapan, kerana itu najisnya 'terbentuk' dengan baik.

Tetapi sekiranya najis kucing anda adalah berbentuk cair dan tidak pejal(cirit) ini menunjukkan makanan itu tidak sesuai dengan kucing anda. Apabila kucing mengalami cirit-birit, makanannya tidak dihadam dengan baik dan tiba pada hujung usus (rektum) ia menghasilkan najis dalam bentuk cairan. Inilah sebabnya kita melihat najis kucing yang cirit-birit berbentuk cair dan tidak pejal.

Telah teman jelaskan pada sebelum ini bahawa kegemaran kucing adalah ayam. Jadi carilah makanan-makanan yang sumber utamanya adalah ayam, Insyaallah makanan itu akan disukai kucing anda dan baik untuknya. Disamping itu anda juga boleh merebus ayam untuk kucing anda seminggu sekali bagi mempelbagaikan menu makanan kucing anda.

NOTA: Walaupun kucing peliharaan dapat bertahan selama 3 hari tanpa makanan adalah perlu kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan yang kucing kita makan mengikut jadualnya. Kerana dalam tempoh 24jam kiranya tiada makanan yang dimakan, sistem badan kucing akan membakar lemak badannya untuk menghasilkan tenaga. Pembakaran lemak ini jika berterusan akan merosakkan hati kucing. Ini di panggil hepatic lipidosis(sejenis penyakit hati). Jadi jika kucing anda tidak makan selama 24 jam, anda patut risau. Jika keadaan ini berterusan sehingga 48 jam, anda perlu membawanya ke klinik secepat mungkin bagi mengelakkan dari hepatic lipidosis dan mudarat-mudarat yang lain.

TIPS KATA-KATA
Kucing paling menyukai makanan yang mempunyai perisa masin yang tinggi. Makanan yang baik secara logiknya memerlukan kos yang sedikit tinggi, bak kata pepatah "ada rupa ada harga". Sila lah rujuk dengan veterinar atau pakar untuk mengetahui lebih jelas jenis makanan yang paling sesuai bagi kucing anda.

Friday, January 7, 2011

Ku sangka ikan yang di tunggu, rupa-rupanya ayam yang diidamkan.

Teman sependapat dengan rata-rata ahli sains biologi - kucing, mereka mengatakan bahawa kucing adalah karnivor paling sempurna dibumi ini. Telah kita semua pelajari dari subjek sains dizaman sekolah rendah lagi tentang apa itu herbivor, omnivor dan karnivor(Carnivore). Jadi kucing tergolong didalam karnivor(Carnivore) dimana karnivor hanyalah memakan daging(meat). Kesemua karnivor menjadikan pemburuan haiwan daging untuk makanan sebagai objektif utama didalam kehidupan mereka. Mereka hanya ada satu matlamat, memburu untuk makanan. Ada juga tuan kucing(cat owner) yang mengumpan makanan untuk mendapat perhatian dari kucing mereka. Disini kita boleh lihat betapa pentingnya makanan dalam kehidupan kucing. Hari ini teman ingin bercerita tentang KUCING dan MAKANAN

KUCING DAN MAKANAN

Bila kita sebut daging, bagi manusia sinonim kepada lembu. Tetapi daging didalam selera kucing adalah ayam,arnab, ikan, lembu, kambing dan apa saja yang berdaging. Kucing tidak sekali-kali memerlukan apa-apa zat ataupun vitamin yang boleh didapati daripada sayur-sayuran kerana sistem penghadamannya tidak dapat menghadam dan menyerap zat makanan yang berunsur sayuran. Namun begitu kucing peliharaan kita dirumah adalah dari spesis 'Felis Catus' yang juga dikenali sebagai kucing domestik(domestic cats) atau juga dipanggil sebagai kucing peliharaan dirumah(housecat). Mereka ini jika dibiarkan liar, hidup bebas memburu untuk makan, mereka lebih cenderung untuk memburu haiwan atau serangga yang lebih kecil dari saiz badan mereka. Contohnya ayam dan arnab. Oleh itu bolehlah kita mengecilkan skop daging untuk kucing yang kita pelihara dirumah kepada haiwan-haiwan yang berdaging dan bersaiz lebih kecil dari saiz fizikalnya seperti ayam dan arnab.

Ku sangka ikan yang di tunggu, rupa-rupanya ayam yang diidamkan.

Teman meminati kucing sejak dari kecil lagi. Sewaktu teman kecik-kecik dulu umi teman bagi kucing teman makan menu nasi + ikan goreng digaulkan. Setiap kali  umi teman menyiang ikan, kucing-kucing teman pun bertenggek kat sebelah menantikan isi perut ikan yang mana teman akan pastikan yang kucing-kucing teman tak makan perut ikan tu kerana teman merasa jijik. Rata-rata teman berjumpa orang yang bela kucing dengan memberi makan nasi+ikan mengatakan makanan kegemaran kucing adalah ikan.

Teman mula membela kucing dan biakkannya secara serius bermula pada tahun 2004. Dari sini teman mula berjinak-jinak dengan pembiak-pembiak kucing(cat breeder) yang profesional dan bermula lah teman menimba ilmu kucing. Teman bersembang dengan sifu teman "bang, kenapa kucing suka makan ikan?" terus dia ketawakan teman dan berkata "tak tau la am kot-kot kucing ko suka makan ikan, setahu abang alleycat saja yang makan ikan, kucing abang ko bagi la ikan.... dia buat main aje. Tapi jangan ko bagi ayam rebus, meleleh-leleh air liur dia, tak sabor dia nak ngap. menjerit-jerit dia 'tuan,tuan,tuan cepat la.... aku lapor ni'..."pastu sifu teman pun gelak hahahaha.

Pernah juga berlaku pada kucing teman yang bernama En. Bablu. Suatu hari secara tiba-tiba En. Bablu menunjukkan sikap tidak berselera dengan makanan yang teman berikan. Teman cuba tukar makanan jenis lain pun dia menunjukkan sikap yang sama. Jadi teman teringat kan ikan, oh mungkin En. Bablu rindu nak makan ikan. Teman pun hidangkan ikan goreng dan ikan rebus untuk Bablu buat pilihan. Dengan muka yang monyok dia membau ikan itu dan terus 'blah' tanpa menyentuh ikan-ikan tu. Sikap tu berterusan hingga seminggu dan berat badan nya mula turun. Satu malam teman 'tapau' KFC bawak balik rumah. Masuk saja teman kerumah En Bablu sudah bising menjerit-jerit dan menghampiri kotak KFC teman. Teman memberikan secubit daging ayam tanpa lemak kepada bablu, pergggh dengan senyum dan gembira bablu meratah ayam itu. Bablu-bablu, ku sangkakan ikan yang ko tunggu, rupa-rupanya ayam yang ko diidamkan. Keesokan harinya teman pun merebus dua tiga ketul ayam untuk dihidangkan kepada Bablu. Selepas pada hari tu teman menghidangkan ayam rebus pada En Bablu seminggu dua ketul ayam sehingga seleranya pulih seperti sedia kala.

Rata-rata pembiak kucing yang profesional bersetuju bahawa ayam adalah makanan kegemaran kucing dan bukan lah ikan. Kucing akan memilih ikan kiranya tiada pilihan lain.Selepas dari hari tu teman mula mengkaji kenapa dan apa yang paling digemari kucing untuk makan.

Mengikut kajian sains Kucing memerlukan protein dan lemak(fat) yang tinggi serta beberapa asam amino(amino acid) untuk mengimbangkan keperluan tenaga didalam hidupan hariannya.

PROTIEN
Sumber utama tenaga adalah protein. Kucing memerlukan sumber protein sekurang-kurangnya 25-30% sehari dan sumber protein hendaklah dari haiwan daging(meat) dan bukan protein dari sayuran(vegetable). Sumber utama protein haiwan dalam pasaran komersial terdiri dari daging lembu, ayam, ikan, telur dan produk susu. Protein yang berlebihan akan memberi masalah kepada buah pinggang kucing.

LEMAK
Sumber kedua tenaga adalah lemak. Kucing memerlukan lemak yang tinggi iaitu sebanyak 15-40% sehari jauh berbanding manusia dan anjing. Tidak seperti protein, lemak yang tinggi tidak memberikan beban atau masalah kepada buah pinggang kucing anda. Oleh sebab itu kucing yang sudah meningkat tua perlulah diturunkan kandungan protein dan di lebihkan kandungan lemak nya supaya dapat memberikan jumlah tenaga yang tepat secara keseluruhan sementara dapat meringankan beban kepada buah pinggang kucing anda.

KARBOHIDRAT
Secara keseluruhan jumlah makanan per hari hanya 5% karbohidrat diperlukan kepada kucing anda. Korbohidrat sederhana seperti gula lebih mudah dihadam di dalam sistem pencernaan kucing.

AIR
Air tawar bersih dan tanpa klorin harus tersedia pada bila-bila masa dipersekitaran kucing anda. Kucing dengan masalah kesihatan tertentu dan mengalami infeksi kandungan akan minum lebih banyak air berbanding yang lain. Air yang berklorin amat bahaya pada buah pinggang kucing anda. Kucing yang meminum air berlebih-lebihan adalah petanda bahawa kucing itu tidak sihat.

Pertamanya, logik dari segi sains akan kata-kata sifu teman tentang ikan;  ikan mengandungi sumber protein yang tinggi tapi rendah lemak yang mana tidak dapat mengimbangkan jumlah tenaga harian diperlukan kucing anda.  Lebih-lebih lagi kepada kucing yang dah berumur(tua). Sedangkan  kucing amat bijak dan agak cerewet memilih makanannya. Dalam pengamatan teman kucing meminati ikan memang kerana ia tiada pilihan lain dan ia tertarik dengan bau ikan itu yang meyerupai bau-bau makanan kegemarannya. Tetapi itu bukanlah makanan yang ideal dan digemarinya. Keduanya secara logik ialah kucing liar yang hidup didalam hutan tidak memburu ikan di sungai ataupun dilaut. Melainkan karnivor yang bernama beruang. Kucing memburu dikawasan lapang ataupun tempat berpokok rendang.

Kenapa kucing memilih ayam tidak ikan?

Sebelum kucing dijinakkan oleh manusia 9500 tahun dahulu. kucing hidup liar didalam hutan dengan memilih binatang buruan kegemarannya sendiri. Kucing mempunyai naluri haiwan liar yang sangat tinggi. Kucing menuntut ilmu pemburuan dari ibunya, mimpinya dan nalurinya. Dengan kaedah ini kucing berjaya hidup di dunia berjuta-juta tahun dengan perkembangan populasi yang tinggi. Disini membuktikan bahawa kucing bijak memilih makanan kegemaran sendiri yang cukup segala keperluan dietnya. Logiknya ayam lebih seimbang berbanding ikan dari segi sumber protein, lemak dan karbohidratnya maka sebab itulah kucing memilih ayam dan tidak kepada ikan. Begitu hebat ciptaan yang maha kuasa.


Kenapa ayam rebus tidak ayam goreng?
Teman diberi nasihat oleh banyak pakar-pakar pembiak kucing(breeder) untuk tidak sekali-kali menggoreng makanan yang hendak diberi kepada kucing dengan minyak. Contohnya ayam goreng dan ikan goreng. Ini adalah kerana minyak yang kita gunakan bersama didalam menggoreng ayam atau ikan itu boleh menyebabkan masalah pada jantung, sistem pencernaan dan usus serta buah pinggang kucing anda. Sebaik nya di panggang(grill) atau rebus kosong untuk menaikkan aroma asli makanan tersebut. Ini akan meningkatkan selera kucing anda.


Nota: Obesiti(Cat Obesity) adalah salah satu perkara merbahaya kepada kucing peliharaan kita. Obesiti adalah 100% disebabkan jadual makan yang tidak teratur dan kuantiti makanan yang berlebihan. Obesiti boleh menyebabkan kucing anda diserang sakit jantung(heart attack), kencing manis dan lain-lain penyakit kucing. Di Amerika Syarikat pemelihara kucing yang mempunyai kucing obesiti akan dikenakan denda dan tindakan undang-undang mengikut akta yang dipraktiskan disana. Kucing peliharaan yang dibela didalam rumah cenderung untuk mendapat obesiti kiranya kita sentiasa membiarkan bekas makanan sentiasa berisi penuh. Teman akan huraikan dengan lebih terperinci berkenaan obesiti didalam topik penyakit kucing.

TIPS KATA-KATA
Jadikan air yang berklorin satu pantangan didalam kehidupan keluarga anda dan kurangkan protein berlebihan dari ikan untuk mengelakkan kucing anda dari menghadapi masalah buah pinggang. Kucing juga amat bijak didalam pemilihan makanan kegemaran mereka. Kucing akan mengingati makanan kegemarannya hingga akhir hayatnya.

Topik ini akan bersambung lagi di bawah tajuk SELERA MAKAN KUCING sekian.

Tuesday, January 4, 2011

Kitaran Hidup Sang Kutu.

Disebabkan kutu merupakan salah satu musuh utama kepada kucing hari ini teman ingin menyambung sedikit cerita tentang kutu. Sebelum kita dapat menangani kutu ini, perlulah kita mengenali sang kutu ini dengan lebih mendalam dengan memahami kitaran hidup sang kutu.
Telah kita semua ketahui daripada tajuk teman yang lepas iaitu “Kutu Kucing” bahawa Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Cara makannya ialah menghisap darah. Walaupun begitu kutu ini mempunyai kitaran hidup yang rumit(complicated). Teman percaya ramai dikalangan peminat kucing yang tidak pernah nampak kutu kucing dengan mata kasar mungkinpun ada yang pernah melihat, mereka hanyalah boleh melihat kutu dewasa. Sebenarnya ada empat tahap kitaran kehidupan kutu. Jika anda mempertimbangkan kesemua empat tahap kitaran kehidupan kutu, kutu dewasa merupakan hanya sekitar 5% dari seluruh populasi kutu.

Empat Tahap Kitaran Hidup Kutu
1. Telur Kutu
Telur kutu adalah seperti mutiara putih dan sekitar 1 / 32 "(1/2mm) panjangnya. Mereka terlalu kecil untuk dilihat tanpa kanta pembesar. Kutu meninggalkan telurnya di kucing, tapi telur kutu tidak melekat pada bulu kucing Sebaliknya, mereka jatuh ke kawasan persekitaran kucing anda.

2. Larva
Telur-telur yang menetas menjadi larva dalam 1 hingga 10 hari, bergantung pada suhu dan kelembapan. Kelembapan dan suhu yang tinggi menyokong penetasan telur dengan cepat. Larva adalah berbentuk ramping ianya sekitar 1 / 8 " - 1 / 4''(2 hingga 5mm ) panjang. Mereka memakan kotoran organik yang ditemui di persekitaran mereka dan pada kotoran kutu dewasa, yang mana ini penting untuk kejayaan pembiakan keturunan kutu di masa hadapan. Mereka mengelakkan dari terkena pancaran sinaran matahari secara langsung dan aktif bergerak jauh ke dalam serat karpet atau di bawah puing-puing(debris) organik (rumput, cabang kayu, daun atau tanah). Mereka tinggal selama 5 hingga 11 hari sebelum menjadi kepompong.
Kelembapan sangat penting didalam meneruskan kehidupan sang kutu. Larva kutu boleh mati akibat kawasan yang kering/terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Oleh kerana itu, tidak mungkin kutu dapat bertahan dan membiak di kasawan terbuka yang kering dan terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Dikawasan yang terbuka larva hanya terjadi di mana tanah yang terlindung dari sinaran cahaya matahari dan lembab, dan juga di badan haiwan kesayangan anda. Kutu menghabiskan banyak masa hidup dan membiak lama di badan kucing anda dan ini membolehkan telur kutu jatuh dan tersimpan di dalam persekitaran kucing dan anda sekeluarga. Manakala didalam kawasan rumah atau tempat dilindungi cahaha matahari(indoor), larva dapat bertahan dan membesar dengan selamat dibawah karpet atau di celah antara lantai kayu keras. Mereka juga berkembang biak dalam iklim lembap.

3. Kepompong
Setelah pembentukan larva selesai/sempurna, larva dewasa menghasilkan kepompong sutra.Tahap kitaran kehidupan seterusnya adalah penghasilan kepompong. Kepompong ini lembap dan mudah melekat(sticky). Kepompong ini dengan cepatnya membentuk lapisan dari puing-puing(debris) dari kawasan sekelilingnya. Lapisan-lapisan ini berfungsi atau bertindak sebagai samaran kepada kepompong ini. Dalam suhu yang hangat dan keadaan lembap, kepompong menjadi kutu dewasa dalam 5-10 hari. Namun, kutu dewasa tidak muncul dari kepompong ini, kecuali dirangsang oleh tekanan fizikal, karbon dioksida, atau haba panas.

4. Kutu Dewasa
Setelah dirangsang kutu pra dewasa pun muncul dari permukaan kepompong itu. kutu pra dewasa dapat bertahan hingga 140 hari dalam kepompong. Selama waktu ini, mereka dapat bertahan terhadap racun serangga yang yang disemburkan pada kawasan persekitaran sang kutu. Oleh itu, kutu dewasa dapat terus muncul ke persekitarannya hingga 3 minggu selepas aplikasi insektisida(semburan racun serangga).
Ketika kutu dewasa muncul dari kepompongnya, mereka akan mencari tuan rumah kerana ia harus makan darah dalam masa beberapa hari untuk bertahan hidup. Mereka amat tertarik pada manusia dan kucing anda dan haiwan liar seperti anjing, tupai dan sebagainya. Suhu tubuh yang panas, gerakan, dan menghembus nafas karbon dioksida oleh manusia dan haiwan-haiwan ia umpama bertemu cahaya kehidupan. Ini bererti bahawa ia berpindah ke permukaan karpet sehingga dapat menemukan sebuah perumah sementara(passing host) yang sempurna untuk meneruskan semula kitaran hidup sang kutu.
Setelah makan darah pertama, kutu betina mulai pengeluaran telur dalam masa 36 hingga 48 jam. pengeluaran telur boleh terus selama 100 hari, yang bermakna bahawa kutu tunggal dapat menghasilkan ribuan telur.
Ini semua kitaran hidup (kutu dewasa>telur>larva> kepompong> kutu dewasa) dapat diselesaikan dalam masa 14-21 hari atau hingga 1 tahun mengikut keadaan suhu ditempat pembiakannya dan keadaan kelembapan yang sesuai.

Merawat Kucing Anda Daripada Terkena Kutu
Seperti yang teman telah katakan sebelum ini di dalam tajuk “Kutu Kucing”, teman mempraktiskan dua kaedah iaitu:
                    1. Kutu perlu dibasmi dari kucing anda
                    2. Persekitaran perlu dipastikan bersih
Yang mana kedua-dua kaedah berikut telah teman huraikan. Disini Teman ingin menambah lagi sedikit huraian daripada dua kaedah diatas dalam bentuk tip-tip yang mudah anda faham.
Bagaimana untuk menyingkirkan kutu pada kucing dan kawasan persekitaran anda akan menjadi sangat mudah apabila anda tahu cara yang betul. Insyaallah, teman katakan! Jika anda mengikuti panduan ini, anda akan yakin dengan mudah membunuh semua kutu kucing bahkan kutu anjing juga.

Tips Menyingkirkan Kutu Kucing
Untuk menghilangkan kutu pada kucing anda, pertama anda harus menyedari bahawa kucing anda mempunyai kutu. Untuk memeriksa, anda boleh memisahkan bahagian-bahagian kecil bulu kucing anda dan melihat di celah-celah diantara bulu kucing anda. Jika anda tidak melihat kutu, anda harus menyedari bahawa mereka boleh menyembunyikan diri dengan sangat baik. Teman selalu menggunakan sehelai kain basah putih bersih dan menekapkan pada kucing anda atau bulu anjing, anda akan dapat melihat apakah mereka mempunyai kutu ataupun tidak, dengan adanya tompokkan bintik-bintik berwarna coklat gelap diatas kain basah putih itu tadi. Kutu meninggalkan bintik-bintik coklat gelap di belakang badan mereka, yang sebenarnya itu adalah ekskresi(perkumuhan) kutu. Ekskresi(perkumuhan) kutu adalah berwarna coklat atau merah kecoklatan bekas dari menghisap darah dari haiwan kesayangan anda. Selain itu anda boleh terus membawa kucing anda ke veterinar yang terdekat atau kedai haiwan kesayangan yang ada memberi servis rawatan.
Jika anda yakin kucing anda mempunyai kutu, maka anda perlulah merawat rumah anda seperti berikut:

1. Yang terpenting, jika anda baru saja mempastikan ada kutu pada kucing anda, maka kuarantin kucing anda ke salah satu bilik.
2. Vakum seluruh rumah untuk menyingkirkan segala kutu dan kutu di lantai atau perabot.

3. Pastikan anda mencuci semua pakaian anda kerana sang kutu ini amat suka menyembunyikan diri di pakaian manusia.
4. Selanjutnya, cuci dan bersihkan serta vakum kesemua karpet anda. Sebaik-baiknya jemurkan semua karpet anda pada sinaran cahaya matahari secara terus selama sekurangnya 5-7jam.

5. Anda juga boleh menggunakan semburan kutu kawalan untuk menyingkirkan segala kutu dan kutu pada kucing anda. Anda boleh menyembur rumah dengan semburan kutu untuk membunuh kutu yang melekat dan bergayut di dinding atau mana-mana bahagian rumah. Pastikan anda mencuci dan memriksa semua bilik tidur dengan bersih dan semua almari, peti dan sebagainya dengan teliti.


1. Mulanya mandikan kucing anda menggunakan sabun/syampu anti kutu(anti flea bath).
Ada banyak dipasaran dan berbagai jenis. Gambar disebelah adalah salah satu contoh syampu anti kutu kucing. Hal ini hendaklah dilakukan dengan memandikan kucing anda didalam tab mandi atau bilik air kecil dengan air yang banyak dan sabun. Tetapi berhati-hati bahawa sabun dan air tidak boleh terkena mata kucing anda. Boleh dikatakan 90-95% kucing bencikan air. Inikan pula dimandikan, ini akan menyukarkan anda kerana anda akan di kungfu oleh kucing anda disebabkan kaedah ini. Tetapi dapat diatasi dengan memandikan kucing anda secara berhati-hati dan lembut. Nantikan huraian Cara Mandian Kucing dibawah tajuk Kucing dan Spa tak lama lagi.

2. Ada juga kaedah lain untuk memberikan kucing mandian kering(dry bath). Dengan kaedah ini anda memerlukan sejenis syampu kucing khas, syampu yang tidak melibatkan penggunaan air. Anda perlu dapatkan nasihat veterinar atau pakar sebelum menggunakan kaedah ini.


Troy
Frontline
3. Pastikan anda membeli semburan(spray) kutu kucing dan kawalan kutu. Perkara ini perlu untuk mengelakkan kutu kembali semula kepada kucing anda. Frontline untuk kutu badan dan Troy Ear Canker untuk kutu telinga adalah kegemaran peribadi saya.

4. Dua hari selepas menggunakan semburan Frontline, pastikan anda menyikat kucing anda menggunakan sikat yang betul untuk menanggalkan kutu-kutu yang mati. Periksa bulu kucing anda setiap beberapa hari untuk memastikan para sang kutu hilang. Tetapi jika anda melihat masih ada kutu, kuarantin haiwan kesayangan anda, dan mulakan seluruh proses dari mula semula.